Bahan-bahan:

  • Hidangan untuk 2 orang
  • 8 ekor ikan kembung (kembung India)

  • 6 keping asam keping (buah asam kering)

  • 3 kuntum bunga kantan

  • 150 g mee laksa (dicelur)

  • 3 batang serai

  • 1 biji 2 inci lengkuas

  • 500 ml air asam jawa

  • 20 biji cili kering (rendam dalam air panas sehingga lembut)

  • 1 sudu besar belacan

  • 100 g daun pudina (dengan tangkainya)

  • 1 biji cili merah (dihiris)

  • ½ limau kasturi (dipotong baji)

  • 5 tangkai daun ketumbar

  • ½ biji timun tempatan (diracik helai)

  • 2 biji bawang merah (dihiris)

  • 1 liter air

  • gula

  • sos ikan

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Assam Laksa

{{totalReview}}
Hidangan penaik selera dari Pulau Pinang yang sempurna, asam laksa adalah hidangan yang mempersonakan dengan rasa masam dan pedas yang membuatkannya sungguh menyelerakan. Jika anda pernah ke Pulau Pinang, anda mungkin tahu asam laksa terkenal Ayer Itam yang sangat lazat sehingga anda ingin membuatnya sendiri. Mengetahui bahan-bahan dan teknik yang tepat akan membawa anda kembali ke Pulau Pinang dan mengimbau rasa Asam Laksa Pulau Pinang yang popular.
  • Sederhana
  • 30 min
  • 70 min
  • 15 min
  • 3 langkah-langkah
  • 18 Bahan-bahan
  • Sederhana
  • 3 langkah-langkah
  • 18 Bahan-bahan
  • 30 min
  • 70 min
  • 15 min

Cara Penyediaan

  1. Penyediaan isi ikan

    • Di dalam periuk air mendidih, masukkan ikan dan 3 asam keping selama 8 ke 10 minit, sehingga masak.
    • Tutup api dan masukkan ikan yang telah dimasak ke dalam mangkuk bersaiz sederhana.
    • Keluarkan dan buang asam keping yang direbus.
    • Gunakan tangan dan garpu untuk memisahkan isi dari tulang ikan dan carikkan isi ikan kepada saiz suapan.
    • Biarkan sementara.
    Penyediaan isi ikan


  2. Kisar rempah

    • Didalam pengisar, kisarkan cili kering yang telah dilembutkan, 1 sudu besar belacan, lengkuas dan batang serai sehingga halus.
    • Jika campuran terlalu kering, masukkan air untuk membantu mencapai kehalusan yang diinginkan.


  3. Membuat sup

    • Di dalam periuk, masukkan bahan-bahan yang dikisar, air asam jawa, 3 asam keping, bunga kantan, pudina, 1 liter air dan 4 sudu besar sos ikan.
    • Tambah perisa dengan gula dan sos ikan jika perlu.
    • Masukkan isi ikan kedalam sup dan dibiarkan sehingga mendidih.
    • Setelah mendidih, rendahkan api dan biarkan ia mereneh selama 1 jam.
    Membuat sup


Saji dan Hidang!

  • Masukkan mee laksa dan timun yang di carik helai kedalam mangkuk hidangan.
  • Sendukkan sup panas dan isi ikan kedalam mee.
  • Hias dengan daun ketumbar, cili merah besar yang di hiris, hirisan bawang merah dan baji limau kasturi
Saji dan Hidang!

Maklumat Pemakanan

Nilai Tipikal SETIAP 100G SETIAP 1.54 KG HIDANGAN
Tenaga (Kj) 218kj 3372kj
Tenaga (Kcal) 52kcal 798kcal
 Lemak
0.9g 14g
 tepu 0.3g 4.8g
Karbohidrat 3.5g 54g
gula 0.7g 11g
 Serat
0.5g 8.5g
 Protein
7.1g 109g
Garam 0.14g 2.1g

 

 

Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 2 orang
    • 8 ekor ikan kembung (kembung India)

    • 6 keping asam keping (buah asam kering)

    • 3 kuntum bunga kantan

    • 150 g mee laksa (dicelur)

    • 3 batang serai

    • 1 biji 2 inci lengkuas

    • 500 ml air asam jawa

    • 20 biji cili kering (rendam dalam air panas sehingga lembut)

    • 1 sudu besar belacan

    • 100 g daun pudina (dengan tangkainya)

    • 1 biji cili merah (dihiris)

    • ½ limau kasturi (dipotong baji)

    • 5 tangkai daun ketumbar

    • ½ biji timun tempatan (diracik helai)

    • 2 biji bawang merah (dihiris)

    • 1 liter air

    • gula

    • sos ikan

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki