Bahan-bahan:

  • Hidangan untuk 4-6 orang
  • versi tradisional:

    8 biji pisang Thai (kluay nam wah)

  • 225 ml santan kelapa pekat

  • 300 ml santan kelapa cair

  • 2 helai daun pandan

  • 30 g gula kabung

  • 20 g gula putih

  • ¼ sudu kecil garam

  • 1 sudu kecil tepung ubi

  • versi moden:

    kastard pandan:

    3 biji kuning telur

  • 4 helai daun pandan

  • 30 g gula

  • 30 g gula kabung

  • 240 g santan kelapa

  • 15 g tepung jagung

  • aiskrim kelapa:

    480 g santan kelapa

  • 230 g krim

  • 480 g susu

  • 240 g gula

  • pisang segar dengan gula karamel:

    2 biji pisang

  • 30 g gula perang

  • krim kelapa:

    100 g isi kelapa segar

  • 400 g krim

  • 60 g gula aising

  • tuile:

    120 g gula

  • 227 g mentega cair

  • 4 biji putih telur

  • 45 g tepung serbaguna

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Kluai Buat Chi (Pisang Thai dalam Santan Kelapa)

{{totalReview}}
Dua versi ketulan pisang direndam dalam santan kelapa, memberikan pencuci mulut yang ringkas dan enak. Di Thailand, anda akan menemui sajian manis selepas menu utama di restoran dan jalanan. Ia dibuat hanya dengan merebus santan kelapa, ditambah aroma pandan dan dimaniskan dengan gula, sebelum pisang pra-rebus dimasukkan. Chef bertaraf bintang Michelin, Ton menghasilkan bru istimewa ini, dan menawarkan cara lain untuk menikmatinya, dengan aiskrim, kastard dan pasti rangup.
  • Mudah
  • 60 min
  • 20 min
  • 15 min
  • 5 langkah-langkah
  • 20 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 5 langkah-langkah
  • 20 Bahan-bahan
  • 60 min
  • 20 min
  • 15 min

Cara Penyediaan

  1. Versi Tradisional: Sediakan pisang

    • Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan pisang. Biar mendidih selama 3-5 minit atau sehingga kulit mula tertanggal.

    • Padamkan api. Kupas dan potong pisang menjadi saiz gigitan.



  2. Buat santan kelapa

    • Sebelum mendidih sepenuhnya untuk kali kedua, tambah santan kelapa pekat dan kacau selama 3 minit.

    Buat santan kelapa


  3. Versi Moden: Membuat aiskrim kelapa

    • Panaskan periuk dengan api rendah dan masukkan santan kelapa, gula, susu dan krim. Panaskan sampai semuanya cair.

    • Biar campuran sejuk dan masukkan ke dalam mesin pembuat aiskrim dan kocakkan sampai memejal.

    • Selepas siap, skup keluar dan isikan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam penyejuk beku selama 3-4 jam.



  4. Membuat kastard pandan

    • Masukkan kuning telur, daun pandan, gula, gula kabung, santan kelapa dan tepung jagung ke dalam pengisar. Kisar sampai sebati.

    • Tapis campuran dan masukkan ke dalam periuk dengan api rendah.

    • Teruskan mengacau sampai kastard menjadi pekat.



  5. Membuat tuile

    • Pukul gula bersama mentega cair, putih telur dan tepung serbaguna.

    • Panaskan ketuhar kepada suhu 350 Fahrenheit tanpa menghidupkan kipas.

    • Alas kertas pacmen atas loyang dan guna penyebar mentega untuk meratakan campuran di serata loyang.

    • Bakar selama 8-10 minit sehingga tuile menjadi perang keemasan. Anda boleh lihat selepas 8 minit untuk menyaksikan progres.

    • Keluarkan dari ketuhar. Apabila pastri telah sejuk, gunakan pisau tajam bergerigi untuk memotong menjadi bentuk segi empat tepat kecil. Anda juga boleh memecahkannya menjadi ketulan kecil mengguna tangan.



  6. Membuat krim kelapa

    • Dalam pengisar, tuangkan air kelapa dan isi kelapa. Kisar sampai sebagi.

    • Dalam pengadun, masukkan isi kelapa kisar, aising gula dan krim. Untuk membiarkan campuran sebati dengan mudah, pastikan krim dan isi kelapa berada dalam suhu sejuk.

    • Gunakan kelajuan pantas secara konsisten sehingga krim memejal.

    • Tuangkan ke dalam beg paiping dan simpan dalam penyejuk beku.



  7. Sediakan pisang karamel

    • Pilih pisang kuning yang segar dan pejal.

    • Kupas dan hiris.



  8. Aturkan pinggan

    • Keluarkan pinggan dan susun pisang di atasnya.

    • Taburkan gula perang di atas pisang dan perlahan-lahan karamelkan gula dengan membakarnya sehingga semua gula telah cair dan menjadi perang gelap.

    • Paipkan kastard pandan dan krim kelapa secara cantik di satu sudut pisang.

    • Skup aiskrim kelapa dan letak di atas pisang. Susun tuile cantik-cantik di sekeliling aiskrim.

    Aturkan pinggan


Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 4-6 orang
    • versi tradisional:

      8 biji pisang Thai (kluay nam wah)

    • 225 ml santan kelapa pekat

    • 300 ml santan kelapa cair

    • 2 helai daun pandan

    • 30 g gula kabung

    • 20 g gula putih

    • ¼ sudu kecil garam

    • 1 sudu kecil tepung ubi

    • versi moden:

      kastard pandan:

      3 biji kuning telur

    • 4 helai daun pandan

    • 30 g gula

    • 30 g gula kabung

    • 240 g santan kelapa

    • 15 g tepung jagung

    • aiskrim kelapa:

      480 g santan kelapa

    • 230 g krim

    • 480 g susu

    • 240 g gula

    • pisang segar dengan gula karamel:

      2 biji pisang

    • 30 g gula perang

    • krim kelapa:

      100 g isi kelapa segar

    • 400 g krim

    • 60 g gula aising

    • tuile:

      120 g gula

    • 227 g mentega cair

    • 4 biji putih telur

    • 45 g tepung serbaguna

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki