Hari Valentine Ini, Apakah Horoskop Pencuci Mulut Anda?

Hari Valentine Ini, Apakah Horoskop Pencuci Mulut Anda?

Adakah cinta terukir di bintang? Bagaimana pula dengan pencuci mulut yang sempurna? Sama ada cinta sejati, cinta monyet atau seseorang yang disayangi, ketahui 1 daripada 12 pencuci mulut yang sejajar dengan bintang anda dan insan tercinta. Adakah Biskut Coklat Kerepek Kentang yang bergaris dan ropol, atau Sagu Mangga Pomelo dengan pulpa enak? Bintang sudah terjajar, temuilah cinta anda di Hari Valentine ini.

1. Aquarius: Trufel Coklat Durian

20 Januari - 18 Februari

Tahap kecerdikan tinggi membantu anda berbual secara bernas bersama pasangan. Orang lain rasa selesa setiap kali berbual dengan anda. Bagi mereka, seperti sudah lama saling mengenali. Semakin anda mengenali pasangan dengan lebih rapat, semakin anda ingin membuatkan mereka gembira. Keyakinan anda membantu dalam menampilkan diri secara berbeza di hadapan ramai orang, terutamanya pasangan anda. Pencuci mulut dengan perisa unik yang membuatkan anda teringat-ingat selepas menikmatinya, seakan metafora untuk diri anda. Coklat dalam dalam Trufel Coklat Durian menawarkan sesuatu yang dikenali dalam setiap gigitan, dan durian membuatkan pencuci mulut ini menyerlah! 

              Buat sekarang: Trufel Coklat Durian

 

2. Pisces: Kek Gula Melaka Nanas Terbalik

19 Februari - 20 Mac

Anda adalah bintang yang paling beremosi. Walaupun fakta ini kedengaran seperti tidak bagus, tetapi sebenarnya ada banyak manfaat. Mungkin mudah untuk anda jadi terlebih sensitif dalam sesuatu situasi, tetapi ia sebenarnya membantu anda untuk jadi tidak pentingkan diri bila bercinta. Anda lebih peka terhadap pasangan dan kerap mendahulukan keperluan mereka berbanding diri sendiri, sekaligus membuatkan anda lebih berdedikasi kepada mereka. Semangat anda boleh digambarkan dengan Kek Gula Melaka Nanas Terbalik! Konsep unik yang padat dengan perisa luar dan dalam, ia memerlukan masa dan kesabaran untuk dibuat, tetapi hasilnya - amatlah berbaloi.

                Buat sekarang: Kek Gula Melaka Nanas Terbalik

 

3. Aries: Churros Oren dan Lima Rempah

21 Mac - 19 April

Anda adalah orang pertama yang mengorak langkah disebabkan bintang yang bersemangat. Seorang yang peramah dan suka bersosial, membuatkan orang lain senang menjalin persahabatan dengan anda. Bila anda dilamun cinta, anda sangat melindungi pasangan dan suka berterus terang dalam apa saja situasi. Anda sepadan dengan pencuci mulut yang istimewa, seperti Churros Oren dan Lima Rempah! Hanya dengan nama yang menarik, dan perisa unik membuatkan pencuci mulut ini mudah diingati dengan setiap suapan, sama seperti diri anda. Seperti churros, ia mempunyai rasa tersendiri, membuat orang lain rasa selesa bila menikmatinya.

             Buat sekarang: Churros Oren dan Lima Rempah


4. Taurus: Sagu Mangga Pomelo

20 April - 20 Mei

Anda seorang kekasih yang penyabar dan seseorang yang suka mengenali pasangan secara lebih rapat supaya dapat menyayangi mereka dengan lebih mendalam. Terima kasih kepada sifat sabar, anda dapat memberi ruang kepada orang lain untuk mendekati anda. Namun, anda tetap impikan hubungan yang stabil dan mahu pastikan pasangan juga komited kepada anda. Semangat anda digambarkan sebagai Sagu Mangga Pomelo! Pencuci mulut Asia klasik dan dikenali ramai, ia memberikan keselesaan dengan rasa manis yang mengasyikkan. Keenakan rasa mangga digabung dengan rasa sitrus pomelo membuatkan ia satu pencuci mulut yang menyegarkan. Anda pasti tidak boleh berhenti makan selepas suapan pertama!

              Buat sekarang: Sagu Mangga Pomelo

5. Gemini: Pankek Kek Lobak Merah

21 Mei - 20 Jun

Anda mahukan sahabat baik sebagai kekasih, seseorang yang mengenali anda luar dan dalam, dan menerima anda seadanya. Mereka menyayangi anda sebagai pasangan dan teman rapat. Anda gemar berkomunikasi dengan mereka, terutamanya bila membuatkan anda rasa disayangi dan dihargai. Anda mungkin jadi peramah dengan semua orang, tetapi anda hanya komited terhadap pasangan sepanjang masa. Dengan itu, semangat anda diabadikan dengan Pankek Kek Lobak Merah! Rasa tersendiri dan juga dikenali, ianya sangat menenangkan dan perlu lebih dihargai kerana profilnya yang unik. Rasa manis semula jadi lobak merah membuatkan perisanya tidak keterlaluan, dan layak diberikan lebih banyak perhatian.

            Buat sekarang: Pankek Kek Lobak Merah

6. Cancer: Mochi Keladi

21 June - 22 Julai

Anda sangat menjaga dan melindungi perihal pasangan, kerana anda sangat sayangkan, mereka. Anda seorang yang sangat sentimental, sentiasa mengambil perhatian terhadap perkara kecil - seperti tabiat pasangan dan apa yang menggembirakan mereka. Anda sangat setia dan sentiasa dilamun cinta. Bahasa percintaan anda termasuk juga menjadi peka dan sentiasa menyayangi. Dengan itu, pencuci mulut yang sesuai mewakili anda adalah Mochi Keladi! Manisan ini memberikan rasa yang menenangkan setiap kali dinikmati. Tenaga dan usaha yang disalurkan dalam proses pembikinan, termasuk butiran kecil seperti perisa mochi, membuatkan pencuci mulut lambang sempurna untuk horoskop anda.

Buat sekarang: Mochi Keladi


7. Leo: Brownie Limau dan Garam Laut

23 Julai - 22 Ogos

Horoskop anda sangat setia, anda anda kekal teguh di samping pasangan di kala susah dan senang. Anda seorang kekasih yang menyeronokkan dan sangat pemurah terhadap insan tersayang. Anda manjakan mereka sebanyak yang boleh, dengan niat agar pasangan tahu mereka sentiasa disayangi. Tetapi, anda juga seorang yang sensitif dan memerlukan perhatian juga. Untuk semua kasih sayang yang diberikan, anda mahukan yang sama daripada pasangan. Pencuci mulut yang menggambarkan diri anda adalah Brownie Limau dan Garam Laut! Sesuatu yang membangkitkan deria rasa dan juga kaya dengan perisa, anda pastikan makan berkali-kali walaupun sudah kenyang. Kadang-kala Coklat brownie mungkin nampak seperti terlalu banyak untuk dinikmati, semangat horoskop dalam pencuci mulut membuatkan semuanya tidak mustahil.

                 Buat sekarang: Brownie Limau dan Garam Laut


8. Virgo: Tangyuan Badam

23 Ogos - 22 September

Anda gemar berbual secara intelektual dengan orang ramai. Ia menarik minat dan membantu anda mengetahui pendapat orang lain. Anda gemarkan gerak geri halus dalam percintaan - perkara-perkara kecil dalam kehidupan membuatkan anda rasa disayangi. Sama ada dari segi fizikal, mental atau emosi, anda sentiasa berada disamping pasangan dan memerlukan perhatian setimpal. Mungkin mengambil masa yang lama untuk anda jatuh cinta, tetapi bila dilamun perasaan sayang, anda akan bersungguh-sungguh bercinta. Tangyuan Badam mungkin nampak seperti pencuci mulut ringkas, tetapi ia mempunyai kejutan tersembunyi. Sama seperti cara anda bercinta, perkara kecil sebegini membuatkan lagi istimewa.
             Buat sekarang: Tangyuan badam


9. Libra: Biskut Coklat Kerepek Kentang

23 September - 22 Oktober

Horoskop anda gemar untuk beri perhatian dan juga suka terima perhatian. Anda sangat peramah, sekaligus menjalin banyak persahabatan dalam kehidupan. Anda sangat tertarik dengan keyakinan yang dipamerkan oleh orang lain, membuatkan anda senang mendekati mereka. Walaupun terdapat banyak persahabatan dan orang di sekeliling, anda seorang yang setia dan sangat komited terhadap seseorang dalam hubungan. Pencuci mulut yang menggambarkan diri anda adalah Biskut Coklat Kerepek Kentang yang mempunyai perisa hebat. Ia merupakan individu unik yang menonjol dari kedua-dua kerepek kentang dan biskut coklat. Kemanisan coklat dan rasa masin dari kerepek kentang mungkin nampak seperti tidak normal di mata orang ramai, tetapi bagi mereka yang menghargainya, lambat laun akan jatuh cinta.

             Buat sekarang: Biskut Coklat Kerepek Kentang

10. Scorpio: Kek Keju Teh Susu Thai

23 Oktober - 21 November

Individu yang kuat dan bermisteri, anda menarik perhatian dan menambat hati ramai orang. Anda hargai kejujuran dan kesetiaan. Namun, ada masa anda boleh jadi mendesak bila bercakap soal cinta dan pasangan mungkin anda rasa meminta terlalu banyak dari mereka. Anda cintakan mereka sepenuh jiwa, dan mereka tahu. Anda boleh lalui masa-masa sukar, terutamanya kerana anda seorang pendengar yang bagus. Kek Keju Teh Susu Thai adalah pencuci mulut yang menggambarkan anda kerana ia menarik perhatian ramai orang. Rasanya mungkin agak kuat yang datang dari jumlah krim keju digunakan, tetapi anda tidak akan berhenti menikmatinya selepas suapan pertama.

                Buat sekarang: Kek Keju Teh Susu Thai

11. Sagittarius: Tart Telur Portugis Kaya

22 November - 21 Disember

Horoskop anda sangat seronok untuk didampingi. Kadang-kadang anda mungkin nampak garang, tetapi sebenarnya anda beri perhatian penuh kepada insan tersayang. Seorang yang berfikiran terbuka dengan cita-cita tinggi, sentiasa ingin menggapai bintang. Anda mungkin mengambil masa untuk membuat komitmen, tetapi bila anda jumpa yang satu, anda akan terus komited sambil tetap mengejar impian. Istimewa, manis, dengan sentuhan perisa, Tart Telur Portugis Kaya ini adalah semangat pencuci mulut anda. Walaupun kadang-kadang nampak seperti kurang memberangsangkan, ia adalah pencuci mulut yang tepat untuk membuat anda rasa gembira dan terbang di awangan sepanjang hari.

Buat sekarang: Tart Telur Portugis Kaya

12. Capricorn: Tiramisu Matcha

22 Disember - 19 Januari

Yang terakhir sekali, Capricorn. Horoskop anda dahagakan kestabilan. Anda mahukan pasangan yang boleh dipercayai sebelum jatuh cinta dengan mereka. Anda sangat serius tentang masa depan bersama, dan akan merancang untuk jangka panjang. Anda perlukan keselamatan, jaminan yang individu ini adalah pasangan sehati sejiwa. Kesetiaan anda tidak dapat disangkal dan anda akan kekal bersama pasangan yang betul. Semangat pencuci mulut anda adalah Tiramisu Matcha, yang mempunyai perisa kuat tetapi dikenali. Tiramisu dikenali ramai kerana ia telah wujud buat masa yang lama, sekaligus membuatkan anda mengenali rasanya bila dimakan. Serbuk matcha (teh hijau) memberikan sentuhan rasa semula jadi. Sangat istimewa, tapi memberikan ketenangan untuk anda.

Buat sekarang: Tiramisu Matcha

Mahu lebih banyak keistimewaan Hari Valentine? Lihat di sini

Kategori:
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki