Ikan

Resipi Ikan Asia Yang Sangat Menyelerakan

Ikan adalah makanan laut versatil yang boleh dijumpai dalam kebudayaan Asia. Dari ikan siakap goreng kepada ikan kod kukus, anda boleh menghasilkan hidangan di rumah dengan bahan-bahan yang mudah. Buku masakan kami dengan resipi ikan Asia sangat sesuai buat yang belajar memasak ikan dan juga buat cef yang pakar untuk mencuba sesuatu yang baharu.

Memilih ikan yang berkualiti tinggi

Untuk menghasilkan resipi ikan yang terbaik, kami sarankan anda untuk memilih ikan yang paling segar. Oleh itu, anda perlu membuat beberapa pemeriksaan:

  1. Mata - Ikan yang berkualiti mampunyai maya yang sejernih kristal, bersinar dan bulat. Ikan dengan mata yang rosak bermaksud ia tidak sihat atau tidak dikendalikan dengan baik ketika dikeluarkan dari air. 

  2. Sirip - Jika ekor dan sirip ikan masih lembap dan terletak, ia dianggap sihat. Anda perlu mengelakkan ikan dengan sirip yang kering, rapuh atau rosak.

  1. Isi - Ikan yang segar dan berkualiti tinggi akan berasa sejuk, lembap dan licin ketika disentuh. Ia tidak sepatutnya melekit. Ketika akan menekan isi ikan, ia perlu kembali semula ke bentuk asal. Jika ia tidak kembali, ia bermaksud isinya sudah melembut dan tidak patut dibeli. 

  1. Insang - Selalunya, insang ikan akan bertukar coklat kemerahan atau hitam dengan masa. Ia akan mengurangkan kualiti ikan. Jika insang ikan masih merah terang (paling terang ketika ditangkap), ia dianggap masih segar. Ia juga sepatutnya bersih dan sejuk. 

  1. Sisik - Ikan yang segar mempunyai sisik yang bersinar dan padat. Jika sisik ikan itu tertanggal ketika anda menyentuh atau kelihatan kering dah pecah-pecah, ia tidak dianggap lagi segar.

Resipi ikan Asia kami juga menggunakan filet atau ikan yang telah dipotong. Ketika membeli paket ini, periksa jika terdapat rekahan atau air. Warna ikan juga dapat memberikan indikasi kualiti yang baik. Ikan kod, halibut dan jenis ikan putih lain selalunya akan kelihatan jernih manakala ikan yang lebih gelap seperti tuna dan salmon sepatutnya lebih pekat.

Resipi ikan yang mudah diikuti

Sama ada anda mencari resipi ikan panggang atau bakar, anda pasti akan menjumpai panduan memasak yang bagus.

Cuba resipi daging atau ayam, dan masak hidangan sayuran sebagai pelengkap sajian anda nanti!

Lebih banyak inspirasi untuk anda

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

Baca Polisi Kuki