Bahan-bahan:

  • Menghasilkan 8 biji karipap
  • 1 biji bawang kuning saiz sederhana

  • 3 biji ubi kentang

  • 2 biji telur (direbus)

  • 11/2 sudu besar serbuk kari

  • 195 g tepung

  • 5 sudu besar lelemak (ganti dengan marjerin)

  • ½ sudu kecil serbuk penaik

  • 60 ml air

  • 1 sudu kecil gula

  • ½ sudu kecil garam (secukup rasa)

  • lada sulah (secukup rasa)

  • 2 sudu besar + setengah periuk minyak sayuran

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Karipap

{{totalReview}}
Pai kecil dan digoreng kilas bersama inti kari ubi kentang, snek popular seluruh Asia Tenggara.
  • Mudah
  • 45 min
  • 10 min
  • 15 min
  • 4 langkah-langkah
  • 12 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 4 langkah-langkah
  • 12 Bahan-bahan
  • 45 min
  • 10 min
  • 15 min

Cara membuat

  1. Campurkan doh

    • Dalam mangkuk adunan, tambah tepung, lelemak,  ½ sudu kecil serbuk penaik, ½ sudu kecil garam dan 60 ml air hingga menjadi doh. Tutup dan biar sementara selama 20 minit.
    Campurkan doh


  2. Masak inti kari ubi kentang

    • Potong dadu bawang besar, dan potong dadu ubi kentang dalam 2 cm diameter. Ketepikan
    • Dalam periuk dengan api sederhana berisi air mendidih, masukkan 1 sudu kecil garam, dan kiub ubi kentang. Celur selama 4 minit, kemudian angkat dan biar sebentar.
    • Dalam kuali dengan api sederhana, tambahkan 2 sudu besar minyak sayuran. Bila panas, masukkan bawang besar dan tumis selama 1 hingga 2 minit.Setelah bawang lembut, tambah ubi kentang celur dan 1 ½ sudu besar serbuk kari.
    • Gaul sekata. Tambah perasa dengan 1 sudu besar gula dan lada hitam. Selepas 2 minit, alih dari api dan ketepikan.
    Masak inti kari ubi kentang


  3. Buat bentuk karipap

    • Atas permukaan rata, asingkan doh kepada bebola lebih kurang 40 g dan uli sehingga bersaiz 10 cm lebar.
    • Tambahkan ½ sudu besar inti dan ¼ telur rebus di tengah-tengah doh.
    • Lipat dua pastri, tekan dan buat lipatan pada hujung untuk mencantumkannya. Ulang sehingga habis dan ketepikan.

    | Untuk inti versi lain, isi karipap dengan sardin atau tuna.

    Buat bentuk karipap


  4. Goreng celur

    • Dalam periuk berisi minyak sayuran panas, goreng celur karipap dengan api sederhana selama 3 ke 5 minit sehingga perang keemasan.


Saji dan Hidang!

Keluarkan dan tapis minyak atas tisu dapur, kemudian hidang ketika panas.

Saji dan Hidang!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Menghasilkan 8 biji karipap
    • 1 biji bawang kuning saiz sederhana

    • 3 biji ubi kentang

    • 2 biji telur (direbus)

    • 11/2 sudu besar serbuk kari

    • 195 g tepung

    • 5 sudu besar lelemak (ganti dengan marjerin)

    • ½ sudu kecil serbuk penaik

    • 60 ml air

    • 1 sudu kecil gula

    • ½ sudu kecil garam (secukup rasa)

    • lada sulah (secukup rasa)

    • 2 sudu besar + setengah periuk minyak sayuran

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki