Apakah ciri-ciri makanan Asia Tenggara selain daripada perisa makanan?

Apakah ciri-ciri makanan Asia Tenggara selain daripada perisa makanan?

By Tristan Chan

Ada orang kata makanan Asia Tenggara semuanya berkisar tentang perisa. Biasanya, rasa manis, masam dan berempah. Tetapi ada yang kata, lebih dari itu. Kelab makan lewat malam, berkumpul di jamuan makan, lepak minum bergelak ketawa. Rahsia yang membuatkan makanan Asia Tenggara unik adalah ciri-ciri budaya dalam rutin harian.

Jenis bahan-bahan meluas mempengaruhi hidangan Asia Tenggara

Untuk permulaan, makanan Asia Tenggara saling mempengaruhi masakan masing-masing. Hidangan mereka adalah gambaran identiti hampir 11 negara yang membentuk rantau ini.

Hiasan atas meja di Pan Africanism - dengan plantian dan arancini nasi jollof dan pencicah charmoula. Foto: Brunch Bandits

“Rendang menunjukkan ciri-ciri India dan Portugal tetap kekal dengan keunikan Melayu manakala ketumbar jawa yang kerap digunakan dalam masakan Vietnam dan Malaysia, juga penting di dalam dapur Caribbean,” menurut Nithiya Laila, pengasas kelab makan lewat bertemakan budaya di Singapura bernama Brunch Bandits.

Laila meneruskan trend mengguna bahan-bahan dari seluruh Asia Tenggara di dalam menunya. “Perisa tradisi dan tumbuhan-tumbuhan asli boleh dimakan,” kedua-dua ini termasuklah burger tempe panggang dan taco tortilla jagung berintikan rendang nangka muda.

Dan beliau tidak keseorangan.

Chef terkemuka Ivan Brehms menggambarkan menu beliau “masakan persimpangan jalan”. Chef dan pemilik Nouri, restoran fusion dengan pengiktirafan Michelin, berkata “kebanyakan popular hari ini seperti laksa nyonya, kari kuning Thai dan gohu ikan adalah hasil kepelbagaian budaya di mana tradisi makanan sesuatu wilayah tercipta daripada perdagangan dan interaksi manusia sejak dari dahulu.”

Itu adalah kemungkinan bagaimananya sate muka wujud. Tahukah anda daging panggang manis berempah dicucuk dengan lidi, yang mula-mula datang dari Indonesia, sebenarnya dipengaruhi oleh shish kebab? Ketulan daging tebal dan disalai adalah makanan ruji di Turki dan Lebanon.

Suasana meriah adalah sebahagian daripada pengamalan kulinari Asia Tenggara

Di kelab makan lewat malam yang lain, suasana adalah komponen penting dalam hidangan Asia Tenggara. Di Once Upon a Secret Supper, pengasas Angie Ma memberikan sentuhan tersendiri pada menu dengan nuget yang mengandungi latar belakang meriah, termasuk seperti “resipi nenek kesayangan hingga ke pertemuan tak dijangka ketika mengembara”. Sebabnya? Beliau percaya cerita asal-usul sebegini adalah sebahagian daripada ciri-ciri suasana masa makan di Asia.

Pengunjung mendengar cerita sambil menikmati rum Nusa Cana Indonesia, makan malam oleh Once Upon a Secret Supper. Foto: Once Upon a Secret Supper

Anda akan nampak perbualan di sini adalah lebih bising dan riuh dan suasana ini adalah satu tenaga positif berbanding suasana makan malam yang sopan santun dan beretika di Eropah Barat,” kata beliau, selepas berpengalaman membuka kelab di Melbourne dan London.

Teknik seperti ‘wok hey’ tanda makanan autentik Asia Tenggara

Selain suasana dan bahan-bahan, teknik memasak juga sangat penting. Pernah dengar terma ‘wok hey’? Anda mungkin rasakannya. Ia adalah aroma yang harum, sedikit hangit dan dipercayai menjadi petunjuk makanan autentik Cina di rantau ini.

Sepinggan hor fun. Ramai orang bersetuju yang anda sentiasa boleh rasa ‘wok hey’ yang bagus di dalam satu hidangan hor fun. Foto: Getty

“Benar sekali, ‘wok hey’ atau ‘nafas wok’ memerlukan masakan di dalam wok (kuali gaya Cina) dengan api dan suhu yang sangat tinggi. Bahan-bahan yang dimasak dengan teknik ini juga dapat mengekalkan rasa asal. Masakan yang disediakan dengan teknik ‘wok hey’ dikenali dengan kesegaran dan rasa yang ringan,” kata Chris Choo, chef di Relish.sg, restoran makan malam mewah berpangkalan di Singapura yang menggabungkan perabot antik, muzik dan tarian.

Di mana anda boleh rasa ‘wok hey’? Pergi saja ke mana-mana pusat penjaja di Singapura dan Malaysia, dan pesan apa saja dari kuih lobak putih hingga ke hor fun.

Jadi, apa yang menunjukkan makanan Asia Tenggara? Mungkin ia adalah rasa yang dikenali seperti manis, masam dan berempah. Tetapi untuk membuatkannya betul-betul asli - tambahkan aspek budaya - dari bahan-bahan hingga ke suasana.

Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki