Ikut 4 Cara Mudah Ini Supaya Dapur Anda Sentiasa Bersih

Ikut 4 Cara Mudah Ini Supaya Dapur Anda Sentiasa Bersih

Dari mengkuarantinkan protein, hingga mengasingkan papan pemotong, Debbie Wong kongsikan betapa mudahnya cara untuk kekal bersih di dapur.

Ketika saya masih seorang tukang masak profesional, saya perlu dapatkan sijil rasmi keselamatan makanan. Ia hanyalah kursus selama satu hari, tetapi yang lucunya, ia mungkin salah satu pendidikan yang masih kekal relevan pernah saya belajar, kerana hingga ke hari ini saya masih mengamalkan setiap pengetahuan dan ilmu yang dipelajari.

Baru-baru ini, dengan krisis kesihatan global, dan ramai di antara kita makan hanya di rumah, saya dapati keselamatan makanan semakin penting. Jadi di sini saya kongsikan beberapa petua yang memastikan dapur saya bebas bakteria, dan perut saya sihat dan gembira.

1. Asingkan... Papan Pemotong Anda

Saya cadangkan untuk ada sekurang-kurangnya dua papan pemotong di dapur. Satu hanya untuk sayur, dan satu lagi jenis plastik untuk daging mentah dan makanan laut. Kenapa plastik untuk protein mentah? Bakteria kurang kebarangkalian untuk hidup di celah-celah papan pemotong plastik. Ini adalah kaedah yang pasti dapat mengelakkan bakteria tersebar ketika memasak.

Kaedah yang sama digunakan untuk pisau. Jika anda tiada pilihan banyak untuk menggunakan hanya satu pisau, pastikan ia dibasuh secara rapi dengan sabun anti bakteria dan air panas sebelum memotong sayur selepas memotong daging.

Ada satu lagi tip untuk mengekalkan kebersihan papan pemotong: taburkan beberapa cubit garam di seluruh permukaan papan pemotong. Potong setengah lemon dan sapukan di atas permukaan bergaram selama 1-2 minit. Kemudian bilas dengan air panas. Ucapkan tahniah pada diri sendiri. ;)

2.  Kuarantinkan… Protein Anda

Pastikan daging mentah sentiasa di simpan di bahagian bawah peti sejuk - jika ada cecair yang menitik, ia tidak akan mencemarkan sayur (atau lain-lain produk sedia dimakan). Kalau boleh, balut daging mentah dengan plastik atau simpan dalam bekas bertutup rapat berasingan.

3. Periksa Suhu Anda!

5-57 C diketahui dalam industri makanan sebagai “zon bahaya” - suhu di mana bakteria paling sesuai untuk hidup. Jika anda tidak mempunyai termometer makanan, ikut beberapa tip mudah ini:

  1. Bila memanaskan atau memanaskan semula sup atau hidangan yang berkuah, sentiasa didihkan dahulu sebelum dimakan - maknanya ada buih-buih menggelegak!

  2. Masak sepenuhnya daging dan makanan laut. Potong dan lihat isi di dalam untuk pastikan sudah dimasak jika khuatir.

  3. Jika dan bila anda makan di luar, perhatikan makanan suam, lebih-lebih hidangan daging, atau jika ia bersentuhan dengan daging.

Peraturan ikut kebiasaan: makanan panas perlu dihidang panas-panas, makanan sejuk perlu dihidang sejuk-sejuk.

4. Basuh Tangan Anda (Peringatan Sepanjan Masa) 

Tangan anda adalah punca utama pencemaran silang!

Ramai yang tahu tentang basuh tangan sebelum memasak, tetapi basuh tangan di antara setiap langkah juga penting.

Katakan anda sedang masak tumis ayam dan sayur, anda potong daging ayam mentah, kemudian beralih potong sayur mentah - pastikan anda basuh dahulu tangan yang bersentuhan dengan ayam sebelum memegang sayur!

Harapnya petua ini semua membantu para foodie sekalian!

Debbie Wong merupakan seorang chef belajar sendiri dan pelakon yang dilatih secara klasikal berpangkalan di Hong Kong. Beliau adalah pengacara Food Wars Asia, Kitchen Quickies dan siri kulinari antarabangsa yang masih berterusan di YouTube - Debbie Wong’s Wok and Gong. Ikuti beliau di semua media sosial @ms.debbiewong.

Kategori:
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki