Bahan-bahan:

  • 1 bekas
  • 1 kg buah ngaku

    (dengan batang)

  • minyak untuk menggoreng

  • 15-20 helai daun kari

  • garam laut

    (secukup rasa)

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Kerepek Ngaku

{{totalReview}}
Mahu menarik perhatian saudara-mara dengan snek Tahun Baru Cina yang dibuat sendiri? Cuba buat Kerepek Ngaku dengan resipi ringkas kami ini! Kerepek Ngaku ini bukan saja terkenal sebagai snek Tahun Baru Cina yang enak di Singapura, ia juga berkhasiat. Selain itu, resipi Chiku ini hanya memerlukan 4 bahan-bahan dan boleh disediakan hanya dengan tiga langkah.
  • Sederhana
  • 90 min
  • 30 min
  • 15 min
  • 3 langkah-langkah
  • 4 Bahan-bahan
  • Sederhana
  • 3 langkah-langkah
  • 4 Bahan-bahan
  • 90 min
  • 30 min
  • 15 min

Cara Penyediaan

  1. Hiris buah ngaku

    • Kupas kulit setiap buah ngaku tetapi tinggalkan batang.

    • Pegang tangkai buah ngaku dan hiris berhati-hati menggunakan penghiris atau mandolin menjadi bentuk bulat dan nipis. Jika menggunakan penghiris elektronik, tidak perlu tinggalkan tangkai.



  2. Keringkan hirisan buah ngaku

    • Lap kering hirisan buah ngaku dengan tisu dapur dan aturkan di atas pinggan. Biar kering selama 3 jam.
    Keringkan hirisan buah ngaku


  3. Goreng

    • Panaskan minyak dalam kuali untuk menggoreng.

    • Uji suhu dengan mencelupkan penyepit buluh dalam minyak. Jika buih kecil timbul di sekeliling penyepit, maknanya minyak sudah cukup panas.

    • Goreng hirisan buah ngaku dalam kumpulan kecil satu persatu dan goreng bersama 5 helai daun kari.

    • Keluarkan kerepek bila sudah bertukar warna perang keemasan, tetapi tinggalkan daun kari di dalam minyak.

    • Keringkan kerepek ngaku di atas tisu dapur atau kertas tempura.

    Goreng


Saji dan Hidang!

Tambah garam secukup rasa. Bila kerepek ngaku sudah sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.

Saji dan Hidang!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • 1 bekas
    • 1 kg buah ngaku

      (dengan batang)

    • minyak untuk menggoreng

    • 15-20 helai daun kari

    • garam laut

      (secukup rasa)

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki