Resipi Indonesia

Adakah anda penggemar sajian dan pemanis mulut Indonesia? Asian Food Network akan membantu anda dengan membuatnya lebih mudah, cepat, dan kekal autentik. Resipi kami datang daripada pencinta masakan di Indonesia, juga dari sekitar Asia, dan diamalkan sendiri oleh mereka. Cara penyediaan langkah demi langkah, gambar, dan video akan membuat lebih mudah tidak kira di mana anda berada. Informasi diet utama diterangkan, jadi kurang masa untuk penyediaan tetapi lebih banyak masa untuk berkongsi hidangan Indonesia yang autentik, mudah dan cepat dengan yang tersayang. Anda sudah menjamu selera?

Masak Hidangan Indonesia di Rumah seperti seorang Pro

Hidangan savori Ayam Penyet dan Nasi Goreng yang oh-sungguh-lazat, apa yang tidak anda cinta mengenai sajian Indonesia?

Daripada mengunjungi restoran untuk memuaskan selera anda, apa kata anda masak sendiri hidangan Indonesia di rumah?

Asian Food Network membariskan seleksi resipi Indonesia buat yang baharu dan juga yang sudah pakar di dapur. Lihat sahaja koleksi resipi kami dan mula masak hidangan Indonesia anda hari ini!

Tip untuk Memasak Sajian Indonesia dengan Cara yang Anda Suka

Apa yang bagus jika masak di rumah daripada makan di restoran adalah anda boleh mengubah citarasa mengikut selera anda sendiri. 

Sebagai contoh, jika anda tidak tahan pedas, anda boleh mengurangkan kandungan cili dalam masakan anda. Ataupun, jika anda sedang mengawal pemakanan, anda boleh mengurangkan kandungan gula nanti.

Di dapur, anda mempunyai kebebasan untuk eksperimen dan mencuba hidangan yang sesuai dengan citarasa anda!

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

Baca Polisi Kuki