Bahan-bahan:

  • Menghasilkan 8 biji karipap
  • 1 biji bawang besar kuning (dipotong dadu)

  • 3 biji ubi kentang bersaiz sederhana

  • 2 biji telur (direbus & dipotong empat)

  • 11/2 sudu besar serbuk kari

  • 195 g tepung

  • 90 g marjerin

  • ½ sudu kecil serbuk penaik

  • 60 ml air (untuk doh)

  • 250 ml air (untuk kari)

  • 1 sudu kecil gula

  • ½ sudu kecil garam (secukup rasa)

  • Lada hitam (secukup rasa)

  • 2 sudu besar + setengah periuk minyak sayuran

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Karipap

{{totalReview}}
Kari ubi kentang yang berkrim bersama telur disaluti dalam pastri rangup keemasan, kerana itulah Karipap adalah snek popular seluruh Asia Tenggara. Kesedapan yang penuh kebaikan, walaupun tidak mudah dihasilkan tetapi menghasilkanya cukup berbaloi. Kesukarannya terletak pada pastri-doh harus dibiar rehat selama 20 minit dan memerlukan kecekapan jari bagi melipat isi ke dalam kantung. Setelah anda melakukannya, semuanya menjadi mudah! Karipap boleh di dingin beku jadi buat banyak dan simpan untuk hari kemudian!
  • Sederhana
  • 45 min
  • 15 min
  • 20 min
  • 4 langkah-langkah
  • 13 Bahan-bahan
  • Sederhana
  • 4 langkah-langkah
  • 13 Bahan-bahan
  • 45 min
  • 15 min
  • 20 min

Cara Penyediaan

  1. Campuran doh

    • Dalam mangkuk adunan, tambah tepung, ½ sudu kecil serbuk penaik, ½ sudu kecil garam, 90g marjerin dan gaul 60 ml air hingga menjadi doh.
    • Tutup dan biar sementara selama 20 minit.

    | Jalan pintas adalah dengan mengguna prata dingin beku sebagai kulit. Hasilnya akan menjadikan pastri lapis.



  2. Masak isi kari ubi kentang

    • Ubi kentang dipotong dadu (sekurang-kurangnya 2 cm) dan biarkan sebentar.
    • Dalam kuali atas api sederhana, tambahkan 2 sudu besar minyak sayuran.
    • Bila panas, masuk bawang besar dan saute selama 1 ke 2 minit.
    • Setelah bawang besar lembut, masuk ubi kentang dan 11/2 sudu besar serbuk kari. Gaul sebati.
    • Tambah perasa 1 sudu besar gula dan garam dan lada secukup rasa.
    • Tambah 250ml air.
    • Masak ubi kentang sehingga lembut.
    Masak isi kari ubi kentang


  3. Membentuk karipap

    • Serak tepung atas permukaan rata/atas meja yang tidak melekat.
    • Asingkan doh sama rata kepada 8 bahagian and uli sehingga bersaiz 10 cm lebar.
    • Bahagikan isi kari ubi kentang kepada 8 bahagian.
    • Untuk setiap karipap, tambahkan 1 bahagian isi dan ¼ telur rebus ditengah-tengah doh.
    • Lipat dua pestri dan tekan dan buat lisu pada hujung untuk mencantumkannya.
    • Ulangi sehingga habis dan biarkan sebentar.
    Membentuk karipap


  4. Goreng celur

    • Dalam periuk atas api sederhana yang mengandungi minyak sayuran panas, goreng celur karipap selama 3 ke 5 minit sehingga perang keemasan.
    • Keluarkan dan tapis minyak lebihan diatas tuala kertas.

    |Untuk lebih berkhasiat, karipap boleh dibakar berbanding goreng celur.



Saji dan Hidang!

|Apabila mengisi karipap, letakkan telur di tengah sebelum ubi kentang ditambah supaya bentuk karipap kekal

Saji dan Hidang!

Maklumat Pemakanan

Nilai Tipikal PER 100G PER SERVING
 Tenaga (Kj)  606kj 982kj
Tenaga (Kcal) 145kcal 234kcal
 Lemak
6.1g 10g
  tepu
1.2g 2g
Karbohidrat 18g 29g
  gula
1.5g 2.5g
 Serat
1.5g 2.4g
 Protein
3.4g 5.4g
 Gula 0.38g 0.61g

 

Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Menghasilkan 8 biji karipap
    • 1 biji bawang besar kuning (dipotong dadu)

    • 3 biji ubi kentang bersaiz sederhana

    • 2 biji telur (direbus & dipotong empat)

    • 11/2 sudu besar serbuk kari

    • 195 g tepung

    • 90 g marjerin

    • ½ sudu kecil serbuk penaik

    • 60 ml air (untuk doh)

    • 250 ml air (untuk kari)

    • 1 sudu kecil gula

    • ½ sudu kecil garam (secukup rasa)

    • Lada hitam (secukup rasa)

    • 2 sudu besar + setengah periuk minyak sayuran

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki