Bahan-bahan:

  • Hidangan untuk 3 orang
  • 2 ketul paha ayam

  • 100 g pucuk ubi, direbus atau dikukus (boleh digantikan dengan daun bayam)

  • 1-2 helai daun pisang

  • 4 sudu besar air asam jawa

  • 10 biji bawang merah

  • 5 ulas bawang putih

  • 1 sudu kecil serbuk kunyit

  • 1 sudu kecil halia

  • 1 sudu kecil lengkuas

  • 5 biji buah keras 

    (dipanggang)

  • 7 biji cili merah

  • 5 biji cili padi

    (cili mata burung)

  • 4 helai daun limau purut

  • ½ sudu kecil serbuk buah pala

  • 1 sudu besar air abu/liquid smoke 

    (pilihan)

  • 1 sudu besar sambal belacan

    (pes udang kecil pedas)

  • 1 biji limau

  • 1 sudu besar daun ketumbar

  • 2 sudu besar gula perang

  • 2 sudu kecil garam

  • 1 sudu kecil gula

  • 1 sudu kecil lada putih

  • 2 sudu besar minyak sayuran 

    (lebih jika perlu)

Ayam Betutu
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Ayam Betutu

{{totalReview}}
Terkenal dengan kehangatan kehidupan malam dan kelab pantai, tetapi mengapa hidangan ayam panggang stail Bali iaitu Ayam Betutu turut sama menghangatkan citarasa? Bahan utama dalam masakan ini adalah ayamnya - yang disaluti dengan Basa Gede iaitu pes rempah yang dihasilkan daripada cili dan herba Asia Tenggara yang wangi, dan dibalut dengan daun ubi kayu. Mulanya ia dilayurkan, kemudian dibaluti menggunakan daun Staghorn Fern di dalam daun pisang sebelum dimasak di dalam ketuhar. Hasilnya adalah sajian ayam yang penuh aroma dan kelazatan yang sempurna disajikan bersama nasi dan sambal goreng.
  • Mudah
  • 50 min
  • 15 min
  • 15 min
  • 4 langkah-langkah
  • 23 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 4 langkah-langkah
  • 23 Bahan-bahan
  • 50 min
  • 15 min
  • 15 min

Cara Penyediaan

  1. Kisar dan tumis basa gede (pes rempah Bali)

    • Panaskan ketuhar sehingga 180°C.
    • Dalam mesin pengisar, kisar bawang merah, bawang putih, 1 sudu kecil serbuk bawang, 1 sudu kecil halia, 1 sudu kecil lengkuas, buah keras panggang, 7 biji cili merah, 5 biji cili padi, 4 helai daun limau purut, ½ sudu kecil serbuk buah pala, 1 sudu besar ketumbar, 2 sudu besar gula perang, 2 sudu kecil garam, 1 sudu kecil gula dan 1 sudu kecil lada putih sehingga halus.
    • Gunakan minyak sayuran untuk membantu mendapatkan kehalusan yang konsisten. Di dalam kuali dengan api sederhana, tumis pes basa gede sehingga wangi dan berkaramel. Ketepikan.


  2. Tuang air asam jawa di atas ayam

    • Dalam mangkuk, tuangkan air asam jawa  di atas paha ayam dan sapukannya.
    • Dalam kuali dengan api tinggi, panaskan 2 sudu besar minyak sayuran dan layurkan ayam untuk 2 minit di kedua-dua belah. 
    • Angkat daripada kuali apabila sudah masak.
    Tuang air asam jawa di atas ayam


  3. Sadur ayam dengan pes basa gede (pes Bali)

    • Sadurkan paha ayam yang telah dilayurkan dengan pes basa gede secara sekata. 
    • Anda boleh mengubah tahap kepedasan sajian ini dengan menambah atau mengurangkan jumlah cili padi.
    Sadur ayam dengan pes basa gede (pes Bali)


  4. Campurkan

    • Menggunakan blowtorch atau di atas dapur gas, secara perlahan apikan daun pisang sehingga melentur dan melembut. Letakkan daun pisang di atas permukaan kerja. 
    • Anda boleh abaikan air abu (liquid smoke) jika anda tidak dapat menjumpai bahan tersebut. Letakkan 1 ketul paha ayam di tengah daun pisang, diikuti dengan lapisan pucuk ubi rebus dan paha ayam lagi satu di atas pucuk ubi. 
    • Tuangkan 1 sudu besar air abu dengan sekata di atas daun pisang untuk mendapatkan bau dan rasa salai.
    • Balutkan tepi daun pisang dan lipat bahagian hujung yang dekat dengan anda di atas ayam seperti sampul. Ikat balutan dengan tali.
    • Bakar ayam yang telah dibalut di dalam ketuhar selama 2 jam.
    Campurkan


Saji dan Hidang!

Sajikan bersama nasi, pucuk ubi rebus, potongan baji limau dan 1 sudu besar sambal belacan di sisi.

Saji dan Hidang!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 3 orang
    • 2 ketul paha ayam

    • 100 g pucuk ubi, direbus atau dikukus (boleh digantikan dengan daun bayam)

    • 1-2 helai daun pisang

    • 4 sudu besar air asam jawa

    • 10 biji bawang merah

    • 5 ulas bawang putih

    • 1 sudu kecil serbuk kunyit

    • 1 sudu kecil halia

    • 1 sudu kecil lengkuas

    • 5 biji buah keras 

      (dipanggang)

    • 7 biji cili merah

    • 5 biji cili padi

      (cili mata burung)

    • 4 helai daun limau purut

    • ½ sudu kecil serbuk buah pala

    • 1 sudu besar air abu/liquid smoke 

      (pilihan)

    • 1 sudu besar sambal belacan

      (pes udang kecil pedas)

    • 1 biji limau

    • 1 sudu besar daun ketumbar

    • 2 sudu besar gula perang

    • 2 sudu kecil garam

    • 1 sudu kecil gula

    • 1 sudu kecil lada putih

    • 2 sudu besar minyak sayuran 

      (lebih jika perlu)

    Pemakanan

    Saiz Hidangan: grams

    Hidangan Untuk Setiap Resipi: 3

    Chicken is tasty
    Snort turmeric
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki