Bahan-bahan

  • Hidangan untuk 3-4 orang
  • 6 drumet & 6 kepak tengah(dibasuh & dilap kering)

  • ¼ sudu kecil garam

  • ½ sudu kecil serbuk lada hitam

  • 1 sudu kecil halia(diparut)

  • ½ cawan tepung ubi

  • 4 ulas bawang putih(dicincang)

  • ¼ cawan kicap soya cair

  • ¼ cawan sirap jagung

  • 2 sudu besar gochujang

  • 2 sudu besar cuka putih

  • 1 sudu besar gula putih

  • 1 sudu besar biji bijan(dibakar)

  • 2 cawan minyak

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Ayam Goreng Korea

{{totalReview}}
Kini anda boleh buat sendiri resipi Ayam Goreng Korea yang manis, pedas dan lazat, rakan-rakan dan ahli keluarga pasti tidak berhenti makan! Sos resipi ini ternyata sangat enak, ianya sedap dimakan dengan apa saja. Hidangan sampingan yang sesuai dengan dengan Ayam Goreng Korea ini adalah semangkuk jeruk sayur-sayuran yang rangup dan bercuka, setiap suapan pasti menyelerakan. Ini satu rahsia yang ramai nenek-nenek Korea tidak mahu kongsikan - kunci utama untuk membuatkan ayam goreng sangat rangup adalah menambahkan sedikit soda penaik ke dalam tepung ubi.
  • Mudah
  • 15 min
  • 30 min
  • 15 min
  • 2 langkah-langkah
  • 13 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 2 langkah-langkah
  • 13 Bahan-bahan
  • 15 min
  • 30 min
  • 15 min

Cara Penyediaan

  1. Perap & goreng ayam

    • Perap ayam dengan garam, halia dan serbuk lada hitam. Lumur perapan sepenuhnya.

    • Isi tepung ubi dalam bekas besar dan salutkan ketulan ayam dengan tepung satu per satu.

    • Lap atau buangkan lebihan tepung pada ayam.

    • Setiap ketul ayam perlu disalut rapi dengan lapisan tepung nipis dan kering.

    • Panaskan 2 cawan minyak dalam kuali besar dengan api tinggi selama 7-8 minit.

    • Masukkan ayam satu per satu selama 12 minit, sambil ayam diterbalikkan sekali-sekala supaya semua bahagian menjadi perang sama rata.

    • Angkat ayam keluar dari kali menggunakan penapis. Biarkan di tepi selama 5-10 minit dan padamkan api.

    • Hidupkan semula api tinggi dan goreng ayam sekali lagi.

    • Selepas lebih kurang 5 minit, ayam siap dimasak bila kerak pada kepak menjadi keras dan rangup - cuba ketuk kerak perlahan-lahan dengan penyepit.

    Perap & goreng ayam


  2. Sediakan sos pedas dan manis

    • Panaskan kuali tidak melekat dengan api sederhana tinggi.

    • Tambah 2 sudu besar minyak masak dan bawang putih dicincang. Tumis selama 30 saat sehingga naik bau.

    • Masukkan kicap soya, sirap jagung, cuka & gochujang.

    • Masukkan gula putih dan teruskan mengacau sehingga semua gula telah larut.

    • Sapukan sos pedas dan manis ke seluruh bahagian ayam goreng.

    Sediakan sos pedas dan manis


Saji dan Hidang!

Selepas ayam diaturkan dalam pinggan, taburkan biji bijan bakar, kacang hancur atau kacang badam rangup untuk rasa dan tekstur ekstra.

Saji dan Hidang!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 3-4 orang
    • 6 drumet & 6 kepak tengah(dibasuh & dilap kering)

    • ¼ sudu kecil garam

    • ½ sudu kecil serbuk lada hitam

    • 1 sudu kecil halia(diparut)

    • ½ cawan tepung ubi

    • 4 ulas bawang putih(dicincang)

    • ¼ cawan kicap soya cair

    • ¼ cawan sirap jagung

    • 2 sudu besar gochujang

    • 2 sudu besar cuka putih

    • 1 sudu besar gula putih

    • 1 sudu besar biji bijan(dibakar)

    • 2 cawan minyak

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki