Dasar Kuki

Terakhir Dikemas Kini: 29 November 2019

Kami ialah Discovery Networks Asia-Pacific Pte. Ltd berdaftar di Singapura dengan nombor syarikat 201117439N yang pejabatnya berdaftar di 21 Media Circle #08-01 Infinite Studios, S(138562), Singapura.

Kami mengendalikan laman web Asian Food Network (“AFN”) yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kandungan percuma ("Perkhidmatan"). Dasar Privasi kami menerangkan bagaimana kami mengumpul dan menggunakan maklumat daripada dan tentang anda semasa anda mengunjungi Perkhidmatan, mewujudkan akaun dengan kami, atau berinteraksi dengan kami. Dasar Kuki ini menerangkan lebih lanjut tentang bagaimana kami dan penyedia perkhidmatan kami menggunakan kuki dan teknologi yang serupa serta pilihan anda yang berkaitan dengannya. Dengan terus menggunakan Perkhidmatan, anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi penjejakan lain yang tidak dinyahaktifkan oleh anda.

PENJELASAN KUKI DAN TEKNOLOGI PENJEJAKAN LAIN YANG KITA GUNAKAN DI PERKHIDMATAN

Sepertimana kebanyakan syarikat, kami menggunakan kuki dan teknologi penjejakan lain untuk memastikan anda mendapat yang terbaik daripada Perkhidmatan. Berikut ialah beberapa contoh jenis teknologi penjejakan yang mungkin digunakan, bergantung pada cara anda mengakses dan berinteraksi dengan Perkhidmatan.

Kuki

"Kuki" ialah fail teks kecil dari laman web yang disimpan di komputer, telefon bimbit atau peranti lain. Kuki biasanya mengandungi maklumat yang dikaitkan dengan penyemak imbas web anda, maklumat seperti pilihan laman web, maklumat log masuk, atau ID pengguna. Maklumat ini membolehkan perkhidmatan dalam talian mengenali anda semasa anda berinteraksi dengan atau mengunjungi semula Perkhidmatan.

Teknologi penjejakan lain

Seperti perkhidmatan dalam talian dan aplikasi mudah alih yang lain, kami menggunakan kuki dan teknologi lain seperti suar web/GIF, piksel, tag halaman, skrip terbenam dan teknologi penjejakan lain. Teknologi ini terdiri daripada fail imej telus yang kecil atau kod pemprograman web lain yang mencatat bagaimana anda berinteraksi dengan Perkhidmatan. Mereka sering digunakan bersama dengan kuki penyemak imbas web atau pengecam lain yang berkaitan dengan peranti anda. Berikut ialah penerangan yang lebih terperinci untuk beberapa jenis teknologi penjejakan lain yang kami gunakan di Perkhidmatan:

  • Piksel ialah imej kecil di laman web atau dalam sesuatu e-mel. Piksel mengumpulkan maklumat tentang penyemak imbas atau peranti anda dan boleh menetapkan kuki.
  • Storan tempatan membolehkan data disimpan setempat di penyemak imbas atau peranti anda dan termasuk storan tempatan HTML5 dan cache penyemak imbas.

BAGAIMANA KAMI MENGGUNAKAN KUKI DAN TEKNOLOGI PENJEJAKAN LAIN 

Kami dan penyedia perkhidmatan kami boleh menggunakan kuki dan teknologi penjejakan ketika anda berinteraksi dengan Perkhidmatan untuk pelbagai sebab, seperti yang dijelaskan secara terperinci di bawah:

Sangat Diperlukan 

 

    Kami menggunakan kuki dan teknologi penjejakan lain untuk pengurusan sistem, untuk memantau trafik dan mencegah aktiviti penipuan, untuk meningkatkan keselamatan Perkhidmatan dan untuk menyediakan fungsi asas Perkhidmatan seperti mewujudkan akaun dan log masuk ke akaun anda dan menggunakan ciri-ciri penting Perkhidmatan.

    Berkaitan Fungsi

    Kami menggunakan kuki dan teknologi penjejakan lain untuk pengurusan sistem, untuk memantau trafik dan mencegah aktiviti penipuan, untuk meningkatkan keselamatan Perkhidmatan dan untuk menyediakan fungsi asas Perkhidmatan seperti mewujudkan akaun dan log masuk ke akaun anda dan menggunakan ciri-ciri penting Perkhidmata.

    Analisis dan Prestasi

    Kami menggunakan kuki dan teknologi penjejakan lain untuk menilai prestasi Perkhidmatan, untuk menghitung pengunjung ke Perkhidmatan, dan untuk memantau bagaimana pengguna menavigasi dan menggunakan Perkhidmatan, untuk meningkatkan prestasi, dan kandungan yang disediakan melalui, Perkhidmatan.

    Penyesuaian

    Kami boleh menggunakan kuki dan teknologi penjejakan lain untuk menyampaikan kandungan yang disesuaikan dan pemasaran "pihak pertama" (iaitu pemasaran daripada AFN) berdasarkan cara anda berinteraksi dengan Perkhidmatan.

    Menyasarkan

    Kami mungkin menggunakan kuki untuk mencatat penggunaan Perkhidmatan oleh anda, halaman yang anda kunjungi dan pautan yang anda ikuti. Kami akan menggunakan maklumat ini untuk menjadikan Perkhidmatan dan iklan yang dipaparkan di Perkhidmatan lebih relevan dengan minat anda. Kami juga boleh berkongsi maklumat ini dengan pihak ketiga untuk tujuan ini.

    CONTOH KUKI DAN TEKNOLOGI PENJEJAKAN LAIN YANG DIGUNAKAN DI PERKHIDMATAN

    Jadual di bawah menerangkan jenis-jenis kuki yang digunakan di Perkhidmatan AFN:

    Nama kuki Penyedia Tujuan kuki

    Contohnya merangkumi:

    • NID
    • SID
    • HSID
    • Ibcs
    • IDE
    • DSID
    • FLC
    • AID
    • TAID
    • '__gads'
    • '__gac'
    • '__glc'
    • 'recently_watched_video_id_list'
    • '__ga'
    • '___gat_UA-147069375-2'
    • '__gid'
    Google
    https://policies.google.com/technologies/types?hl=en-US

    Cookies from this provider are used for:

    • mengingat pilihan anda;
    • eselamatan untuk mengesahkan pengguna, mencegah pemalsuan penggunaan kelayakan log masuk dan melindungi data pengguna daripada pihak yang tidak dibenarkan
    • proses untuk menjadikan laman web berfungsi dan menyediakan layanan yang diharapkan pengunjung situs web;
    • menjadikan pengiklanan lebih menarik bagi pengguna;
    • ‘keadaan sesi' untuk mengumpulkan maklumat tentang bagaimana pengguna berinteraksi dengan Perkhidmatan;
    • analisis yang membantu kami memahami bagaimana pengunjung berinteraksi dengan Perkhidmatan.

    Contohnya merangkumi:

    • apiDomain_<apiKey>
    • gig_hasGmid
    • gmid
    • ucid
    Gigya
    https://developers.gigya.com/display/GD/Advanced+Cookie+Reference

    Kuki daripada penyedia ini digunakan untuk:

    • pendaftaran pengguna;;
    • log masuk pengguna;
    • pengesahan pengguna;
    • komen pengguna;
    • perkongsian di media sosial;
    • penilaian;
    • siaran ulasan.

    Contohnya merangkumi:

    • JSEESIONID
    • NREUM
    • NRAGENT
    • login_idle_session_timeout
    New Relic
    https://docs.newrelic.com/docs/browser/new-relic-browser/page-load-timing-resources/new-relic-cookies-used-browser

    Kuki daripada penyedia ini digunakan untuk:

    • pantau penghitungan sesi;
    • metrik pengguna akhir terkumpul;
    • pantau masa muat halaman dan prestasi Perkhidmatan dari perspektif bahagian depan.

    BBERAPA LAMA KUKI BERTAHAN?

    Perkhidmatan menggunakan beberapa jenis kuki termasuk: 

    • Kuki sesi: Kuki sesi dicipta untuk buat sementara waktu dalam subfolder penyemak imbas anda semasa anda melayari laman web dan akan dipadamkan secara automatik apabila anda meninggalkan laman web.

    • Kuki berterusan: Berbeza dengan kuki sesi, kuki berterusan akan diaktifkan semula apabila anda kembali ke laman web yang sama, dan kekal di subfolder penyemak imbas anda sehingga ia tamat tempoh (biasanya selepas 12 bulan).

    • Kuki selamat: Kuki selamat ialah sejenis kuki yang dihantar melalui sambungan HTTP yang disulitkan. Semasa menetapkan kuki, sifat Secure mengarahkan penyemak imbas bahawa kuki hanya boleh dikembalikan ke aplikasi melalui sambungan yang disulitkan.

    • Kuki pihak ketiga: Kuki pihak ketiga ialah kuki yang diletakkan di cakera keras anda oleh laman web dari domain selain daripada yang anda kunjungi (contohnya apabila laman web mempunyai kandungan, seperti iklan, dari domain pihak ketiga). Kuki pihak ketiga ditetapkan supaya laman web dapat mengingati sesuatu tentang anda di masa akan datang. Kuki ini ditetapkan oleh pihak ketiga dan kami tidak mengawal cara penetapannya.

    • Kuki SameSite: Kuki SameSite membolehkan pelayan menegaskan bahawa kuki tidak boleh dihantar bersama dengan permintaan rentas-laman web, yang menyediakan beberapa perlindungan terhadap serangan pemalsuan permintaan rentas-laman web. Kuki SameSite mungkin tidak disokong oleh semua penyemak imbas. 

    BAGAIMANAKAH ANDA BOLEH BERSETUJU ATAU MENOLAK KUKI ATAU TEKNOLOGI PENJEJAKAN LAIN YANG DILETAKKAN PADA PERANTI ANDA?

    Anda boleh membenarkan dan menyahaktifkan kuki/penjejak atau menggunakan pilihan anda berkenaan cara peserta Rangka Kerja Ketelusan & Persetujuan IAB boleh mengumpulkan atau menggunakan data anda melalui pusat pilihan kuki kami yang tersedia melalui butang “Urus Pilihan” di atas. Harap maklum bahawa dengan menyekat semua kuki boleh menjadikan beberapa Perkhidmatan tidak tersedia untuk anda atau menyebabkan kesan negatif terhadap prestasi, kecekapan atau penyesuaian Perkhidmatan.

    Harap maklum bahawa Discovery mengambil bahagian dalam Rangka Kerja Ketelusan & Persetujuan IAB dan mematuhi dasar dan spesifikasinya. Discovery menggunakan Platform Pengurusan Persetujuan dengan nombor pengenalan 28.

    Anda juga dapat mengawal cara kuki/penjejak ditetapkan di peranti anda dengan menggunakan tetapan penyemak imbas anda dan, dalam beberapa keadaan, tetapan pada peranti mudah alih anda.

    Tetapan penyemak imbas

    Anda boleh membenarkan, menolak atau menyahaktifkan kuki laman web dengan mengubah tetapan penyemak imbas anda. Sekiranya anda menyahaktifkan kuki yang sudah dipasang pada peranti atau penyemak imbas anda, kuki itu tidak akan aktif lagi, tetapi ia tidak akan hilang daripada peranti atau penyemak imbas anda sehingga akhir jangka hayatnya. Harap maklum bahawa menyekat semua kuki boleh menyebabkan beberapa Perkhidmatan tidak tersedia kepada anda atau mempunyai kesan negatif terhadap prestasi, kecekapan atau penyesuaian Perkhidmatan.

    Setiap penyemak imbas dikonfigurasi secara berbeza. Anda harus mengikut arahan yang diberikan oleh penerbit penyemak imbas anda. Jika anda menggunakan peranti lain, pastikan tetapan penyemak imbas anda dikonfigurasi dengan tetapan yang sesuai mengikut pilihan anda. 

    Log masuk sosial media

    Dasar privasi rangkaian sosial akan membolehkan anda menggunakan pilihan anda berkenaan kuki, biasanya dengan mengkofigurasi tetapan akaun pengguna anda pada setiap rangkaian tersebut. 

    Tetapan peranti mudah alih

    Peranti mudah alih anda mungkin menyediakan tetapan yang membolehkan anda menyatakan pilihan untuk menolak maklumat tentang penggunaan iklan mudah alih digunakan untuk tujuan pengiklanan berdasarkan minat. Pada peranti iOS anda, ini dikenali sebagai "Hadkan Penjejakan Iklan", dan pada peranti Android Anda, ini dikenali sebagai "Pilih keluar Pemperibadian Iklan" atau "Pilih keluar iklan berdasarkan minat.”

    Untuk ketahui lebih lanjut tentang kuki

    Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang cara melihat kuki yang ditetapkan dan cara menguruskannya dengan mengunjungi  https://www.allaboutcookies.org dan  https://www.ghostery.com/

    HUBUNGI KAMI

    Jika anda ada apa-apa pertanyaan yang berkaitan dengan Dasar Kuki ini, sila hubungi Pejabat Privasi dan Pegawai Ketidakpuashatian kami di DPO@discovery.com.

    Kami boleh mengubah dan mengemas kini senarai kuki kami (atau teknologi serupa) dari semasa ke semasa. Versi paling terkini diterbitkan di Perkhidmatan. Kami mengesyorkan agar anda membaca Dasar Kuki ini dari semasa ke semasa. Sekiranya kami membuat perubahan besar pada Dasar Kuki ini, kami akan mengambil langkah tambahan untuk memastikan anda dimaklumkan tentang perubahan tersebut.

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki