Bahan-bahan

  • Hidangan untuk 2 orang
  • 250 g potongan ayam(dipotong dadu)

  • 1 cawan susu sejat

  • 1/4 cawan susu pekat

  • 2 tangkai daun kari

  • 2 biji cili padi(cili mata burung)

  • 1/4 cawan + 1 sudu besar tepung jagung

  • ¼ cawan tepung beras

  • 1 sudu besar mentega tanpa garam

  • 1 sudu besar cuka

  • 1 biji telur

  • 2 ulas bawang putih

  • air

  • minyak sayuran

  • garam

  • lada putih

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Ayam Buttermilk Asia yang Terkenal

{{totalReview}}
Bukan semua ayam goreng dihasilkan secara sama, dan ada sebab kenapa ini adalah salah satu resipi Asian Food Network yang paling terkenal. Mudah disediakan dalam tempoh 30 minit, resipi yang ringkas ini mempunyai rasa yang hebat. Kewangian citarasa Asia semerbak dengan sos yang menyaluti ayam digoreng sempurna. Sekali rasa, pasti anda tidak mahukan hidangan ayam yang lain.
  • Sederhana
  • 10 min
  • 20 min
  • 15 min
  • 5 langkah-langkah
  • 17 Bahan-bahan
  • Sederhana
  • 5 langkah-langkah
  • 17 Bahan-bahan
  • 10 min
  • 20 min
  • 15 min

Ayam Buttermilk Asian yang Terkenal

Sos Buttermilk Selembut Sutera dengan Ayam Goreng Garing

Bila berfikir tentang makanan selesa yang pasti disukai ramai, ayam goreng terlintas di fikiran. Dibuat dengan sumber protein paling popular, ayam goreng yang ringkas boleh dipertingkatkan untuk mempunyai perisa berlainan dengan tambahan komponen seperti sayur-sayuran, rempah dan sos. Resipi ayam buttermilk kami mengambil ayam goreng biasa dan diberikan sentuhan istimewa dengan sos buttermilk berperisa. Bukan semua ayam goreng dihasilkan secara sama, dan ada sebab kenapa ini adalah salah satu resipi Asian Food Network yang paling terkenal. 

Dimasak dalam masa 30 minit, keringkasan hidangan ini akan membangkitkan selera anda. Aroma Asia yang menarik dari bahan-bahan seperti daun kari, diganding secara sempurna dengan ayam goreng perang keemasan, dicurah dengan sos bermentega. Hidangan ini akan mengubah perspektif anda terhadap ayam goreng.

Resipi ayam buttermilk berkim yang ringkas ini disukai ramai. Dalam 5 langkah, anda akan dapat masak hidangan yang yang padat dengan profil perisa berbeza. Anda tidak akan pandang ayam goreng dengan cara yang sama selepas ini.

 

Soalan Sering Ditanya Tentang Ayam Buttermilk

1. Bolehkah saya panggang atau bakar ayam?

Selain daripada menggoreng ayam, anda boleh pilih untuk bakar atau panggang ketulan ayam. Jika bakar atau panggang, pastikan bahagian ketulan ayam berwarna perang dan sedikit terbakar. Cara ini akan memberikan warna cantik pada ayam, dan bahagian terbakar memberikan perisa ekstra.

2. Bolehkah saya gunakan daging lain?

Sos buttermilk ini sangat versatil dan boleh dicurahkan ke atas apa saja. Makanan laut adalah pengganti yang popular, seperti isi ikan atau udang, pilihan alternatif yang sesuai dinikmati bersama sos buttermilk. Masak dengan cara sama seperti memasak ayam dan tuang sos selepas dimasak.

3. Bolehkah saya simpan semalaman hidangan ini dalam peti sejuk?

dalam peti sejuk?

Pastikan sos buttermilk dan ayam diasingkan sebelum disimpan, kerana ayam goreng akan lemau dan jadi tidak garing bila disimpan dalam petik sejuk. Jadi anda boleh pilih untuk goreng semula ayam keesokan hari atau simpan ayam yang diperap dan hanya goreng bila sedia untuk dihidang. Sos boleh dipanaskan semula dalam kuali dengan api sederhana tinggi - tambah air jika sos menjadi pekat.

Tip & Petua untuk Menyediakan Ayam Buttermilk

1.     Perap ayam semalaman: Untuk memberikan lebih perisa kepada ayam, anda boleh perap ayam sehari awal. Cara ini juga menjimatkan masa dan membolehkan ayam menyerap semua perencah, setiap ketulan ayam diinfusi dengan perisa. Perap semalaman juga membuatkan daging ayam menjadi lebih empuk, dan setiap ketulan ayam akan menjadi lebih berjus dan lazat.

2.     Gandakan kuah: Bawa makanan selesa ke peringkat seterusnya. Buat sos buttermilk ekstra supaya sos boleh digunakan bersama hidangan sampingan seperti kentang lenyek.

3.     Ubah hidangan mengikut citarasa anda: Apa yang bagus tentang hidangan ringkas seperti ini adalah kebolehsesuaian. Mahukan rasa lebih pedas? Tambahkan lebih banyak cili padi. Mahukan sos buttermilk lebih pekat? Tambahkan lebih banyak tepung jagung dan masak sos sampai pekat dan likat.

Cara Penyediaan

  1. Perap ayam

    • Masukkan isi ayam, ½ sudu besar garam, 1 sudu besar lada putih, 1 sudu besar cuka ke dalam mangkuk dan gaul sehingga ketulan ayam disalut. Perap ayam selama satu jam.

    • Selepas diperap, masukkan telur ke dalam campuran ayam dan gaul sebati.

    Perap ayam


  2. Campurkan tepung

    • Masukkan ¼ tepung jagung dan ¼ tepung beras ke dalam mangkuk asing.

    • Celup ketulan ayam yang diperap ke dalam campuran tepung sehingga disalut rapi dan lapisan tidak terlalu tebal.

    | Perap ayam semalaman untuk menjimatkan masa memasak sambil meningkatkan rasa

     Campurkan tepung


  3. Goreng ayam

    • Panaskan minyak secukupnya dalam kuali untuk menggoreng ayam.

    • Goreng ayam selama 3 hingga 4 minit sehingga setiap bahagian berwarna perang keemasan.



  4. Masak mentega, bawang putih dan cili padi

    • Masukkan 1 sudu besar mentega tanpa garam, bawang putih dan cili padi yang dicincang ke dalam kuali asing. Masak menggunakan api sederhana tinggi selama 1 minit sehingga naik bau wangi.

    | Tambah atau kurangkan jumlah cili padi mengikut tahap pedas kegemaran anda, atau cincang cili padi sehingga halus.



  5. Masak kuah buttermilk bersama ayam

    • Masukkan daun kari dan masak sehingga naik bau, sebelum 1 cawan susu sejat dan ¼ susu pekat ditambah ke dalam kuah. Tambah garam dan lada putih secukup rasa.

    • Campur 1 sudu besar tepung jagung dengan 1 sudu besar air di dalam cawan dan tuangkan ke dalam kuali. Kacau sehingga kuah pekat.

    • Angkat kuali dari api bila kuah sudah pekat dan masukkan ketulan ayam yang digoreng. Gaul sebati.

     Masak kuah buttermilk bersama ayam


Saji dan Hidang!

Alihkan ayam buttermilk ke dalam pinggan dan hidangkan panas-panas.

Saji dan Hidang!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 2 orang
    • 250 g potongan ayam(dipotong dadu)

    • 1 cawan susu sejat

    • 1/4 cawan susu pekat

    • 2 tangkai daun kari

    • 2 biji cili padi(cili mata burung)

    • 1/4 cawan + 1 sudu besar tepung jagung

    • ¼ cawan tepung beras

    • 1 sudu besar mentega tanpa garam

    • 1 sudu besar cuka

    • 1 biji telur

    • 2 ulas bawang putih

    • air

    • minyak sayuran

    • garam

    • lada putih

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki