Filipina

Dari coklat buatan tangan di pesisiran pantai kepada daging perap yang dipanggang, ini adalah tempat yang harus anda lawati, dam apa yang perlu anda lakukan ketika berada di Filipina.

Article

Ulasan: Di Pesisiran Pantai Berdekatan Manila, Ikuti Jejak Coklat

Tulisan oleh Miguel Ortega, Foto oleh Tarish Zamora

Panduan: Sajian di Chinatown, Manila dalam Menyambut Kedatangan Tahun Tikus

Segar dengan kedatangan dekad baharu, Tahun Baharu Cina kini kian menjelma. Ketika Manila mengucapkan selamat tinggal kepada Tahun Babi, apa yang lebih baik untuk meraikan kehadiran Tahun Tikus dengan mencuba variasi sajian Cina di sekitar Binondo, iaitu Chinatown di Manila.

Panduan: Menikmati Sajian Penjaja Jalanan di Sekitar Manila.

Tidak mudah untuk menjadi pengguna kenderaan dan pejalan kaki di Manila disebabkan oleh keadaan trafik di sana. Tetapi terdapat satu perkara positif di sebalik kesesakan itu. Ia hadir dalam bentuk penjaja makanan jalanan yang memberikan kenikmatan dan adakalanya, sebagai destinasi buat pengembara urban.

Panduan Lewat Malam: Cebu, Filipina

Cebu terkenal dengan banyak perkara, makanan yang enak, aktiviti solo atau mesra keluarga, kami akan memberikan panduan untuk anda lakukan di Cebu pada siang hari, dari hidangan panggang kepada golf mini.

Wow! Philippines

Video

Wow! Filipina: Relleno Ayam

Apabila rakyat Filipina menyambut Hari Natal, mereka tidak akan meraikannya tanpa Relleno Ayam. Sajian ayam rangup keemasan ini mulanya akan dibuangkan tulang dan kemudian disumbatkan dengan campuran daging dan buahan manis seperti kismis. Dihidangkan sejuk atau panas, ia cukup menyelerakan sepanjang tahun, terutamanya ketika Hari Natal di Romulo Cafe di Makati.

Wow! Filipina: Cansi

Jika anda dilanda dengan kelaparan untuk stew daging panas, anda pasti mahu berada di Sharyn’s Cansi House, yang terletak hanya satu jam penerbangan dari ibu negara Filipina, Manila. Sajian sup daging kaki lembu kemasaman yang menyelerakan ini menarik dengan rasa masam dan keasidan yang wangi. Tetapi itu bukan sahaja keistimewaan rasanya. Cucuk ke dalam sumsum tulang yang manis dan berjus dan bintang utamanya, daging kaki lembu yang sangat lembut.

Wow! Filipina: Empanada

Ianya bukan karipap, tetapi ia sebenarnya ia hampir sama. Dikenali sebagai Empanada, anda harus mencubanya panas di Emma Lacson’s Delicacies, di mana dia dihasilkan dengan sempurna penuh rahsia. Ia dibaluti dalam lapisan seperti croissant yang berkeping bersama daging, telur, kismis dan banyak lagi. Anda pasti mahukan lagi selepas merasainya nanti.

Wow! Filipina: Hamon De Bola

Apabila tibanya malam Hari Natal di Filipina, juga dikenali sebagai Noche Buena, sajian Hamon de Bola sudah pasti antara yang akan berada di atas meja Hari Natal.
Video

Wow! Filipina: Piaya

Apakah yang rangup di luar, dan penuh kemanisan secara keseluruhannya? Ia diberi nama Piaya, sajian penkek Filipina yang dipenuhi dengan muscovado, atau tebu panggang yang merupakan makanan isitmewa yang menyelerakan di bandar Silay. Menikmatinya berdekatan dengan kota gula Filipina iaitu Bacolod, di kawasan bersejarah Balay Puti yang menarik.
Video

Wow! Filipna: Puchero

Pochero, atau Puchero, kedua-duanya boleh digunakan, tetapi satu yang kekal sama - ia adalah stu daging beraroma yang diperkayakan dengan tomato. Ia pertama sampai di Filipina daripada penjelajah kolonial Sepanyol tetapi terus menjadi sajian yang dimasak di setiap dapur seluruh negara. Dan ianya penuh keajaiban, terutamanya apabila dinikmati berlatarkan suasana semulajadi di kawasan bersejarah bandar Silay di Balay Puti.

Masakan Filipina di Rumah bersama Anton Amoncio

Video

Masakan Rumah Filipina bersama Anton Amoncio : Ayam & Babi Adobo

Ayam & Babi Adobo versi Anton Amoncio. Pelajarinya dan banyak tip berguna untuk anda.

Sajian Filipina

Jika anda berada di Filipina sekarang, anda harus mencuba kepelbagaian jenis hidangan kegemaran lokal. Sajian Filipina adalah hasil kombinasi daripada kekayaan sejarah dan budaya mereka. Menggabungkan cara masakan tradisional bersama latar belakang daripada variasi pengaruh, sajian Filipina sememangnya menyajikan hidangan yang enak dan menyelerakan. 

Profil rasa kebanyakan sajian Filipina menggabungkan nota masin, masam dan manis. Bahan-bahan utama yang selalu digunakan pula dalam resipi Filipina termasuklah bawang putih, limau kasturi, dan anato - biji daripada pokok achiote yang mempunyai rasa seakan lada. Anda juga akan menjumpai banyak masakan Filipina yang mempunyai kombinasi saute tomato, bawang dan bawang putih sebagai bahan asas. 

Sama seperti kebanyakan hidangan lain di Asia Tenggara, beras sentiasa menjadi makanan ruji di Filipina. Beras yang selalunya dikukus bersama hidangan daging atau brot. Adakalanya, tepung beras digunakan untuk menghasilkan pemanis mulut tradisional Filipina, dari kek beras hingga ke puding beras kelapa.

Budaya Filipina: Makanan Jalanan Dan Snek

Sebahagian besar hidangan Filipina cukup mudah untuk didapati melalui variasi makanan jalanan dan snek. Jus buah kelapa, tauhu lembut yang disajikan bersama sirap gula gelap dan snek bebola ikan antara pilihan yang mudah didapati di Manila. ‘Balut’, telur itik yang disenyawakan,  merupakan antara snek jalanan Filipina yang paling popular. Disenyawakan selama dua hingga tiga minggu dan disimpankan sapara panas, ‘Balut’ adalah sejenis snek jalanan yang dijual oleh penjaja kepada penduduk tempatan dan juga pelancong. Makanan jalanan Filipina lain adalah kulit daging babi goreng dan keropok ikan. Asian Food Network akan membawa anda menyusuri semua kedai makanan jalan yang menjadi kegemaran di Filipina.

Tidak boleh dipersoalkan lagi, ‘Adobo Ayam dan Daging Babi’, hidangan ikonik Filipina yang anda yang jumpa. Menjadi kegemaran ramai, adobo ayam dimasak menggunakan kicap soya dan cuka tebu. Ditambah dengan daun salam dan biji lada hitam untuk melazatkan lagi sos untuk adobo ayam anda. Sesuai untuk makan malam pada hujung minggu, adobo ayam adalah resipi Filipina yang terkenal untuk anda cuba. Ianya cukup mudah, dengan hanya beberapa langkah sahaja dan anda boleh nimatiknya bersama nasi kukus. 

Sajian Filipina menggabungkan perasa yang kuat melalui penggunaan bahan-bahan dan kombinasi rempah ratus serta nota rasa masam. ‘Pancit Buko Guisado’ - mi kelapa yang di saute - sebenarnya bukanlah mi tetapi hirisan isi kelapa segar yang digoreng kilas bersama sayuran segar dan daging. Udang juga digunakan untuk resipi ini.

Cuba salah satu resipi hidangan Filipina kami di rumah sebagai kelainan dan akan merasakan ianya cukup mudah dalam menghasikan makan malam yang enak dan memuaskan.

Resipi Sajian Filipina yang Mudah dan Cepat

Koleksi hidangan dan pemanis mulut Filipina kami dipersembahkan dengan resipi yang mudah ikuti bersama gambar dan video. Untuk rasa unik sajian Filipina, anda harus mencuba snek jalanan dan bahan-bahan yang didapati secara lokal - ia akan memberikan hidangan anda rasa yang lebih menyelerakan!

Tag kami di Instagram selepas anda mencuba sendiri resipi Filipina kami di rumah nanti!

Lebih banyak inspirasi untuk anda

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

Baca Polisi Kuki