Bahan-bahan

  • Hidangan untuk 4 orang
  • 4 ketul paha ayam(120 g setiap satu termasuk tulang)

  • 1 biji tomato besar(dicincang)

  • 3 batang serai(ditumbuk)

  • 10 biji cili besar

  • 2 biji bawang merah

  • 7 ulas bawang putih(ditumbuk)

  • 120 g lengkuas(dihiris)

  • 40 g halia

  • 15 g kunyit hidup

  • ½ sudu besar belacan

  • 1 sudu besar serbuk ketumbar

  • ½ sudu kecil serbuk jintan

  • 2 ½ sudu besar gula putih

  • 2 ½ sudu besar garam

  • 1 L + ¼ cawan air

  • minyak sayuran

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Ayam Penyet

{{totalReview}}
Kalau anda suka ayam goreng, kenapa perlu dipenyetkan? Satu-satunya sebab adalah untuk menghasilkan hidang unik yang berasal dari Jawa, Indonesia. Bukan saja di benua Asia, hidangan ini juga telah menjadi semakin popular di seluruh dunia. Ayam yang rangup di luar, isi lembut di dalam yang mudah dan cepat untuk dimasak, dihidangkan bersama sambal cili mengikut citarasa anda. Sedap dimakan bersama nasi putih dan biasanya dilengkapkan dengan lauk sampingan ringkas Indonesia seperti tempe goreng (protein soya).
  • Mudah
  • 20 min
  • 50 min
  • 15 min
  • 4 langkah-langkah
  • 16 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 4 langkah-langkah
  • 16 Bahan-bahan
  • 20 min
  • 50 min
  • 15 min

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Ayam Penyet

{{totalReview}}
Kalau anda suka ayam goreng, kenapa perlu dipenyetkan? Satu-satunya sebab adalah untuk menghasilkan hidang unik yang berasal dari Jawa, Indonesia. Bukan saja di benua Asia, hidangan ini juga telah menjadi semakin popular di seluruh dunia. Ayam yang rangup di luar, isi lembut di dalam yang mudah dan cepat untuk dimasak, dihidangkan bersama sambal cili mengikut citarasa anda. Sedap dimakan bersama nasi putih dan biasanya dilengkapkan dengan lauk sampingan ringkas Indonesia seperti tempe goreng (protein soya).
  • Mudah
  • 20 min
  • 50 min
  • 15 min
  • 4 langkah-langkah
  • 16 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 4 langkah-langkah
  • 16 Bahan-bahan
  • 20 min
  • 50 min
  • 15 min

Cara Penyediaan

  1. Masak paha ayam dengan rempah dan herba

    • Didihkan air dalam periuk dengan api sederhana dan masukkan serai yang ditumbuk, hirisan lengkuas, bawang putih, kunyit hidup, halia, satu sudu besar serbuk ketumbar, ½ sudu kecil jintan, 2 sudu besar gula, 2 sudu besar garam dan paha ayam.

    • Reneh selama 25 minit sehingga ayam masak sepenuhnya.



  2. Buat sambal cili

    • Kisar cili merah besar, bawang merah, belacan, ½ sudu besar gula putih dan ½ sudu besar garam menggunakan pengisar sehingga halus.

    • Tumis pes yang dikisar selama 5 hingga 7 minit sehingga wangi di dalam kuali dengan api sederhana.

    • Bila sudah naik bau, masukkan tomato yang dicincang dan ketepikan.

    | Tambah atau kurangkan rasa pedas sambal cili mengikut bilangan cili merah besar yang mahu atau tambahkan cili padi

    Buat sambal cili


  3. Lap ayam sampai kering dan lumurkan campuran serbuk kunyit

    • Bila ayam sudah masak, alihkan dari periuk dan lap dengan tisu dapur sehingga kering. Biarkan ia sejuk selama 5 minit.

    • Campur 1 sudu besar serbuk kunyit dan dan ½ sudu kecil garam di dalam mangkuk besar. Lumurkan ayam dengan campuran serbuk kunyit.

    Lap ayam sampai kering dan lumurkan campuran serbuk kunyit


  4. Goreng dan penyetkan ayam

    • Panaskan minyak sayuran dalam periuk lain dan goreng celur paha ayam selama 2 hingga 3 minit sehingga rangup dan berwarna perang keemasan.

    • Angkat ayam yang siap digoreng dan letak di atas tisu dapur untuk menyerap lebihan minyak. Ulang sehingga semua paha ayam digoreng.

    • Letak ayam di atas permukaan bersih atau papan pemotong dan tekan atau tumbuh ayam menggunakan sisi pisau.

    | Sedap dimakan bersama nasi putih, hirisan timun, tempe goreng dan tauhu goreng

    Goreng dan penyetkan ayam


Saji dan Hidang!

Alihkan ayam penyet ke dalam pinggan sajian dan hidangkan dengan sambal cili di tepi atau di atas ayam. Hidangkan panas-panas.

Saji dan Hidang!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 4 orang
    • 4 ketul paha ayam(120 g setiap satu termasuk tulang)

    • 1 biji tomato besar(dicincang)

    • 3 batang serai(ditumbuk)

    • 10 biji cili besar

    • 2 biji bawang merah

    • 7 ulas bawang putih(ditumbuk)

    • 120 g lengkuas(dihiris)

    • 40 g halia

    • 15 g kunyit hidup

    • ½ sudu besar belacan

    • 1 sudu besar serbuk ketumbar

    • ½ sudu kecil serbuk jintan

    • 2 ½ sudu besar gula putih

    • 2 ½ sudu besar garam

    • 1 L + ¼ cawan air

    • minyak sayuran

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki