Bahan-bahan

  • Hidangan untuk 2 orang
  • 2 biji timun

  • 2 sudu kecil garam

  • 4 sudu besar cuka beras

  • 3 sudu besar gula

  • ¼ sudu kecil garam

  • 1 + 1 sudu kecil minyak cili

  • 1 sudu kecil biji bijan putih

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Jeruk Timun Jepun

{{totalReview}}
Sama seperti kebanyakan makanan Jepun, Jeruk Timun Jepun adalah hidangan yang nampak ringkas tetapi padat dengan perasa. Mudah dibuat dengan hirisan nipis timun, garam, gula, cuka beras dan minyak cili, secara tradisionalnya dijadikan hidangan sampingan tetapi boleh juga dinikmati sebagai snek yang sihat! Tip untuk hari ini - guna timun bersaiz kecil untuk dapatkan rasa yang sedikit manis
  • Mudah
  • 15 min
  • 0 min
  • 10 min
  • 2 langkah-langkah
  • 7 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 2 langkah-langkah
  • 7 Bahan-bahan
  • 15 min
  • 0 min
  • 10 min

Jeruk Timun Jepun

Snek Menyegarkan untuk Hari Panas

Bila musim bertukar, makanan dan landskap dalam masakan Jepun juga bertukar. Makanan bermusim adalah ciri-ciri utama dalam masakan Jepun. Setiap musim, atau “shun” dalam bahasa Jepun, mempunyai bahan-bahan bermusim unik di mana ia berada dalam keadaan paling segar dan paling berperisa.

Ketika musim panas di mana suhu naik mendadak, timun adalah bahan popular dalam banyak hidangan Jepun. Ia sangat menyegarkan dan mengenyangkan kerana mengandungi 90% air dan memastikan badan sentiasa terhidrat sementara membuatkan perut rasa penuh.

Jika cuaca di tempat anda panas dan anda mencari snek yang menyegarkan, apa kata anda cuba buat sendiri Jeruk Timun Jepun di rumah?

Sama seperti kebanyakan makanan Jepun, Jeruk Timun Jepun adalah hidangan yang nampak ringkas tetapi mempunyai perisa yang akan mengejutkan anda. Mudah dibuat dengan hirisan nipis timun, garam, gula, cuka beras dan minyak cili, secara tradisionalnya dijadikan hidangan sampingan tetapi boleh juga dinikmati sebagai snek yang sihat! Jeruk Timun Jepun juga dihidang sebagai pembersih palet di antara hidangan.

Hanya dengan beberapa bahan ringkas, anda boleh sediakan hidangan rangup dan menyegarkan ini untuk dinikmati bersama nasi dan lauk-lauk lain.

Hidangan ini sesuai untuk mereka yang baru belajar memasak di rumah. Ia tidak memerlukan teknik memasak rumit dan anda hanya perlukan 7 bahan-bahan!

Soalan Sering Ditanya tentang Jeruk Timun Jepun

Adakah hidangan ini sesuai untuk vegetarian?

Sudah tentu! Hidangan bebas daging dan bebas tenusu sepenuhnya. 

Adakah Jeruk Timun Jepun pedas?

Tahap kepedasan bergantung kepada berapa banyak minyak cili anda tambah. Jika anda kurang gemar pedas, boleh pilih untuk tidak tambah minyak cili langsung dan tambahkan lebih banyak cuka dan biji bijan untuk lebih berperisa. Tetapi, jika anda suka pedas, boleh tambah seberapa banyak minyak cili yang anda mahu!

Bagaimana cara untuk hidang Jeruk Timun Jepun?

Anda boleh hidangkan sebagai pembersih palet, sebagai snek, atau sebagai hidangan sampingan bersama nasi dan sup miso. Juga boleh dinikmati dengan hidangan berdaging seperti Katsudon Ayam.

Adakah timun Jepun sama dengan zukini?

Walaupun kedua-duanya mempunyai kulit hijau gelap, indeks glisemik rendah, kandungan air tinggi dan bentuk silinder panjang, ada perbezaan di antara timun dan zukini.

Pertama, timun dan zukini tergolong dalam kumpulan keluarga berlainan. Timun jatuh dalam keluarga labu manakala zukini dalam kumpulan Cucurbita. Timun adalah lebih lembut manakala zukini adalah rangup.

Jika anda tiada timun di dapur, boleh digantikan dengan zukini. Hanya perlu ingat, hidangan ini akan jadi lebih rangup jika menggunakan zukini.

Saya bukan peminat timun, bolehkah saya gantikan dengan sayur lain?

Anda boleh gantikan timun dengan sayur mentah lain seperti kubis, lobak merah, turnip, dan terung. Apa yang perlu anda buat adalah melaraskan masa penjerukan.

Tip untuk Menyediakan Jeruk Timun Jepun Paling Sedap

  1. Guna timun saiz kecil untuk rasa lebih manis: Jika anda gemar rasa manis, timun kecil selalunya menghasilkan rasa yang lebih manis.

  2. Pastikan sayur dalam keadaan paling segar sebelum penjerukan: Hidangan jeruk terbaik dibuat hanya dengan bahan-bahan segar, jadi elak daripada menggunakan sayur tua atau tidak elok. Cuci bersih-bersih untuk hilangkan kotoran.

  3. Untuk hasil terbaik, guna cuka dengan tahap keasidan 5%: Jangan guna cuka terlalu banyak untuk dapatkan rasa masam yang tidak keterlaluan.

  4. Guna garam jeruk: garam meja boleh buatkan air garam keruh dan juga boleh memberi kesan pada rasa dan tekstur sayur, jadikan gunakan garam jeruk.

  5. Untuk jeruk lebih rangup, salut timun dengan lapisan garam nipis: Garam mengeluarkan kelembapan dari timun, membuatkan tekstur jeruk timun yang lebih rangup.

Cara Penyediaan

  1. Potong timun

    • Kupas kulit dan potong timun. Buang biji dan hiris.

    • Letak timun dalam mangkuk dan taburkan 3 sudu kecil garam. Biarkan selama 5-10 minit.

    • Bilas timun dengan air sejuk buangkan garam.

    Potong timun


  2. Gaul timun dan sos

    • Campurkan cuka beras, gula, 1 sudu kecil minyak cili dan garam. Kacau sehingga gula dan garam larut.

    • Tuang ke dalam mangkuk berisi timun.

    • Isikan timun dalam bekas kedap udara dan perap semalam di dalam peti sejuk.

    Gaul timun dan sos


Hias dan Hidang!

Hidang dengan taburan biji bijan putih dan titisan 1 satu sudu kecil minyak cili di atas timun.

Want more Japanese recipes? We have them!

Hias dan Hidang!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 2 orang
    • 2 biji timun

    • 2 sudu kecil garam

    • 4 sudu besar cuka beras

    • 3 sudu besar gula

    • ¼ sudu kecil garam

    • 1 + 1 sudu kecil minyak cili

    • 1 sudu kecil biji bijan putih

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki