Bahan-bahan

  • Hidangan untuk 4 orang
  • 750 g pisang(separuh dilenyek, separuh dipotong dadu)

  • 50 g tepung biasa

  • 50 g tepung beras

  • ½ sudu kecil soda penaik

  • 2 sudu besar gula

  • ½ sudu kecil garam

  • minyak sayuran(untuk menggoreng)

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Cekodok Pisang (Bebola Pisang Manis)

{{totalReview}}
Juga dikenali sebagai ‘jemput-jemput pisang’, bebola pisang yang digoreng ini merupakan snek yang manis dan sedap!
  • Mudah
  • 10 min
  • 20 min
  • 15 min
  • 2 langkah-langkah
  • 7 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 2 langkah-langkah
  • 7 Bahan-bahan
  • 10 min
  • 20 min
  • 15 min

Cekodok Pisang (Cucur Pisang yang Digoreng)

Pencuci Mulut Tradisional yang Sesuai untuk Minum Petang

Cekodok Pisang, juga dikenali sebagai ‘jemput-jemput pisang’ adalah cucur pisang yang digoreng dan dihidangkan sebagai snek pencuci mulut. Ia merupakan snek yang popular, dan sangat mudah dibuatkan kalau anda ada pisang yang ranum di rumah.

Cekodok Pisang adalah sejenis snek tradisional Malaysia yang biasa dijual di kedai dan gerai tepi jalan bersama cucur-cucur lain yang dibuat daripada sayur-sayuran, keledek, ubi kayu dan sukun. Cekodok kadangkala disebut sebagai kuih kodok, cucur dan jemput-jemput.

Di Asia Tenggara sahaja terdapat banyak pencuci mulut yang dibuat menggunakan bahan-bahan ringkas - biasanya sayur dan buah-buahan tempatan yang kita temui di pasar. Pisang amat digemari ramai untuk digunakan dalam pencuci mulut dan snek manis - seperti smoothie, aiskrim, kek pisang dan juga digoreng. Kemanisan semula jadi di dalam pisang membuatkan setiap hidangan menjadi istimewa setiap kali anda idamkan rasa manis yang tidak keterlaluan.

Walaupun resipi Cekodok Pisang nampak mudah, boleh menjadi satu cabaran untuk mendapatkan rasa manis seperti karamel dan isi tengah lembut bersama lapisan luar yang rangup. Teknik untuk menghasilkan Cekodok Pisang yang sempurna adalah dengan menggunakan jenis pisang yang betul. Kalau digoreng terlalu pula akan membuatkan rasa hangit.

Formula asas Cekodok Pisang hanya memerlukan beberapa biji pisang ranum dan tepung. Jika anda ingin bereksperimen dengan perisa dan tekstur, boleh tambahkan bahan-bahan lain seperti gula Melaka, kelapa parut atau tepung beras ke dalam resipi.

Berbanding pencuci mulut lain yang memerlukan masa penyediaan dan masa memasak yang lama, Cekodok Pisang - seperti kebanyakan resipi tradisional lain - sangat ringkas dan mudah dibuat. Perkara yang paling bagus sekali adalah betapa senangnya untuk mengumpulkan bahan-bahan - pisang, keledek, dan sayur-sayuran boleh ditemui secara mudah di kebanyakan dapur! Setiap kali anda ada pisang yang terlebih ranum di dapur, jangan buang. Gunakan sebaiknya dengan menggoreng beberapa ketul Cekodok Pisang rangup dan manis untuk disaji ketika minum petang.

Sesuai untuk sarapan pagi dan juga snek minum petang, Cekodok Pisang tradisional boleh dihidangkan bersama kopi atau teh. Luaran rangup dengan inti pisang gebu semanis karamel - memang tak dapat ditolak.

 

Soalan Sering Ditanya Tentang Cekodok Pisang

Pertama kali membuat resipi pencuci mulut tradisional? Kami ada jawapan untuk setiap soalan anda!

Pisang jenis apa yang saya perlu guna untuk buat Cekodok Pisang?

Pisang yang manis paling sesuai untuk buat Cekodok Pisang. Pastikan juga hanya pisang ranum digunakan. Pisang Raja dan Pisang Mas adalah jenis pisang terbaik untuk dapat hasil yang memuaskan!

Tepung jenis apa paling bagus?

Campuran sedikit tepung naik sendiri bersama dengan tepung serbaguna boleh membantu memastikan Cekodok Pisang anda menjadi rangup di luar.

Bagaimana cara untuk mengurangkan gula dalam resipi ini?

Jika pisang anda sudah terlalu ranum, biasanya sudah cukup manis dan tak perlu untuk tambah gula. Jika anda gemarkan rasa semula jadi yang kurang manis, boleh cuba untuk kurangkan jumlah gula dalam resipi ini. Tetapi ingat, gula membantu untuk mendapatkan rasa karamel pada pisang.

 

Tip & Petua Untuk Membuat Cekodok Pisang Yang Enak & Mengecurkan Air Liur

Kami ada beberapa tip dan petua untuk anda gunakan di dapur bagi mendapatkan Cekodok Pisang yang paling enak dan mengecurkan air liur.

  1. Beli pisang jenis terbaik: Pisang Rajah paling sesuai digunakan dalam resipi Cekodok Pisang. Jenis pisang lain adalah Pisang Mas atau Pisang Del Monte. Pisang-pisang ini boleh dicari di pasar basah.
  2. Bakar pisang sekiranya belum cukup ranum: Anda boleh bakar pisang (jika kulit masih berwarna kulit dan belum ranum) di dalam ketuhar supaya pisang ranum dengan cepat. Bila kulit pisang sudah menjadi hitam dan berkilat, boleh terus masak mengikut resipi Cekodok Pisang.
  3. Eksperimen dengan bahan-bahan berlainan: Bahan asas hanya pisang terlebih ranum dan tepung. Untuk buatkan Cekodok Pisang anda lagi berperisa, boleh cuba eksperimen dengan menambah bawang, ikan bilis atau bijan untuk meningkatkan rasa dan tekstur.

Cara Penyediaan Cekodok Pisang

  1. Campurkan tepung sadur pisang

    • Masukkan pisang lenyek, tepung biasa, tepung beras, 2 sudu besar gula, ½ sudu kecil soda penaik dan ½ sudu kecil garam ke dalam mangkuk. Gaul sebati.

    | Gunakan pisang ranum untuk hasil yang lebih memuaskan kerana ianya lebih manis.

    • Masukkan pisang dipotong dadu ke dalam mangkuk yang sama.


  2. Goreng bebola pisang

    • Panaskan ½ kuali berisi minyak sayuran dengan api sederhana.
    • Untuk pastikan minyak cukup panas, ambil penyepit atau spatula dan celup ke dalam minyak. Kalau ada buih di sekeliling, maknanya minyak sudah sedia untuk menggoreng.

    Goreng bebola pisang


Saji dan Hidang!

Hanya dengan dua langkah mudah, Cekodok Pisang siap untuk dimakan!

Anda boleh makan cucur ini bersama sos cili atau pun dimakan begitu saja. Memandangkan snek ini biasanya dihidangkan selepas waktu makan sebagai pencuci mulut, Cekodok Pisang sesuai dihidangkan bersama secawan kopi atau teh!

Anda boleh bereksperimen dengan resipi-resipi Cekodok Pisang setiap kali ada pisang yang sudah masak atau ranum di dapur. Keenakan resipi tradisional ini terserlah di dalam keringkasannya.

Kalau mahu bereksperimen dengan rasa dan tekstur, anda boleh cuma tambahkan bahan utama lain ke dalam resipi ini, contohnya menambah perisa lain seperti bawang dan ikan bilis ke dalam campuran tepung Cekodok Pisang.

Saji dan Hidang!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 4 orang
    • 750 g pisang(separuh dilenyek, separuh dipotong dadu)

    • 50 g tepung biasa

    • 50 g tepung beras

    • ½ sudu kecil soda penaik

    • 2 sudu besar gula

    • ½ sudu kecil garam

    • minyak sayuran(untuk menggoreng)

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki