Bahan-bahan:

  • Hidangan untuk 3-4 orang
  • ½ cawan biji bertih jagung (sama ada biji bertih jagung cendawan atau rama-rama)

  • 3 sudu besar minyak

  • 1 sudu kecil minyak mala

  • ⅔ cawan mentega

  • 2 cawan gula perang

  • ½ cawan sirap jagung

  • 1 sudu kecil garam laut

  • ½ sudu kecil soda penaik

  • 1 sudu kecil ekstrak vanila

  • 1 sudu kecil pes mala ( pautan resipi)

  • 1 sudu kecil serbuk mala

  • ½ sudu kecil serbuk bawang putih

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Bertih Jagung Karamel Masin Mala

{{totalReview}}
Pedas, masin dengan sedikit rasa gula hangus, Bertih Karamel Masin Mala ini akan membuat anda makan tanpa henti! Proses menyediakan ia juga sungguh seronok - biji bertih jagung meletup, mencairkan campuran mentega, gula perang dan pes mala dalam periuk dan menyadurkan bertih jagung dengan campuran ini. Kemudian apa yang anda perlukan? Filem yang bagus dengan bertih jagung yang enak!
  • Mudah
  • 15 min
  • 20 min
  • 10 min
  • 4 langkah-langkah
  • 12 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 4 langkah-langkah
  • 12 Bahan-bahan
  • 15 min
  • 20 min
  • 10 min

Cara Membuat

  1. Masak bertih jagung

    • Panaskan 3 sudu besar minyak dalam wok besar.
    • Tambah biji bertih jagung cendawan dan minyak mala,  gaul sekata dan tutup mengunakan penutup.
    • Biji jagung mula meletup, goyangkan wok sekali-sekala.
    • Apabila tiada bunyi meletup, padamkan api dan buka penutup.
    • Tuang dalam mangkuk besar untuk disejukkan. Bertih jagung perlu diisi penuh ⅔ mangkuk untuk memastikan ada ruang untuk campuran.


  2. Buat sos mala karamel

    • Dalam kuali, cairkan mentega dengan api sederhana.
    • Masukkan gula perang, sirap jagung, garam dan pes mala.
    • Biar mendidih tanpa mengacau selama 4 minit.
    • Tutup api dan kacau masuk ekstrak vanila dan soda penaik. Anda akan melihat ia berbuih dengan banyak selepas memasukkan soda penaik.
    Buat sos mala karamel


  3. Sadur bertih jagung

    • Perlahan-lahan tuang sos dalam bertih jagung, gaul sekata.
    • Taburkan serbuk mala sedikit dan serbuk bawang putih. Gaul sekata.


  4. Merangupkan bertih jagung

    • Ratakan bertih jagung dalam dulang pembakar yang dilapik kertas pacmen, jarakkan bertih jagung supaya tidak melekat.
    Merangupkan bertih jagung


Saji dan Hidang!

Bertih jagung sedia dimakan! Hidang bersama minuman sejuk kegemaran anda dan nikmati keenakkan mala.

Saji dan Hidang!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 3-4 orang
    • ½ cawan biji bertih jagung (sama ada biji bertih jagung cendawan atau rama-rama)

    • 3 sudu besar minyak

    • 1 sudu kecil minyak mala

    • ⅔ cawan mentega

    • 2 cawan gula perang

    • ½ cawan sirap jagung

    • 1 sudu kecil garam laut

    • ½ sudu kecil soda penaik

    • 1 sudu kecil ekstrak vanila

    • 1 sudu kecil pes mala ( pautan resipi)

    • 1 sudu kecil serbuk mala

    • ½ sudu kecil serbuk bawang putih

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki