10 Jenis Tepung dan Cara-cara Menggunanya

10 Jenis Tepung dan Cara-cara Menggunanya

Dari tepung serbaguna hingga ke tepung ubi sedikit manis yang digunakan dalam banyak kuih-kuih Nyonya, kuasai ilmu penggunaan jenis tepung berbeza untuk menghasilkan lebih banyak hidangan dan pencuci mulut yang enak!

1.  Tepung Serbaguna: Paling popular, versatil

Biskut Kranberi Milo (gambar) dibuat dengan tepung serbaguna

Kegunaan: Kek, biskut, gorengan bater, roti canai/prata dan dumpling

Tepung serbaguna mungkin adalah tepung paling berguna untuk dimiliki di rumah. Sangat mudah untuk membuat potongan ayam goreng untuk Katsudon Ayam dengannya, termasuk juga Ke Lava Lebur Mala, atau sebilangan Biskut Kranberi Milo sebagai snek. Hampir semua tepung boleh digantikan dengan tepung serbaguna, membuatkannya menjadi bahan wajib ada di pantri. Perisanya yang sedikit berlemak dan kandungan gluten agak tinggi menjadikan ia sesuai untuk kek, biskut, dan doh yang dibuat daripadanya boleh diregang untuk membungkus secara kenyal bagi Dumpling Babi Thai. Jika anda tertanya-tanya, tepung serbaguna dan tepung gandum sebenarnya mempunyai kandungan protein dan gluten berbeza, jadi walaupun ia boleh saling digantikan, anda perlu berwaspada dengan sedikit perubahan tekstur.

2. Tepung Roti: Kesan regangan tinggi

Cuba buat Roti Gula Melaka dan Puding Mentega satu bekas

Kegunaan: Roti, pizza, mee ramen dan mee tarik

Menarik bukan bila anda tahu roti sourdough yang tegang, kenyal kegemaran anda menggunakan tepung asas sama seperti mee ramen direndam dalam brot dan enak dihirup? Memandangkan tepung roti digiling dari gandum musim bunga kasar, ia mempunyai kandungan protein dan gluten lebih tinggi berbanding tepung serbaguna, yang digiling dari gandum musim sejuk kasar. Lihat dari perspektif ini - tepung roti protein tinggi memberi regangan yang digemari dalam Pizza Margherita Klasik dan Roti Gula Melaka dan Puding Mentega Satu Bekas. Tanpa protein lebih tinggi, mee tarik Dan Dan Din Tai Fung dan roti kegemaran anda akan menjadi rapuh.

 

  • Berkaitan: 10 Resipi Mee Paling Lazat Dihirup

3. Tepung Beras: Tekstur kenyal lembut

Tepung beras memberikan Kuih Kosui (gambar) tekstur yang kenyal dan lembut

Kegunaan: Mee beras, chwee kueh (kek air), chee cheong fun (gulungan mee beras), bebola beras pulut dan pisang goreng

Bila anda menikmati sepinggan Char Kway Teow yang baru diangkat dari wok, anda secara amnya sedang menikmati salah satu produk sampingan tepung beras paling digemari di Asia. Dari Pho Bo (Pho Daging) panas hingga ke Kih Kosui Pandan dan Labu enak, tepung beras adalah bijirin berperisa semula jadi yang mempunyai tekstur kenyal dan lembut bila dimasak. Tepung beras pulut atau tepung beras mani (ia sebenarnya tidak manis!) adalah jenis tepung beras lain yang biasa digunakan. Perbezaan ketara di antara tepung beras manis dan tepung beras normal adalah tepung beras manis menjadi sangat melekit bila dipanaskan, membenarkan anda untuk mencapai tahap kekenyalan seperti dalam Ondeh-Ondeh atau Nian Gao (Kek Tahun Baru).

4. Tepung Ubi: Manis dan bebas gluten

Kuih Bingka (gambar), kek Nyonya yang manis dan memuaskan dibuat dengan tepung ubi

Kegunaan: Dim sum, kuih nyonya, puding dan kek ubi

Tepung ubi - tidak seperti tepung beras manis - mempunyai rasa manis yang sebenar! Tapioka, ubi kayu atau akar yucca mempunyai sedikit rasa manis, dan secara logik perisa ini wuju dalam tepung ubi juga. Ia dikenali untuk sifat pemekat, dan elok diguna sebagai ganti untuk tepung jagung bagi memekatkan sup dan kuah. Dalam masakan Asia, ia biasa digunakan dalam kuih-muih Nyonya seperti Kuih Bingka dan - sukar untuk dilupakan - bebola kenyal tepung ubi dalam Teh Boba. Teksturnya seperti gel bila dimasak dan disejukkan membuatkannya sangat unik dalam snek dan pencuci mulut kegemaran kita!

 

  • Berkaitan: 10 Resipi Kuih Terbaik Asia Untuk Dinikmati Di Rumah

5. Tepung Kek: Tekstur lebih ringan dan halus

Tepung kek memberikan Biskut Lidah Kucing (gambar) ini tekstur yang halus dan melarut

Kegunaan: Kek, pastri, biskut dan mufin

Anda mungkin tertanya-tanya kenapa kami senaraikan tepung kek bila tepung serbaguna boleh digunakan. Ingatkah bagaimana setiap potongan lapisan Kek Lobak berkecai menjadi ketulan lembut kecil, dan setiap suapan mempunyai tekstur gebu dan ringan? Itulah fungsi sebenar tepung kek. Dengan kandungan protein kurang, dan juga kandungan gluten kurang dalam produk terakhir anda, tepung kek mengurangkan kepadatan bahan-bahan yang anda bakar, dan membenarkan kek yang ringan dengan tekstur halus dan lembut. Jika anda mahu tekstur Biskut Lidah Kucing yang rapuh, tepung kek memberikan perbezaan dalam masakan anda.

6. Tepung Badam: Rasa lemak berkrim, bebas gluten

Buat gulungan Popia Ket (gambar) dengan tepung badam

Kegunaan: Macaroon, skon dan pencuci mulut diet keto

Benam gigi anda melepasi lapisan rapuh dalam Macaron Kari dan Telur Asin manis dan savuri, dan deria anda akan girang menikmati tekstur dan isinya yang kenyal dan lembut. Tahap kekenyalan dan kelembutan ini dihasilkan oleh tepung badam dalam pencuci mulut ini, kerana minyak tepung badam mengekalkan kelembapan dalam putih telur, mengelakkannya daripada menjadi keras seperti biskut! Tepung badam juga sangat berkhasiat, padat dengan kandungan tinggi lemak sihat, protein dan serat untuk sarapan pagi bebas gluten atau roti dan kek. Ia boleh menghasilkan Popia Keto dan pelbagai jenis biskut dan kek berlemak, bebas gluten yang memuaskan.

 

  • Artikel berkaitan: 5 Resipi Keto Rendah Karbohidrat untuk Makan Malam Perjumpaan Tahun Baru Cina

7. Tepung Jagung: Rasa semula jadi, biasa digunakan sebagai bahan pemekatt

Jika anda mahu sup yang lebih pekat, guna tepung jagung dalam Sup Lobak-Halia-Kunyit (gambar)

Kegunaan: Pemekat untuk sos, sup dan kuah, puding, pengikat untuk daging

Perbezaan halus antara kanji jagung dan tepung jagung adalah tepung jagung dibuat daripada bertih jagung penuh, manakala kanji jagung hanya menggunakan bahagian jagung berkanji sahaja yang dipanggil endosperm. Bagi mereka yang gemar menikmati Ayam Goreng Garing dengan Sambal ketika makan tengah hari atau menikmati hidangan Ikan Goreng Kicap, kanji jagung sudah menjadi keperluan untuk mengekalkan jus meliurkan di dalam daging, sambil membenarkan bahagian luar menjadi garing dalam minyak panas. Kami juga biasa dengan penggunaan sebagai pemekat untuk kari, sup dan kuah. Bila menggunakan tepung jagung untuk tujuan itu, ingat untuk mencampurkannya dengan air panas terlebih dahulu dan jangan masukkan terus ke dalam kuali!

 

8. Tepung Kelapa: Bebas gluten dengan perisa kelapa

Buat sedulang Mufin Bakon dan Avokado Savuri (gambar) dengan tepung kelapa

Kegunaan: Pankek, pencuci mulut bebas gluten dan kek/kuih paleo

Jika anda peminat rasa berlemak kelapa, anda pasti akan suka Mufin Bakon dan Avokado Savuri atau pankek kelapa yang mudah dibuat. Kerana ia lebih mengenyangkan berbanding tepung serbaguna, anda hanya memerlukan ¼ cawan tepung kelapa untuk mengganti secawan tepung serbaguna dalam resipi normal. Di samping itu, tambahkan juga sebiji telur. Tepung kelapa kurang kesan pengikat gluten, dan telur membantu menyatukan hasil masakan anda.

 

  • Artikel berkaitan: 10 Resipi Santan Kelapa Paling Berkrim

9.Tepung Semolina atau Durum: Gigitan kasar, berlemak dengan aroma semula jadi

Tepung semolina memberikan tekstur rapuh seperti dalam Kek Suji (gambar)

Kegunaan: Pasta, bulgur, roti tidak beragi, roti leper, kerak pizza, baklava dan bijirin sarapan

Tepung semolina adalah saudara kepada tepung durum yang lebih kasar dan kedua-duanya selalu diguna untuk membuat pasta. Ia adalah spesis gandum kedua paling popular selepas gandum roti tipikal. Doh yang dibuat daripada tepung durum atau semolina lebih mudah untuk dibentuk berbanding tepung roti, kerana itulah ia lebih digemari untuk membuat pasta. Bila anda mengguna bijirin kuning pucat ini dalam Kek Suji atau Nammoura (Kek Semolina Lebanon), ia memberikan tekstur ringan dan rapuh dalam pencuci mulut.

10. Tepung Oat: Gigitan rapuh, berpasir dengan lebih perisar

Tambah beberapa tepung oat dengan tepung jagung dalam sedulang biskut Krispies Milo

Kegunaan: Pankek, wafel dan roti gandum penuh

Satu sumber serat diet, antioksida dan vitamin yang hebat, tidak hairanlah mengapa semangkuk mil oat untuk sarapan pagi sangat popular di kalangan mereka yang menjaga kesihatan. Tepung oat dihasilkan dengan menggiling mil oat, dan ia mempunyai perisa sama seperti mentega. Campurkan sedikit dalam Pankek Mala dengan Ayam Goreng Garing (nisbah 1:1 untuk gantian) atau Kek Keju Teh Susu Thai untuk snek yang lebih berkhasiat dan mengenyangkan!

Tetapi ingat satu perkara, bila menggunakan tepung oat, pastikan anda menambah serbuk penaik juga - cara untuk memastikan doh gebu. Dalam beberapa resipi, ia juga dikisar dengan tepung gandum.

 

  • Berkaitan: Apakah Horoskop Makanan Sihat Anda?
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki