Bahan-bahan:

  • Menghasilkan 500 g
  • 75 g cili kering (dibuang batang dan keluarkan biji, dan rendam dalam air mendidih selama 20-30 minit sehingga lembut)

  • 100 g cili merah segar (dibuang batang)

  • 350 g bawang merah (dikupas)

  • 8 - 10 ulas bawang putih (dikupas)

  • 25 g belacan (dipotong dadu)

  • 240 ml minyak sayuran

  • 20 g asam jawa (direndam dalam 100 ml air suam dan ditapis)

  • 40 - 50 g gula melaka (dipotong kasar)

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Sarah Huang Benjamin

Episod 1 : Belacan, Perlu Bakar atau Tidak Untuk Membuat Sambal Tumis Yang Sempurna

{{totalReview}}
Sambal ini adalah perasa yang wangi dan pedas dan sempurna disajikan bersama masakan Melayu dan Peranakan. Ia boleh menjadi mudah untuk disediakan dengan cepat tanpa membakar belacan, tetapi malangnya tiada cara pintas yang boleh diambil dalam proses masakan yang perlahan ini.
  • Mudah
  • 25 min
  • 25 min
  • 10 min
  • 2 langkah-langkah
  • 8 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 2 langkah-langkah
  • 8 Bahan-bahan
  • 25 min
  • 25 min
  • 10 min

Cara membuat

  1. Kisar pes sambal

    • Dalam pemproses makanan atau mesin pengisar, kisar bawang merah, cili kering, cili merah, bawang putih, belacan dan setengah minyak sehingga halus.
    • Ketepikan.
    Kisar pes sambal


  2. Masak sambal

    • Dalam wok atau kuali, panaskan minyak selebihnya dengan api sederhana.
    • Tambah pes sambal dan masak dengan api perlahan untuk 20-30 minit, sehingga warna sambal menjadi pekat dan pecah minyak.
    • Perasakan dengan asam jawa dan gula Melaka, tambahkan secara berkala sehingga mencapai rasa yang diingini.
    Masak sambal


Saji dan Hidang!

Perasakan dengan sedikit garam jika perlu, Biarkan sejuk sebelum menghidang.

Saji dan Hidang!

Transkripsi Video

Hai semua, saya Sarah! Saya kembali di dalam dapur dengan siri yang terbaharu di mana kami akan mencuba petua atau peraturan yang kita amalkan dalam masakan Asia. Hari ini, saya akan mencuba salah satu daripada persoalan yang saya sering tanya pada diri sendiri. Adalah bahan yang busuk tetapi melazatkan ini perlu dibakar sebelum memasak? Jika ketika ini anda bertanyakan, “Apakah itu belacan?” saya ada jawapannya. Asasnya, adalah bahan masakan tradisional Melayu. Udang kecil atau kril ini menjalani proses ia dimasinkan, kemudian dikeringkan, selepas itu dimasinkan, kemudian dikeringkan, dan kemudian diperam secara tradisional di dalam periuk tanah. Ia yang memberikan rasa umami dan keenakan pada masakan Melayu dan Peranakan. Pengorbanan yang perlu anda lakukan ketika memasak belacan adalah kerana ia berbau, sangat sangat berbau, tetapi berbaloi.

Ayuh potong blok belacan ini menjadi separuh. Saya akan membakar separuh sahaja di dalam kuali dengan kepanasan sederhana. Dan lagi separuh saya menjadi rebel dan kisarnya terus ke dalam sambal saya. TSerta-merta, dengan hanya melihat warnanya, anda dapat membezakan kelainannya. Ayuh kita menyentuhkannya pula. Rasanya sangat berbeza. Yang ini seperti lembap. Ini pula adalah yang tidak dibakar, dan ianya melekit. Sedangkan yang telah dibakar ianya cantik dan keras dan jika anda meletakkan sedikit tekanan, ia akan mudah hancur. Alamak, tangan saya disaluti dengan belacan.

Ini adalah resipi saya untuk membuat sambal tumis yang mudah. Sambal tumis sebenarnya adalah sambal goreng. Ia adalah bahan perasa yang sangat penting dalam masakan Melayu. Pertama sekali, bawang, dikupas. Saya menyediakan cili merah segar, ia telah dibuangkan biji, dan kemudian cili merah kering, yang telah direndamkan. Sedikit bawang putih. Saya ada dua lagi bahan di sini. Ada gula Melaka, iaitu gula kabung, dan pulpa asam, iaitu asam jawa. Ia akan dimasukkan kemudian. Sekarang, bintang utamanya, saya akan menggunakan yang telah dibakar dahulu. Jadi terus masukkan di dalam. Sedikit minyak dan kemudian kita kisar. Ini dia. Ini adalah sambal tumis yang menggunakan belacan bakar. Ia mempunyai bau yang sangat wangi. Ia berbau mentah. Ia perlu dimasak. Sekarang saya akan mengulangi perkara yang sama menggunakan belacan yang tidak dibakar. Teksturnya seakan sama. Sehingga kini rupanya seperti sama. 

Sekarang hanya tinggal untuk menggoreng kedua-dua jenis sambal di dalam sedikit minyak dengan kepanasan rendah hingga sederhana. Ia mengambil masa 20 hingga 30 minit kerana anda mahu bawang menjadi berkaramel, dan kemudian apabila ia sudah hampir masak, kita akan perasakan dengan asam, asam jawa, gula Melaka, iaitu gulanya, dan sedikit garam jika perlu. Di sebelah kiri saya yang menggunakan belacan bakar. Ini pula yang menggunakan belacan tidak dibakar. Untuk merasa secara adil dan saintifik, saya akan mencubanya dengan menutup mata. Alihkannya. 

Sudah boleh? Ayuh kita cuba. Pertama, saya akan cuba yang di sebelah kiri. Sekali lagi, saya tidak tahu yang mana satu. Ooh, ini mempunyai kick. Ianya sedap dan berjem, Ia sangat pedas, tetapi ia sangat sesuai bersama nasi goreng atau telur goreng. Saya akan cuba yang lagi satu. Jujurnya, saya merasakan yang berada di sebelah kanan mempunyai kemasinan yang lebih kuat seperti yang didapati dalam belacan. Ia seperti mempunyai rasa ikan dan  dan saya tidak merungut kerana saya cintakan sentuhan savori daripada belacan ini. Berikan saya sepinggan nasi goreng belacan, ayam goreng belacan, saya akan makan semuanya. Yang ini di sebelah kiri mempunyai rasa yang lebih bulat. Saya merasakan ia mempunyai perisa yang lebih ringan. Sebagai penjelasan, saya memilih perbezaan minitnya. Kedua-duanya hampir sama, tetapi jika saya perlu memilih, saya akan memilih yang berada di sebelah kanan kerana perisanya yang lebih kuat.

Jadi, tiba masanya untuk mendedahkannya. Yang mana satu yang menggunakan sambal belacan yang tidak dibakar? I sangat terkejut yang belacan tidak bakar menghasilkan sambal yang saya lebih suka. Saya telah membuktikan yang anda boleh melanggar peraturan yang anda perlu membakar belacan terlebih dahulu untuk menggoreng sambal. Ia tetap akan dimasak juga nanti. Sama ada anda memilih jalan pintas atau tidak, ianya menyelerakan.

Dan jika anda mempunyai peraturan atau petua dapur dalam masakan Asia yang anda mahu saya cuba, beri tahu saya di bahagian komen. Saya akan membacanya dan saya tidak sabar untuk membuat lebih banyak eksperimen di dapur nanti. Jumpa lagi di masa hadapan.

Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Menghasilkan 500 g
    • 75 g cili kering (dibuang batang dan keluarkan biji, dan rendam dalam air mendidih selama 20-30 minit sehingga lembut)

    • 100 g cili merah segar (dibuang batang)

    • 350 g bawang merah (dikupas)

    • 8 - 10 ulas bawang putih (dikupas)

    • 25 g belacan (dipotong dadu)

    • 240 ml minyak sayuran

    • 20 g asam jawa (direndam dalam 100 ml air suam dan ditapis)

    • 40 - 50 g gula melaka (dipotong kasar)

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki