Bahan-bahan

  • Hidangan untuk 3 - 4 orang
  • 800 g daging lembu batang pinang, dipotong dadu(boleh diganti dengan daging kerbau/ikan/ayam atau ekor lembu sekiranya boleh ditemui)

  • 50 g halia(ditumbuk)

  • 200 g bawang besar(dipotong empat)

  • 100 g kacang hancur

  • 1 sudu besar serbuk kunyit(boleh ditukar dengan halia)

  • 1 sudu besar serbuk paprika manis

  • 1 L air

  • garam(secukup rasa)

  • 2 biji cili padi(cili mata burung) - kalau anda tidak tahan pedas, tidak perlu tambah cili

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Bulcachong (Stew Daging Filipina)

{{totalReview}}
Nikmati stew daging Filipina yang lazat dan mengenyangkan, secara tradisionalnya dibuat dengan daging kerbau!
  • Mudah
  • 15 min
  • 90 min
  • 15 min
  • 2 langkah-langkah
  • 9 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 2 langkah-langkah
  • 9 Bahan-bahan
  • 15 min
  • 90 min
  • 15 min

Cara penyediaan

  1. Masak daging

    • Dalam periuk dengan api sederhana tinggi, masukkan daging, halia bersama air dan didihkan. Turunkan api kepada sederhana rendah dan renehkan selama lebih kurang 1 jam hingga 1 ½ jam sehingga daging empuk.
    Masak daging


  2. Tambah perisa brot

    • Bila daging sudah empuk, masukkan bawang besar, 1 sudu besar serbuk kunyit, 1 sudu besar serbuk paprika manis, kacang hancur, cili padi dan garam secukup rasa. Gaul sebati dan biarkan mereneh dengan api sederhana selama 5 minit.
    Tambah perisa brot


Hias dan Hidang!

Hidangkan panas-panas dengan lebih banyak kacang hancur sebagai sampingan. Sedap dinikmati dengan nasi putih ataupun kentang bakar, kentang lenyek atau kentang rebus!

Hias dan Hidang!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 3 - 4 orang
    • 800 g daging lembu batang pinang, dipotong dadu(boleh diganti dengan daging kerbau/ikan/ayam atau ekor lembu sekiranya boleh ditemui)

    • 50 g halia(ditumbuk)

    • 200 g bawang besar(dipotong empat)

    • 100 g kacang hancur

    • 1 sudu besar serbuk kunyit(boleh ditukar dengan halia)

    • 1 sudu besar serbuk paprika manis

    • 1 L air

    • garam(secukup rasa)

    • 2 biji cili padi(cili mata burung) - kalau anda tidak tahan pedas, tidak perlu tambah cili

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki