10 Cara Mudah Buat Teh Herba Cina untuk Diminum Setiap Hari

10 Cara Mudah Buat Teh Herba Cina untuk Diminum Setiap Hari

Makanan berkhasiat Asia terbaik di dalam segelas cawan yang dipenuhi teh herba yang melegakan dan meningkat tahap kesihatan.

Asia adalah lubuk ramuan herba dengan khasiat perubatan yang boleh membantu meningkatkan kesihatan dalaman kita. Berikut adalah 10 makanan berkhasiat yang boleh digunakan dalam teh herba sebagai minuman ringkas untuk meningkatkan tahap kesihatan.

1.Teh Barli Bakar Wangi

Barli adalah bijirin yang selalu digunakan dalam bubur atau untuk pencuci mulut kerana ia memberikan tekstur berkrim dan rasa yang manis. Bila bijirin barli mutiara dibakar, ia bertukar menjadi satu bahan yang berbeza. Pernah dengar tentang Mugicha di Jepun? Teh itu diperbuat dengan bijirin barli bakar. Teh Barli adalah penawar tradisional Asia Timur untuk cuaca panas dan komponen pemanas. Anda boleh kawal sendiri tahap barli yang dibakar bila membuat sendiri di rumah, sambil dapat memastikan penggunaan bijirin barli berkualiti.

     Kaedah:

Bakar kering dua cawan bijirin barli mutiara dalam kuali dengan api sederhana, kacau sekali-sekali sampai barli dibakar sama rata dan berwarna keperangan.

Reneh barli yang dibakar dalam 1.5 liter air selama 10-15 minit, sehingga anda dapat teh yang sedikit berbau wangi. Hidang panas atau sejuk.

  • Artikel berkaitan: 10 Resipi Minuman Sejuk untuk Menyejukkan Badan

2. Teh Hijau Ginseng dan Madu yang Menyegarkan

Ramai orang di seluruh dunia menggunakan madu untuk membaiki imuniti badan bila rasa kurang sihat, tetapi dengan tambahan ginseng dapat meningkatkan kesihatan berlipat ganda. Di Asia, ginseng sangat disanjungi penggunaannya kerana mempunyai kebaikan perubatan yang meningkatkan kesihatan, imuniti, ingatan, kecergasan dan tenaga. Ginseng ada beberapa jenis, tetapi untuk tambahan tenaga yang kuat, anda boleh guna ginseng merah Korea atau ginseng Asia. Ginseng yang dicampur dengan madu menghasilkan ramuan seakan magis yang boleh dinikmati secara mudah.

        Kaedah:

Kacau jumlah parutan ginseng kering dan madu berkualiti yang sama, dan simpan dalam bekas untuk diinfusi selama 1-3 minggu. Bila anda perlu meningkatkan tenaga, cairkan satu sudu besar campuran infusi dalam air suam. Untuk lebih bertenaga, cairkan madu ginseng dalam teh hijau untuk menikmati sentuhan kafein.

  • Resipi berkaitan: Sup Ayam Ginseng

3. Teh Daun Mulberi dan Pudina yang Memanaskan

Anda mungkin biasa nampak buah mulberi, buahnya manis dan berjus, lebih kurang sama dengan raspberi dan beri hitam. Daun mulberi pula sangat sesuai dijadikan teh, lebih-lebih lagi bila dicampurkan dengan daun pudina.

Orang Cina bergantung pada daun mulberi sejak dahulu lagi, bukan saja diberikan kepada ulat sutera sebagai makanan untuk menghasilkan bahan eksport terhebat dalam sejarah China, tetapi juga untuk mengekalkan tahap kesihatan. Walaupun diguna secara tradisional, ia kian mendapat sambutan semula, terutamanya di kalangan mereka yang mahu cari penawar untuk penyakit darah tinggi, atau untuk membantu mengurangkan berat badan.

Bahan aktif dalam daun mulberi yang dipanggil sang ye dalam bahasa Cina, adalah 1-deoxynojirimycin (DNJ), yang membantu menghalang penyerapan karbohidrat berlebihan.

         Kaedah:

Infusi daun mulberi putih kering dalam air panas bagaikan daun teh lerai, atau campur dengan daun pudina sefar atau kering untuk teh campuran herba yang diinspirasikan dari Perubatan Tradisional Cina (TCM).

4. Teh Osmanthus dan Oolong yang Seimbang

Dengan wangian bunga elegan, tunas osmanthus selalunya digunakan dalam pencuci mulut Cina, tetapi ia juga enak dijadikan bahan membuat teh herba. Seperti bunga-bunga lain dalam TCM, osmanthus dikatakan dapat membantu menurunkan suhu badan, membuang toksin, membersihkan badan dan menyihatkan kulit.

          Kaedah:

Campurkan jumlah yang sama di antara tunas osmanthus dan kuntum bunga mawar kering untuk menghasilkan campuran teh yang meningkatkan kecerahan kulit. Tambah tunas lavender kering untuk sentuhan ekstra yang melegakan tekanan. Buat infusi dengan 1 sudu kecil teh bunga kering dalam 1 cawan air mendidih selama 10-15 minit, dan anda akan dapat satu minuman berbau harum. Secara alternatif, campurkan osmanthus kering ke dalam daun teh oolong lerai untuk menghasilkan adunan teh istimewa yang dapat meningkatkan tahap kesihatan anda.

  • Resipi berkaitan: Semua Kegemaran Osmanthus

5. Teh Akar Likuoris yang Manis dan Pahit

Memang tidak dinafikan, likuoris adalah rasa yang perlu diperoleh: sama ada anda suka atau tidak. Tetapi berbanding dengan gula-gula likuoris hitam, teh akar likuoris memberikan rasa yang tidak terlalu kuat. Akar likuoris biasanya digunakan dalam adunan TCM, kerana ia juga mempunyai manfaat kesihatan yang dikenal pasti.

Kaedah:

Untuk tonik TMC yang ringkas, rendam 5 g akar likuoris yang dihiris dan 5 g Jie Geng (radix platycodi) dalam secawan air mendidih selama 5 minit. Adunan ini diketahui dapat mencairkan kahak dan melegakan sakit tekak, masalah kesihatan yang biasa melanda kehidupan di persekitaran urban. Bagaimanapun, sila ingat bahawa akar likuoris tidak sesuai bagi mereka yang menghidap penyakit tekanan darah tinggi.

6. Teh Beri Goji Aromatik

Walaupun banyak bahan-bahan dalam TCM dikenali sebagai ‘pemanas’ atau ‘penyejuk, beri goji dianggap ‘neutral’, yang membuatkannya sebagai tambahan yang elok dalam sup atau teh herba. Secara tradisionalnya dipercayai sebagai kunci utama untuk hayat panjang, beri goji (juga dikenali sebagai wolfberry) juga diketahui dipenuhi dengan antioksidan, yang bermakna ia bukan saja terhad sebagai perubatan Asia, dan juga boleh ditemui dalam smoothie dan mangkuk acai di seluruh dunia.

Beri goji adalah pengenalan ideal ke dalam dunia teh herba, terutamanya untuk kanak-kanak kerana rasanya yang manis dan masam. Bila diadun dengan kurma jujube dalam teh herba, ramuan yang enak dapat dihasilkan dan ia boleh menggalakkan penghasilan darah dan meningkatkan tenaga - jadi para wanita semua, anda tahu apa yang perlu dibuat setiap kali datang bulan. Anda tidak akan rugi lebih-lebih lagi bila teh ini sangat senang disediakan

    Resipi berkaitan: Puding Longan Goji Osmanthus

7. Teh Jujube dan Beri Goji yang Menenangkan

Jujube, atau kurma merah, biasa ditemui di dalam sup pencuci mulut manis Cina, jadi anda dimaafkan jika terlepas pandang nilai-nilai perubatannya. Walau agaimanapun, buah kecil yang manis ini digunakan dalam TCM untuk mengawal qi, menyuburkan darah, menenangkan minda dan meningkatkan imuniti. Ia disukai terutamanya oleh para wanita yang menggunakan kurma merah untuk mengawal tahap hormon.

Seperti beri goji, jujube mempunyai perisa manis dan enak, membuatkan ia bahan pengenalan yang bagus untuk teh herba. Kurma merah mengarah kepada sifat ‘pemanas’, jadi walaupun mereka yang mempunyai struktur badan ‘panas’ perlu mengambil jujube secara berhati-hati, jujube juga komponen penting dalam berpantang selepas bersalin mengikut tradisi orang Cina, kerana ia memberikan nutrien yang mencukupi kepada ibu baharu.

Guna jujube bersama beri goji dalam resipi di bawah untuk menikmati minuman sihat yang pasti digemari oleh seisi keluarga.

Kaedah:

Reneh 4 biji jujube dan ½ cawan beri goji dalam 500 ml air selama 20-30 minit. Tapis dan sedia untuk dinikmati.

  • Artikel berkaitan: Makanan Berkhasiat yang Meningkatkan Imuniti untuk Bebas Dari Selesema

8.  Teh Kacang Hijau yang Ringan dan Menceriakan

Juga dikenali sebagai mung bean, kacang hijau merupakan protein berasaskan tumbuhan yang sangat berkhasiat. Kacang kecil ini digunakan dalam pelbagai jenis masakan di seluruh dunia, tetapi ia juga mempunyai nilai perubatan yang menjadikan mereka tambahan yang bagus dalam habis teh herba.

           Kaedah:

Rebus 1 cawan kacang hijau dalam 2 cawan air selama 20 minit, tapis dan tambahkan madu atau gula batu secukup rasa untuk menikmati teh kacang hijau tradisional.

Sumber kalium dan magnesium yang bagus, dua unsur yang selalu kurang dalam diet masa kini, kacang hijau boleh membantu merendahkan kolestrol ‘tidak baik’. Dalam TCM, kacang hijau dipercayai dapat melawan panas lembap dan selalu disyorkan oleh tabib Cina pada musim panas. Dengan cuaca panas yang kita alami di Asia Tenggara, kacang kecil ini perlu menghuni satu ruang di setiap kaunter dapur.

    Artikel berkaitan: 11 Tip Mudah Untuk Makanan Yang Lebih Sihat

9.Teh Luo Han Guo yang Melegakan

Kadangkala dipanggil ‘buah magis’ atau ‘buah panjang umur’, luo han guo, atau buah sami, adalah sejenis tembikai hijau kecil berasal dari China dan secara tradisional dikaitkan dengan sami Buddha yang terawal mengusahakannya. Sejak beberapa tahun lepas, luo han guo telah menarik perhatian ramai orang sebagai pilihan gula alternatif. Ianya 200 kali lebih manis dari gula, bermaksud anda boleh dapat rasa manis yang sama tanpa kalori.

Secara tradisional, luo han guo dianggap sebagai bahan yang boleh menurunkan suhu panas, menjadikannya sesuai untuk cuaca panas dan sakit tekak. Buah ini diguna oleh tabib TCM untuk mengekalkan kesihatan paru-paru dan rongga pernafasan, sekaligus menjadikan luo han guo komponen penting dalam penjagaan kesihatan. Guna luo han guo bersama bunga kekwa untuk menikmati dua kali ganda minuman penyejuk badan.

  • Artikel berkaitan: 10 Resipi Minuman Sejuk untuk Menyejukkan Badan
  • Artikel berkaitan: 10 Resipi Buah yang Sangat Menyegarkan

10. Teh Bunga Kekwa dan Luo Han Guo yang Menyegarkan

Salah satu bahan-bahan teh herba paling terkenal, bunga kekwa sangat popular sehingga boleh dinikmati dalam bentuk air tin. Walau bagaimanapun, teh bunga kekwa yang dibuat sendiri dapat memastikan kualiti yang dinikmati, termasuk juga membuat adunan yang menepati selera anda.

Bunga kekwa dipercayai dapat membantu menurunkan suhu badan, termasuk membersihkan hati dan memperbaiki penglihatan, yang pastinya menarik perhatian mereka yang selaku berkerja menghadap skrin komputer. Buat adunan ringkas dengan jumlah sama di antara bunga kekwa dan daun teh hijau, mudah dihirup sepanjang hari, atau campurkan bunga kekwa dengan luo han guo dalam resipi dibawah untuk menghasilkan minuman penyejuk badan paling sedap.

Terima kasih kepada luo han guo, kemanisan teh ini adalah semula jadi, tanpa kandungan gula merbahaya. Hidangkan secara suam atau simpan di dalam peti sejuk untuk minuman penyejuk badan.

            Kaedah:

Kupas 1 biji buah luo han guo kering dan letak dalam teko dengan 2 liter air. Masak hingga mendidih, dan hancurkan buah perlahan-lahan. Tambah 25 g bunga kekwa kering dan 25 g longan kering jika anda suka, dan reneh selama 45 minit. Tapis, dan tambah gula batu secukup rasa jika mahu.

  • Artikel berkaitan: 10 Resipi Buah yang Sangat Menyegarkan

Sarah Huang Benjamin merupakan seorang chef dan penulis makanan yang berpangkalan di Singapura. Layari blog peribadinya di www.kitchenhoarder.com dan ikuti pengembaraan kulinari Sarah di media sosial @sarahhuangbenjamin.

  • Semua kandungan kesihatan di asianfoodnetwork.com disediakan untuk maklumat umum sahaja, dan bukan bertujuan sebagai nasihat perubatan untuk mendiagnos, merawat atau menyembuh. Jika anda ada sebarang kebimbangan tentang kesihatan, anda dinasihatkan untuk menghubungi pakar kesihatan tempatan.
Kategori:
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki