5 Kisah Percintaan, 5 Kota, dan Sajian Yang Dapat Menghangatkan Kisah Romantis

5 Kisah Percintaan, 5 Kota, dan Sajian Yang Dapat Menghangatkan Kisah Romantis

Dari Da Lat ke bandar Kuching, kenali lima orang yang masih bujang dalam pengembaraan epik janji temu (blind date) di sekitar Asia Tenggara.

Hari Kekasih ini, 5 orang pemuda-pemudi bandar dari Asia Tenggara telah mengemaskan beg dalam mencari cinta di bandar-bandar besar. Setiap destinasi akan membawakan sajian untuk dijamu, penduduk tempatan untuk bertemu, dan kisah romantis yang untuk diingati. Dari kecuraman tanah tinggi di Da Lat, Vietnam, kepada kerajaan silam di Yogyakarta, Indonesia, dan ketenangan sungai di Kuching, Malaysia, ayuh kenali pemudi bujang dengan siri melancong-janji temu 10-episod terbaharu TLC, Melancong Demi Cinta. 

Sekarang terdapat kisah percintaan nan romantis, bukan?

 

1. Tahanee, 23 tahun, pelajar-usahawati dari Kuala Lumpur.

“Ini pasti akan kedengaran pelik, tetapi ketam adalah sajian janji temu sempurna buat saya”

Apakah sajian janji temu yang sempurna buat anda?

Saya tahu ini akan kedengaran pelik, tetapi ketam! Dapat makan dengan comot dan masih diterima oleh pasangan anda, itu sangat menyayat hati.

Dalam Melancong Demi Cinta, anda terbang ke Indonesia, apakah sajian yang terbaik yang anda makan di sana?

Hidangan yang terbaik saya makan di Indonesia sudah tentu sajian Gulai Ayam dan Tempe tradisional. Saya telah disajikan oleh penduduk tempatan di sana sebelum mencuba pengembaraan air di Gua Pindol. Gulai Ayam tradisional mereka adalah hidangan yang perlu anda cuba. Saya sarankan anda!

Ketika di Indonesia, apakah yang akan teringin sangat untuk makan di rumah?

Saya seorang yang suka makan tetapi saya tidak makan sayuran. Saya suka mencuba hidangan baharu dan akan berkata ya untuk mencari makanan baharu bersama rakan-rakan. Tetapi jika saya perlu untuk memilih hidangan kegemaran saya sudah tentu Siakap Kukus ibu saya bersama nasi putih! Itulah kegemaran saya.

Destinasi pelancongan kegemaran anda?

Saya belum berpeluang untuk melancong luar dari Asia Tenggara, tetapi Bali menjadi kegemaran saya sehingga kini. Kerana, selalunya akan amat sibuk bekerja atau belajar di rumah, saya mahukan destinasi yang akan memberikan ketenangan yang zen. Saya akan berasa tenang di pantai dan melihat matahari terbenam di Bali adalah mata tambahan.

Apakah satu benda yang anda tidak boleh melancong dengan?

Seluar yang selesa! Saya tidak boleh melancong tanpa seluar yang selesa. Ia adalah segalanya hahaha.

Tahanee adalah seorang pencinta makanan kegemaran tempatan, kecuali sayuran. Mahu dia mencuba hidangan anda? Kongsi bersama @tahaneeshauki

2. Tony, 29 tahun, perunding teknologi dari New York

Apakah sajian janji temu yang sempurna buat anda?

Spageti - stail Lady And The Tramp

Dalam Melancong Demi Cinta, anda terbang ke Vietnam, apakah sajian yang terbaik yang anda makan di sana?

Saya keliru antara Pho dan Bun Cha. Tetapi untuk Pho pula, Pho stail selatan adalah yang terbaik.

Anda telah menetap di banyak bandar termasuklah sekarang di Singapura, apakah hidangan terbaik pernah anda makan?

Sepotong piza NYC yang sedap, mampu menjadi keajaiban dunia yang kelapan.

Destinasi pelancongan kegemaran anda?

Jawapan saya akan berubah sepanjang tahun tetapi saya pasti akan kembali ke Niseko. Menamatkan hari anda dengan semangkuk ramen selepas seharian meluncur salji adalah seperti nikmat syurga.

Apakah satu benda yang anda tidak boleh melancong dengan?

Makanan ringan.. Saya adalah peminat setia keropok Black Pepper Crab.

Tanya Tony dari mana dia mendapatkan keropok Black Pepper Crab di @tonyzarski

3. Samantha, 27 tahun, pembantu eksekutif dari Manila

“Baked Pork Chops adalah sajian yang paling romantik pada saya!”

Apakah sajian janji temu yang sempurna buat anda?

Jika boleh, saya merasakan hidangan yang dimasak dan disediakan bersama atau oleh pasangan anda sentiasa akan menjadi romantik. Dan saya percaya saya boleh menyediakan sandwich yang sangat lazat yang akan membuat kekasih/suami saya nanti akan membawanya ke pejabat sebagai makanan tengah hari atau snek. (HAHAHA!) I teringat ketika saya sedang janji temu kedua. Dia sedang bercerita mengenai Baked Pork Chops yang dia suka sediakan. Dan dia memberitahu saya keseluruhan proses penyediaan dari bahan-bahan kepada perapan, sehingga langkah untuk memasukkan ke dalam kuali, suhu ketuhar dan bahan hiasan yang digunakan. Dia sungguh bersemangat untuk memberitahu saya cara penyediaannya dan bagaimana rasanya, ketika mendengar itu saya terus terbayang berada di dapur bersama sambil menghirup wain dan bergelak ketawa, menari dengan muzik sambil dia menyediakan hidangan untuk saya dengan memakai apron yang kecil dan rambutnya kusut masai. Jadi, saya percaya Baked Pork Chops adalah hidangan yang paling romantis pada saya, walaupun saya masih belum pernah mencuba masakannya. (LMAO!) Semangat dia pada masakan dan proses penyediaan itu yang membuatnya sungguh romantis.

Dalam Melancong Demi Cinta, anda terbang ke Malaysia, apakah sajian yang terbaik yang anda makan di sana?

Saya berpelung untuk mencuba Mee Goreng Mamak. Jika saya masih ingat, saya berada di dalam sebuah van sambil menikmati hidangan savori itu ketika hari yang panas. Ia cukup berperasa dan pedas! Saya sukakan makanan pedas lebih-lebih lagi jika kepedasan itu disatukan sebati dengan keseluruhan rasa dan bukan semata-mata pedas. YUM! Keadaan dan rasa Mee Goreng Mamak itu adalah satu pengalaman yang sempurna!

Anda berasal dari Filipina, apakah sajian yang perlu cuba di sana?

Sajian Filipina kegemaran saya adalah Pork Binagoongan, Tortang Talong dan  Sinigang na Tuna Belly sa Miso. OOHHWEEE! Seperti kebanyakan orang Filipina, keluarga saya sukakan masakan di rumah! Ibu saya masak hidangan Filipina terbaik dan walaupun kepakarannya adalah Adobong Manok, masakan Pork Binagoongan, Tortang Talong and Sinigang na Belly sa Miso ibu saya adalah kegemaran saya. Pork Binagoongan dan Tortang Talong padanan yang terbaik kerana daging babi itu dimasak dengan campuran yang masin sementara rasa terung menjadi pelengkap sempurna, terutamanya bila dimakan bersama nasi dan nasi tambahan lagi. (APA ITU DIET?!) Sinigangs pula selalunya berasa masam tetapi bila anda menambah miso bersamanya, ia akan seimbangkan semua dan perut ikan tuna akan membuatkan ia lebih sedap.

Destinasi pelancongan kegemaran anda?

Saya sentiasa akan bermimpi tentang El Nido, Palawan. Menjelajahi ke pulau-pulau cukup memukau, kami bertuah kerana menaiki bot yang mempunyai dek untuk menikmati matahari dan bayu laut sambil berkongsi cerita bersama kru bot ketika menuju ke pulau seterusnya. Setiap pulau mempunyai tarikan tersendiri dan saya menyukai setiap satu. Dan makanan pula cukup menyelerakan! Saya menikmati makanan laut yang paling segar yang kami pilih sendiri. Kami mencuba ketam masak bawang putih mentega, ikan bakar dan udang yang dikukus sempurna! Saya percaya ia merangkumi keseluruhan pengalaman - latar, teman melancong dan makanan yang membuat pengembaraan itu sempurna.

Apakah satu benda yang anda tidak boleh melancong dengan?

Satu benda yang saya akan bawa dalam beg kembara saya adalah pelembab bibir Maybelline Baby Lips saya! Saya tidak mahu mempunyai bibir yang kering selepas menikmati hidangan lazat atau ketika merakam foto dengan pemandangan indah serta ketika bertemu rakan baharu di lokasi yang baharu! Siapa tahu, mungkin nanti saya akan dapat bertemu dengan “yang istimewa” ketika melancong nanti. (Fingers crossed, lol!)

Samantha akan selalu menilai makanan yang dirasainya, seperti ketika dia melawat pasar malam terkenal di Taipei. Anda boleh melihat penilaiannya di @samnicolexx

4. Honey, 28 tahun, pereka kostum dari Pulau Pinang

“Spageti adalah sajian janji temu yang sempurna buat saya, kami akan makan dari setiap hujung pasta yang panjang, dan akhirnya akan tercium!”

Apakah sajian janji temu yang sempurna buat anda?

Semangkuk penuh spageti! Saya tidak pernah berkongsi spageti sebelum ini dan saya merasakan ia sangat romantis. Saya sedar ia sangat klise tetapi saya pernah berangan akan mengalami fantasi Lady and the Tramp saya! Kami berdua akan sama-sama berkongsi sepinggan pasta dan tanpa disedari, kami makan dari hujung satu pasta yang panjang. Akhirnya ia akan membuat kami tercium (tetapi juga dengan sengaja-lah) hahaha!

Dalam Melancong Demi Cinta, anda terbang ke Filipina, apakah sajian yang terbaik yang anda makan di sana?

Terdapat banyak lagi sajian Filipina yang belum saya cuba, saya hanya mencuba peratusan yang kecil sahaja daripada keseluruhan makanan yang ditawarkan di sana! Untuk hidangan savori, saya sarankan  Chicken Inasal - ia adalah paha ayam berjus yang telah diperap serta dipanggang dan dihidangkan bersama limau, kicap soya, cuka, minyak ayam dan nasi - tanpa had! Oleh itu anda boleh makan sebanyak mana yang anda mahu! Saya adalah peminat manisan dan untuk pemanis mulut, saya sarankan mencuba Turon. Turon adalah popiah dengan pisang dan nangka yang dihidangkan bersama gula. Walaupun saya tidak pernah merasai kombinasi nangka dan pisang sebelum ini, dan selepas mencubanya - saya mahukan lagi! Untuk lebih cabaran, saya sarankan mencuba ais krim Malunggay! Ia adalah percubaan pertama saya di Bohol Bee Farm, saya tidak pernah mendengar Malunggay sebelum ini. Cara terbaik untuk menerangkannya adalah ia rasa seperti hijau - dan saya tahu ia bunyi menakutkan tetapi hijau dalam cara yang terbaik!

Anda berasal dari Malaysia, apakah sajian yang perlu cuba di sana?

Saya adalah peminat setia Roti Canai dan variasi yang lain. Anda boleh menikmati pada bila-bila masa sepanjang hari. Sarapan pagi? Roti Telur - roti canai yang dimasak bersama telur. Makan tengah hari? Mungkin roti canai bersama beberapa hidangan sampingan. Pemanis mulut atau snek? Roti Pisang yang dilapiskan dengan potongan pisang. (Saya suka makan roti pisang saya bersama kari ikan yang membuat ramai merasa pelik tetapi jangan berkata apa-apa sehingga anda mencubanya sendiri, kombinasi savori dan manis yang sempurna). Ia juga sangat menjimatkan. Terdapat satu gerai di satu lorong di Pulau Pinang berdekatan dengan tempat tinggal saya yang menjual roti canai yang paling sedap pernah saya makan! Hanya dengan memikirkannya sekarang membuat perut saya bergelora.

Destinasi pelancongan kegemaran anda?

Bohol adalah kegemaran saya sekarang. Jujurnya saya tidak sabar untuk kembali ke pantainya yang indah bersih (dan mungkin juga menjelajahi pulau-pulau berdekatan). Wajib pergi ke sungai Loboc! Keindahan airnya di sana berwarna firus dan saya tidak pernah melihat apa-apa seperti itu. Anda boleh mengayuh papan luncur (yang merupakan aktiviti kegemaran saya) atau menaiki kapal persiaran! Menyelam snorkel juga aktiviti yang anda boleh lakukan di Bohol - saya tidak berkesempatan untuk berenang bersama ikan lumba-lumba di Balicasag  tetapi ia ada dalam senarai aktiviti saya nanti. Dan Tarsier! Oh! Tarsier! Anda perlu melihat sendiri haiwan kecil dengan mata yang besar ini! Saya sarankan anda berada di Bohol selama seminggu untuk menikmati pengalaman sempurna di kepulauan ini.

Apakah satu benda yang anda tidak boleh melancong dengan?

Saya merasakan tisu anti-bakteria sangat penting! Saya sentiasa membawanya bersama saya, terutamanya kerana saya mempunyai fobia kepada kuman. Saya akan menyapu segalanya, tempat duduk/meja di atas kapal terbang, alat kawalan jauh di hotel, pemegang pintu, dan juga saya akan bersihkan peralatan makanan. Ramai yang akan melihat pelik pada saya tetapi dalam keadaan dan zaman sekarang ini, saya perlu lebih berhati-hati untuk keselamatan diri. 

Kenali Honey dengan lebih dekat di sini, dan kongsi bersamanya sajian Filipina lain yang perlu cuba di @HoneyKhanum

5. Mariska, 29 tahun, pemuzik dari Surabaya

“Ada sesuatu yang istimewa tentang berkongsi hidangan yang sejuk di suatu tempat bersama orang yang tercinta”

Apakah sajian janji temu yang sempurna buat anda?

Hidangan yang saya boleh berkongsi bersama pasangan percintaan saya, ketika dalam pengembaraan. Pengembaraan saya melibatkan taman tema, zoo, taman botani, mendaki, atau di pantai, jadi selalunya  ia comot, kotor, memenatkan, tanpa meja dan juga peralatan makan. Tetapi ada sesuatu yang istimewa tentang berkongsi hidangan yang sejuk di suatu tempat bersama orang yang tercinta. Pengalaman tersebut akan mengeluarkan diri sebenar  seseorang.

Dalam Melancong Demi Cinta, anda terbang ke Malaysia, apakah sajian yang terbaik yang anda makan di sana?

Bukan makanan, tetapi saya sukakan minuman tuak! Saya mencuba beberapa ketika di Iban, Sarawak, yang dihasilkan oleh secara tradisional. Saya terpegun melihat bagaimana mereka menghasilkan tuak sendiri, setiap rumah mempunyai cara yang tersendiri, dalam memastikan rasa dan warna yang unik dalam membezakan dengan yang lain. Satu cerita pendek, saya ingin membawa pulang tuak dari Sarawak tetapi tidak dibenarkan, jadi saya mencari resipi di atas talian serta sedikit penyelidikan dan bereksperimen membuat tuak saya sendiri di rumah, secara haram. Saya rasa saya berjaya melakukannya, saya tidak mati, kawan saya juga masih hidup, dan rasanya cukup enak dan kini saya sudah membuat yang kedua.

Anda berasal dari Malaysia, apakah sajian yang perlu cuba di sana?

Terdapat satu sajian anugerah Tuhan kepada manusia yang dipanggil Ote-Ote Porong. Ia adalah daging babi dan tiram yang disaluti bater yang digoreng sempurna dengan cantik, bulat, coklat keemasan, dan berminyak. Saya tidak pernah menjumpainya di luar Surabaya. Sebenarnya Porong iailah satu kawasan kecil yang terletak di luar Surabaya dan Tuhan sendiri telah ke sana untuk menganugerahkan hidangan yang seksi dan eksotik ini. Ya.

Destinasi pelancongan kegemaran anda?

Salzburg adalah antara kegemaran saya di dunia. Ia adalah tempat kelahiran Mozart dan merupakan seperti ibu negeri buat muzik klasikal. Saya ke sana sebanyak dua kali untuk mengikuti kursus musim panas dan ia adalah mimpi menjadi kenyataan. Pemandangannya seperti dari kalendar, rumah-rumah berwarna-warni dan semua bangunan utama (bangunan kerajaan, universiti, muzium, dewan konsert) adalah  istana lama yang dibina sekitar 1800-an. Ke mana sahaja anda pergi anda akan dengar muzik klasikal yang berkualiti tinggi; ramai penuntut dari Mozarteum (salah satu universiti terbaik untuk muzik klasikal) akan bermain muzik di taman, tepi sungai, di jalanan, atas jambatan, semua tempat. Sebuah kota yang kecil, indah, penuh ilmu dan sangat bersih seperti telah dibekukan sejak kurun ke-18. Semua akan menaiki basikal dan mereka sangat relaks dan baik. Saya suka berjemur di atas rumput berdekatan sungai Salzach atau hanya duduk di atas kerusi di padang berdekatan Schloss Frohnburg (istana kecil yang kini dijadikan  asrama penuntut Mozarteum, juga salah satu lokasi penggambaran Sound Of Music). I mempunyai banyak memori yang indah dan kawan-baik yang sangat baik di sana.

Apakah satu benda yang anda tidak boleh melancong dengan?

Saya tidak akan keluar rumah tanpa buku-buku saya. Saya ada satu untuk semuanya. Satu untuk membuat jurnal, satu untuk membuat lakaran, satu untuk membuat perancangan, dan satu buka fiksyen dan bukan fiksyen untuk baca. Saya tidak pandai merakamkan gambar menggunakan telefon, semua gambar saya tidak cantik. Jadi saya akan dokumen segalanya dengan menulis atau membuat lakaran. Ia mengambil masa yang lama tetapi saya menyukainya. Saya merasakan memori itu akan bertahan dengan lebih lama. Juga gincu saya. Saya kelihatan seperti tidak bernyawa tanpanya. Saya juga menggunakan pemerah pipi dan pembayang mata. 

Kenali Mariska dengan lebih dekat di sini, dan kongsi lokasi yang perlu dia dilawati di @mariska.setiawan

Saksikan Melancong Demi Cinta di TLC dan ikuti pengembaraan sensasi lima orang yang masih bujang di Asia Tenggara ketika janji temu, menikmati makanan dan berkomunikasi. Episod pertama akan disiarkan hari ini, 14 Februari pada 9.25pm SG/HK, dan diikuti setiap Jumaat pada waktu yang sama. 

Dapatkan resipi, ulasan dan artikel yang paling romantis bersempena dengan Hari Kekasih di sini

Kategori:
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki