Bahan-bahan:

  • Hidangan untuk 2-3 orang
  • pes cili (pes cili krapow):

    20 g cili mata burung kering

  • 40 g cili mata burung

  • 20 g lada biji putih

    (dipanggang)

  • secubit garam

  • 35 g serai

    (dipotong saiz kecil)

  • 3-4 ketul akar ketumbar

  • 100 g bawang putih thai

    (dikupas)

  • 2 sudu besar minyak kacang soya

  • sos basil pedas:

    225 g sos tiram

  • 1.5 sudu besar gula

  • 1.5 cawan air

  • 35 g cili mata burung

  • 40 g bawang putih thai

  • 50 g daun basil pedas thai

  • 100 g minyak kacang soya

  • dada ayam (rendam dalam air garam selama 1 jam):

    10 ketul dada ayam

  • 100 g garam

  • 60 g gula

  • 1000 g air

  • 1000 g ais

  • untuk hiasan:

    beberapa helai daun basil pedas thai

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Chef Ton

Krapow Gai (Ayam Daun Basil Thai)

{{totalReview}}
Anda boleh menghidunya di hampir semua jalan di Bangkok - Krapow Gai, atau Nasi Ayam Basil adalah sepinggan hidangan Thai berherba dan pedas yang tidak boleh ditolak. Ia penuh herba Thai seperti cili padi, serai, bawang putih tajam dan sejenis daun basil yang dipanggil holy basil - sejenis daun dengan urat berwarna ungu dan berperisa pedas berlada yang memberikan hidangan ini rasa pedas yang memuaskan. Selain ayam, ada pelbagai pilihan bahan yang boleh anda guna seperti daging lembu, daging babi dan makanan laut. Di sini, masa banyak dihabiskan untuk menyedia dan menumbuk aromatik. Kemudian, anda hanya perlu menumis sekejap saja dan siap untuk dinikmati pada bila-bila masa. Chef bertaraf bintang Michelin, Ton menggunakan telur mentah untuk memberikan sentuhan moden pada telur mata tradisional dalam hidangan ini.
  • Sederhana
  • 60 min
  • 5 min
  • 10 min
  • 3 langkah-langkah
  • 21 Bahan-bahan
  • Sederhana
  • 3 langkah-langkah
  • 21 Bahan-bahan
  • 60 min
  • 5 min
  • 10 min

Cara Penyediaan

  1. Sediakan dada ayam

    • Bersihkan dada ayam sepenuhnya dan potong menjadi saiz gigitan kecil.

    • Rendam dada ayam dengan garam, gula, air dan ais selama 1-2 jam sebelum memasak.



  2. Buat pes cili dan sos basil pedas

    • Untuk membuat pes cili, masukkan semua bahan-bahan ke dalam batu lesung dan tumbuk secara kasar.

    • Kemudian, panggang pes cili dalam kuali panas sampai wangi.

    • Untuk membuat sos basil pedas, mulakan dengan menumis dalam minyak cili Thai dan bawang putih Thai yang ditumbuk.

    • Tambah sos tiram, air dan perisakan dengan gula. Habiskan dengan menabur helaian daun basil pedas Thai dan biarkan ia sejuk.



  3. Tumis ayam

    • Mulakan dengan api sederhana. Tambah minyak masak.

    • Apabila minyak sudah panas, tambahkan sedikit pes cili lebih kurang 1-2 sudu besar. Tumis sampai wangi yang kuat.

    • Tambah dada ayam dan sos basil pedas, tumis cepat-cepat dengan api tinggi.

    • Teruskan menumis sampai isi ayam masak sepenuhnya dan padamkan api.



Saji dan Hidang!

Hiaskan dengan daun basil pedas Thai dan hidang serta-merta.

Saji dan Hidang!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 2-3 orang
    • pes cili (pes cili krapow):

      20 g cili mata burung kering

    • 40 g cili mata burung

    • 20 g lada biji putih

      (dipanggang)

    • secubit garam

    • 35 g serai

      (dipotong saiz kecil)

    • 3-4 ketul akar ketumbar

    • 100 g bawang putih thai

      (dikupas)

    • 2 sudu besar minyak kacang soya

    • sos basil pedas:

      225 g sos tiram

    • 1.5 sudu besar gula

    • 1.5 cawan air

    • 35 g cili mata burung

    • 40 g bawang putih thai

    • 50 g daun basil pedas thai

    • 100 g minyak kacang soya

    • dada ayam (rendam dalam air garam selama 1 jam):

      10 ketul dada ayam

    • 100 g garam

    • 60 g gula

    • 1000 g air

    • 1000 g ais

    • untuk hiasan:

      beberapa helai daun basil pedas thai

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki