Bahan-bahan

  • Hidangan untuk 2 orang
  • 90 g daging babi cincang

  • 1.5 L brot ayam

  • 30 g ikan bilis kering

  • 150 g tepung biasa

  • 3 biji telur

  • 2 sudu besar + ½ sudu kecil tepung jagung

  • 1 tangkai bok choy kecil

  • 1 sudu besar ikan bilis goreng

  • 1 biji cili padi(dihiris)

  • 1 sudu besar daun bawang

  • 1 sudu kecil bawang goreng

  • 3 sudu besar kicap soya cair

  • 1 sudu besar + 1 sudu kecil lada putih

  • ½ sudu besar gula

  • 1 sudu kecil minyak bijan

  • 1 sudu kecil garam

  • 70 ml air

Ban Mian
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Ban Mian

{{totalReview}}
Menu kegemaran orang Singapura, mee telur tebal buatan tangan (mian) ini dinamakan sempena papan pemotong (ban) yang diguna secara tradisional untuk memotong mee. Dimasak dalam sup yang menyelerakan, ianya sangat sesuai dinikmati ketika musim hujan!
  • Mudah
  • 10 min
  • 20 min
  • 10 min
  • 5 langkah-langkah
  • 17 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 5 langkah-langkah
  • 17 Bahan-bahan
  • 10 min
  • 20 min
  • 10 min

Cara Penyediaan

  1. Rebus sup

    • Dalam periuk besar dengan api sederhana rendah, isikan dengan brot ayam dan ikan bilis kering. Biarkan mereneh selama 20 minit.



  2. Buat doh

    • Masukkan tepung, 2 sudu besar tepung jagung dan 1 sudu kecil garam ke dalam satu mangkuk. Gaul dan buatkan satu bulatan perigi di tengah, kemudian masukkan telur. Uli tepung, kemudian tambah air satu sudu besar dari semasa ke semasa dan teruskan menguli sehingga doh terbentuk.

    • Ketepikan, tutup mangkuk dan biarkan doh berehat selamat 10 minit.



  3. Buat mee

    • Gulungkan doh menjadi tebal lebih kurang 2mm. Taburkan tepung jagung, kemudian gulungkan menjadi bentuk swiss roll yang sedikit nipis. Potong setebal 1 cm, dan leraikan gulungan untuk menjadikan bentuk mee. Ketepikan sehingga sedia untuk dimasak.

    | Mee telur boleh dibeli di kebanyakan pasar raya jika anda tidak mahu membuat sendiri.

     Buat mee


  4. Buat bebola daging

    • Sementara doh berehat, boleh terus buatkan bebola daging. Dalam mangkuk adunan, campurkan daging babi cincang, 1 sudu besar kicap soya cair, ½ sudu besar gula, ½ sudu kecil tepung jagung, 1 sudu kecil lada putih, dan 1 sudu kecil minyak bijan. Gaul sebati dan ketepikan. Biar daging diperap sebelum sedia untuk dimasak.


  5. Masak ban mian

    • Panaskan periuk berisi brot ayam sehingga mendidih. Masukkan mee, bok choy kecil, bebola daging bersaiz satu sudu besar, dan 2 biji telur. Rebus selama 2-3 minit dan ceduk masuk ke dalam mangkuk.
    Masak ban mian


Saji dan Hidang!

Hiaskan dengan cili padi, 1 sudu besar ikan bilis goreng, 2 sudu besar kicap soya cair, 1 sudu besar lada putih, 1 sudu besar daun bawang dan 1 sudu kecil bawang goreng. Hidangkan panas-panas.

Saji dan Hidang!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 2 orang
    • 90 g daging babi cincang

    • 1.5 L brot ayam

    • 30 g ikan bilis kering

    • 150 g tepung biasa

    • 3 biji telur

    • 2 sudu besar + ½ sudu kecil tepung jagung

    • 1 tangkai bok choy kecil

    • 1 sudu besar ikan bilis goreng

    • 1 biji cili padi(dihiris)

    • 1 sudu besar daun bawang

    • 1 sudu kecil bawang goreng

    • 3 sudu besar kicap soya cair

    • 1 sudu besar + 1 sudu kecil lada putih

    • ½ sudu besar gula

    • 1 sudu kecil minyak bijan

    • 1 sudu kecil garam

    • 70 ml air

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki