10 Pemanis Mulut Asia yang Memberi Ketagihan

10 Pemanis Mulut Asia yang Memberi Ketagihan

Anda pencinta pencuci mulut? Ini adalah syurga anda. Kami bawakan senarai pencuci mulut Asia yang bakal membuat anda ketagih.

1. Bubur Cha Cha 

Ia dinamakan Bubur Cha Cha  kerana apabila anda memakannya anda seperti ingin menari Cha-Cha! Hidangan pencuci mulut Peranakan popular dan kebiasaannya dihidangkan di kafe-kafe di Hong Kong. Bubur Cha Cha adalah pencuci mulut santan yang mempunyai rasa pandan dan mengandungi kiub ubi keledek dan ubi keladi (taro) yang berwarna-warni. Terbaik untuk pencuci mulut dan makan lewat malam.

Terdapat beberapa pencuci mulut yang sama sedapnya, tetapi santan yang di didih menjadi sup berkrim, sangat enak samada sejuk atau panas.

  • Cuba berbagai resepi santan di sini, atau pencuci mulut halia kukus di sini.

2. Pankek Kacang Merah Cina 

Bayangkan - krep rangup, keemasan yang mempunyai lapisan baldu pes kacang merah suam. Pencuci mulut sempurna ini, berasal dari China, dan merupakan menu wajib ada di semua restoran Cina yang autentik. Dihasilkan dengan bahan-bahan yang sangat mudah seperti tepung gandum, minyak bijan dan pes kacang merah (buat sendiri atau dalam tin) - dan tidak seperti pemanis lain, ia memerlukan masa yang singkat untuk disediakan. Jika anda mahukan sedikit warna dan kemanisan, taburkan gula aising di atas pankek nanti!

Bukan peminat kacang merah? Bagaimana dengan pes ubi keladi atau pes teratai - yang anda ketahui cair dalam kuih bulan. Kedua-dua pes ini sungguh sesuai bersama bater ini juga.

Kepekatan bater adalah pemisah antara pankek bagus dan tidak, jadi pastikan anda membuat bater yang berkepekatan lut cahaya.

  • Layari resipi ini di sini.

3. Pankek Kelapa bersama Gula Melaka

Resipi pencuci mulut ini adalah antara yang paling popular yang boleh dibuat dalam masa bawah setengah jam.

Tiada rahsia lagi bahawa gabungan kelapa dan gula melaka adalah pasangan sempurna, seperti pisang dan coklat. Di sini, pankek biasa di masukkan dengan minyak kelapa yang sungguh wangi dan gula melaka sungguh enak.

Untuk mengimbangi rasa, taburkan sedikit garam dan hidang ketika panas.

4. Tiramisu Matcha

Anda mungkin dapat mengambarkan rasanya, pahit, beraroma segar hijau dari matcha bersama keju mascarpone manis. Jika tiramisu tidak dapat memenangi hati tetamu anda, matcha akan memastikannya. Apa yang ada perlu adalah keju mascarpone, biskut ladyfinger, bahan-bahan biasa tiramisu dan serbuk matcha yang banyak dan azuki kacang merah. 

Layari resipi ini di sini.

5. Santan bersama Pisang Thai 

Pencuci mulut klasik Thai yang cukup mudah, cepat dan senang untuk disediakan, sajian manis dan berkrim ini pasti memberikan kepuasan. Ia sungguh mudah - pisang, santan adalah bahan utama. Hidang ketika suam dan berbuih.

  • Layari resipi ini di sini
    Layari resipi pencuci mulut santan di sini

6. Puding Mentega dan Roti Gula Melaka Satu Hidangan

 

Resipi hebat oleh Sarah Huang Benjamin, Puding Mentega dan Roti adalah pencuci mulut klasik yang sangat sempurna untuk perayaan Hari Natal. Dan di sini, dia membuat olahan memberi rasa Asia dengan rasa tropikal dari kaya pandan dan gula melaka.

  • Layari resipi ini di sini
  • Layari resipi mudah satu periuk di sini

7. Sup Bijan Hitam Manis

Berasal dari China, Sup Bijan Hitam Manis adalah pencuci mulut klasik yang terus relevan dan kekal popular sehingga kini. Dikatakan ia bagus untuk rambut dan kesihatan buah pinggang, pencuci mulut ini dihasilkan daripada beras dan biji bijan, dan mempunyai konsistensi seperti sup berkrim. Nikmatnya suam sebagai pencuci mulut, atau snek minum petang anda.

  • Inginkan sesuatu yang ringan? Cuba sup epal, osmanthus dan cranberi di sini.

8. Smoothie Gula Melaka Avokado

Avokado adalah buah millenial. Di sini adalah cara membuat smootie yang enak ini dengan citarasa Asia. makanan hebat ini ditambah gula melaka dan dikisar menjadi pekat dan halus. Sungguh sempurna untuk menyejukkan anda dari cuaca panas di Asia.

Tambah dengan walnut hancur, atau sebarang kekacang atau buah-buahan kering yang anda gemari.

  • Lebih pencuci mulut Gula Melaka di sini

9. Sago Limau Bali Manga

Pencuci mulut Hong Kong yang menyegarkan yang selalunya dihidangkan di restoran Cina serata Asia. Buah limau bali penuh dengan keajaiban buahan yang membuat rasa mangga “slushy” menjadi lebih enak. Untuk yang suka cabaran, hidang pada suhu sejuk.

  • Layari resipi ini di sini
  • Lebih pencuci mulut mangga sejuk di sini

10. Puding Roti Coklat Respberi Keto 

Dari dapur chef Keto Janti Brasali, resipi puding roti keto yang mampung yang pasti menjadi kegemaran anda, lebih-lebih lagi ketika Hari Natal. Campuran manis dengan gula perang swerve yang menggantikan gula, dan disatukan bersama campuran rempah kulit kayu dan buah pala. Semuanya disatukan bersama cip coklat separa manis, raspberi dan krim yang penuh berlemak.

  • Cuba pencuci mulut sup kacang keto di sini
  • Mahukan lebih pencuci mulut? Layari laman pencuci mulut kami di sini
Kategori:
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki