Panduan: 5 Makanan WAJIB Dicuba di Salah Satu Pusat Penjaja Singapura yang Paling Banyak Menerima Anugerah

Panduan: 5 Makanan WAJIB Dicuba di Salah Satu Pusat Penjaja Singapura yang Paling Banyak Menerima Anugerah

Anda suka pusat penjaja di Singapura? Layari artikel ini dan pergi cuba makanan yang disenaraikan. Baca untuk ketahui lebih lanjut tentang setiap hidangan.

Di pusat bandar Singapura, terletaknya salah satu pusat penjaja paling banyak mendapat anugerah. Di sinilah 13 geran penjaja di Golden Mile Food Centre memperoleh penghargaan City Hawker Food Hunt yang berprestij, pertandingan makanan penjaja seluruh negara yang paling lama bertahan. Tempat makan kawasan luar bertingkat ini mempunyai kepelbagaian makanan Melayu, India dan Cina, disuntik dengan perisa unik Singapura, termasuklah lima gerai yang kami ketengahkan. Dari mee kari pedas, hingga ke minuman ais cincau.

1. Wedang, B1-19

Menu utama di Wedang adalah tauhu goreng. Kepingan tauhu tebal, digoreng garing di luar dan lembut gebu di dalam, adalah hidangan sampingan ruji dalam masakan Melayu. Sejak membuka gerai pada tahun 2005, pemilik/chef Encik Azman Kamis menghasilkan hidangan ini menggunakan tauhu segar setiap hari, dan mencurahkan kuah kacang manis yang membangkitkan selera. Saiz hidangannya agak besar, jadi ia sesuai untuk dikongsikan atau dimakan bersama nasi. Kalau anda suka pedas, boleh minta cili padi ekstra untuk ditambah ke dalam kuah kacang. Hidangan ini adalah salah satu daripada lima menu terlaris, termasuk satay yang sentiasa popular, iaitu daging ayam atau lembu dicucuk dengan lidi dan dipanggang dengan kuah kacang. Pada tahun 2006, gerai sederhana ini menarik perhatian pemeriksa Michelin, yang menganugerahkan Bib Gourmand, satu penghargaan bagi tempat makan yang menawarkan “kualiti terbaik, nilai makanan terbaik”.

Harga makanan dari SGD 3.

Waktu perniagaan: 12pm - 3.30pm and 5pm - 7pm, setiap hari. Tutup pada hari Isnin.

2. Da Po Hainanese Chicken Rice and Curry Chicken Noodles, B1-53

Anda mungkin biasa dengar tentang kari, tetapi anda pernah dengar tentang mee kari? Sudah lebih daripada 3 abad, gerai ini menjual satu hidangan kegemaran ramai, iaitu mee kuning dalam mangkuk penuh berisi kuah kari. Bayangkan kari, tetapi lebih seperti konsistensi sup, dimakan dengan mee dan bukan nasi atau roti. Kuah kari ini sedikit pedas dengan rasa manis santan kelapa. Dalam satu sudu, anda boleh menceduk mee kuning kenyal, kiub kentang, isi ayam empuk dan tauhu pok, atau kulit tauhu lembu, sama seperti dalam semangkuk laksa - satu lagi hidangan warisan Singapura berasaskan mee. Gerai yang sama juga menjual nasi ayam Hainan dengan bau harum lemak ayam dan isi ayam lembut berjus. Juga dikenali sebagai raja makanan penjaja di Singapura. Kami syorkan untuk anda cuba kedua-duannya.

Semangkuk mee kari berharga dari SGD 5.

Waktu perniagaan: 10.30am - 5.30pm, setiap hari. Tutup pada hari Isnin.

3. Ah Xiao Teochew Braised Duck, B1-43

Makanan di gerai ini ringkas dan tidak kompleks, unsur unik masakan Teochew. Hidangan lengkap dalam satu pinggan termasuk telur brais herba, hirisan tauhu lembut dan tauhu pok, atau kulit tauhu dan hirisan nipis isi daging itik. Tetapi ada juga pilihan selain daging tanpa lemak seperti daging perut babi yang boleh dipesan di sini. Curahkan kuah herba yang tidak terlalu masin atau manis. Walaupun perisa kebanyakan makanan Teochew adalah lembut, ada juga rempah yang dicampur dalam sos cili pencicah yang mengecurkan air liur, dibuat dengan cili padi, cuka dan bawang putih yang boleh anda tambah sebanyak yang disukai. Pesan dengan sepinggan nasi putih atau sup kway chap panas, iaitu mee putih lebar dalam sos kicap soya cair herba. Rasanya lembut dan seperti makanan tipikal Teochew, saiz hidangannya kecil, tetapi anda boleh pesan saiz besar. Rui Hai, penjaja generasi kedua mengambil alih gerai itik milik ibu bapanya lebih 10 tahun dahulu, dan menurut pemerhatian, perniagaan mereka masih laris. Paling menarik sekali adalah bila beliau menutup gerai dengan awal setiap hari, selepas lebih kurang 20 ekor itik yang disediakan har-hari habis dijual pada waktu tengah hari.

Sepinggan nasi itik brais bermula dari SSGD 3.

Waktu perniagaan: 9.30am - 7.30pm, setiap hari. Tutup pada hari Khamis.

4. Golden Mile Special Yong Tau Foo, B1-44

Kebanyakan pilihan lauk yong tau foo di gerai ini disumbat dengan pes ikan kuning. Ikan pilihan ini secara semula jadi isinya berminyak dan bermentega sama seperti ikan makarel, melengkapi rasa tawar dan berperisa dalam majoriti lauk yong tau foo seperti kek ikan, peria dan kulit tauhu yang digoreng garing dan kenyal di dalam. Pes ikan juga dibuat sendiri ke gerai, kemudian disumbat ke dalam pelbagai jenis sayur-sayuran akar seperti terung, bendi dan lada benggala. Selain daripada pilihan biasa, kami syorkan untuk anda cuba tauhu tebal segi empat. Ia sangat enak bila dicelur dalam sup panas, memberikan tekstur lembut dan rasa yang sedap. Bilangan lauk paling minimum tujuh jenis mesti dipilih, dengan bihun satu-satunya mi yang ditawarkan. Nikmatinya dengan sup atau dimakan kering, ditambah dengan kuah tauhu pekat diperam berwarna perang kemerahan yang berperisa manis.

Pastikan anda tiba awal kerana pada pukul 2pm gerai sudah ditutup.

SGD 50 sen setiap satu ketul lauk, dengan pesanan minimum sebanyak tujuh ketul.

Waktu perniagaan: 9.45am - 2pm, setiap hari. Tutup pada hari Ahad.

Zhao An Granny Grass Jelly, 01-58

 

Sudah puas makan sampai kenyang? Sekarang anda boleh jalan naik tangga ke tingkat dua pusat penjaja ini dan duduk menikmati semangkuk cincau sejuk (atau panas) yang dikenali oleh orang tempatan, ia adalah jeli hitam manis. Tekstur jeli ini lembut dan mempunyai aroma harum dan berbunga. Resipi asli cincau ini dicipta bertahun-tahun dahulu oleh nenek yang mengendalikan gerai tepi jalan, dan menegaskan pencuci mulut tradisional Cina ini perlu dibuat dengan tangan. Sejak 1996, cucu beliau yang kini menjalankan perniagaan gerai, masih menyimpan buku resipi, dan hanya menambahkan jumlah cincau dalam setiap mangkuk untuk suapan yang lebih memuaskan. Pilih daripada empat topping tradisional seperti longan, nata de coco, attap chee atau buah nipah kenyal dan isi kelapa laut. Atau pesan sebagai minuman.

Dari SGD 1.50

Waktu perniagaan: 11.30am – 7.30pm, setiap hari. 11.30 – 6.30pm, Selasa dan Sabtu.

Pusat penjaja bertingkat ini dikelilingi oleh mercu tanda bandar seperti Golden Mile Tower yang menempatkan pawagam bersejarah, The Projector, di tingkat 5. Dahulu kala, ia adalah sebahagian daripada Golden Theatre, pawagam terbesar di Singapura dan Malaysia. Kini, ia sering menjadi pawagam pertama di bandar yang membawakan tayang filem terbaru dan selalu dikunjungi oleh golongan muda.

Bersebelahannya adalah Golden Mile Complex, bangunan bertingkat yang dipenuhi tempat makan Thai dan Vietnam. Anda boleh tahu tempat ini autentik bila menjejakkan kaki ke dalam kedai, terus menghidu rempah Thai, herba Vietnam dan lain-lain aroma yang biasa dihidu di pusat penjaja Singapura.

 

Gerai-gerai ini menjual hidangan klasik Thai seperti pad kra pao (daging babi cincang dengan daun basil), tom yam dan mookata. Mookata adalah hidangan pinggan panas Thai yang digris dahulu dengan lemak babi, sebelum memasak sendiri kepingan daging atau makanan laut di depan mata. Golden Mile Complex dibuka sehingga lewat malam, dan boleh dikira sebagai ‘little Vietnam’ dan ‘little Thailand’.

Golden Mile Food Centre diketengahkan sebagai sebahagian daripada pesta makanan tahunan Perbadanan Pelancongan Singapura baru-baru ini. Dan gerai yang tidak lapuk ditelan zaman ini masih beroperasi untuk selera dan undian anda - sokong gerai penjaja kegemaran di www.cityhawkerfoodhunt.com.

Kategori:
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki