Bahan bahan

  • Hidangan untuk 4 orang
  • 1 ¼ cawan stok sayur

  • 3 sudu besar tepung jagung

  • 4 sudu besar kicap soya cair

  • ¾ cawan air

  • 350 g mee telur gumpal nipis

    (boleh diganti dengan ramen, udon ataupun bee hoon)

  • 1 sudu besar minyak bijan

  • 2 sudu besar minyak

  • 1 sudu besar halia diparut

  • 4 biji cendawan shiitake

    (dibasuh dan dihiris)

  • 2 ulas bawang putih

    (dicincang)

  • 450 g udang

    (dikupas kulit dan dicuci kotoran)

  • 200 g chye sim

    (daun & batang dipotong menjadi ketulan 2 inci) boleh diganti dengan tauge atau xiao bai cai

  • 1 sudu besar wain Shaoxing

  • 2 sudu besar minyak bijan

  • 1 sudu besar kicap soya pekat

  • ¼ sudu kecil lada hitam

  • 1 biji cili merah

    (dihiris nipis, untuk hiasan)

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Lo Mein Udang

{{totalReview}}
Resipi Lo Mein Udang ini paling sedap berbanding makanan lain yang dibungkus pulang! Jangan kelirukan lo mein dan chow mein kerana kami ingin kongsikan rahsia penyediaan lo mein sama seperti yang dihidangkan di restoran Cina. Jangan tunggu-tunggu lagi dan cuba resipi lo mein ini sekarang. Anda boleh bereksperimen dengan menggunakan daging ayam, lembu, makanan laut ataupun vegetarian. Tak kira apa yang dipilih, hidangan ini dijamin sedap.
  • Mudah
  • 20 min
  • 10 min
  • 10 min
  • 3 langkah-langkah
  • 17 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 3 langkah-langkah
  • 17 Bahan-bahan
  • 20 min
  • 10 min
  • 10 min

Resipi Lo Mein Udang Berkhasiat

Lo mein diterjemahkan kepada mee yang digaul. Maksudnya mee telur kuning dimasak berasingan dan kemudian digaul dalam kuali atau stok dengan bahan-bahan tumisan. Ramai yang keliru di antara chow mein dan lo mein. Chow mein memerlukan mee digoreng sehingga garing. Manakala lo mein tidak perlu digoreng untuk memasak selanjutnya.

Diperbuat dengan semua komponen yang diperlukan untuk hidangan lengkap berkhasiat, resipi Lo Mein Udang juga sesuai dinikmati oleh kanak-kanak. Hidangan Kantonis popular ini menggunakan udang iaitu protein yang mudah dimasak. Hanya perlu masak mee dan goreng secara pantas bersama bahan-bahan lain, dan anda dapat menyediakan hidangan berkhasiat untuk diri sendiri dan keluarga.

Kenapa anda perlu cuba resipi mee ini? Resipi Lo Mein Udang ini sangat lazat berbanding makanan di kedai, jadi cubalah resipi mudah ini. Panaskan wok dan mula masak Lo Mein Udang yang enak.

Soalan Sering Ditanya Tentang Memasak Lo Mein Udang

Saya ada alergi dengan makanan laut. Bolehkah udang digantikan?

Anda boleh gantikan udang dengan ayam, lembu, makanan laut atau boleh jadikan vegetarian dengan menggunakan lebih banyak sayur-sayuran.

Saya tidak mempunyai Lo Mein, bolehkah mee jenis lain digunakan?

Kebanyakan jenis pasta yang senipis lo mein boleh dipadankan dengan sos dan bahan-bahan lain dalam hidangan ini. Cuba pasta rambut bidadari atau spageti. Fettuccine atau linguine juga boleh diguna tetapi pastikan ia dimasak al dente dan sos meyalut mee dengan rapi. Secara alternatif, anda boleh gunakan mee kegemaran Asia iaitu ramen.

Apa sayur yang boleh ditambah dalam hidangan ini?

Selain sawi chye sim, seperti yang disebut dalam senarai bahan-bahan, xiao bai cai, cai xin dan tauge boleh digunakan. Sayur yang mempunyai tekstur rangup semula jadi seperti lobak, hirisan lada benggala, kacang pea atau sengkuang cina juga boleh dimasukkan.

Bagaimana cara untuk tambahkan perisa hidangan ini?

Jika anda mahu tambahkan lebih banyak perisa, cuba ubah suai bahan-bahan dalam sos lo mein. Tambah stok ayam berbanding stok sayuran. Anda juga boleh tambah sos tiram atau gula perang gelap untuk rasa manis atau sos ikan untuk rasa masin dan berlemak.

Tip & Petua untuk Menyediakan Lo Mein Udang

  1. Sediakan bahan-bahan secara awal: Mudahkan perancangan makan malam dengan menyediakan bahan-bahan seperti cendawan, halia, dan bawang putih pada malam sebelumnya. Simpan semua bahan dalam peti sejuk. Bila sudah sedia, panaskan kuali dan mula memasak. Memandangkan gorengan adalah cara paling mudah dan ringkas untuk menyediakan hidangan, gunakan baki makanan dan campurkan dalam masakan anda.
  2. Pastikan semua bahan berada pada suhu bilik: Untuk bahan-bahan yang disejuk beku, seperti udang, seeloknya biarkan ia turun menjadi suhu bilik. Ini mengelakkan bahan-bahan terlebih masak dan menjadikan ia lembik dan hancur. Kaedah ini juga boleh diguna untuk bahan-bahan yang disediakan awal dan disimpan dalam peti sejuk.
  3. Sediakan mee betul-betul sebelum memasak: Pastikan anda masak mee hanya pada saat-saat alih bila ia perlu digaul dan dihidang. Ini untuk memastikan mee tidak menjadi kering dan saling melekat, sekaligus memudahkan proses memasak.Sediakan mee betul-betul sebelum memasak: Pastikan anda masak mee hanya pada saat-saat alih bila ia perlu digaul dan dihidang. Ini untuk memastikan mee tidak menjadi kering dan saling melekat, sekaligus memudahkan proses memasak.

 

Cara membuat

  1. Sediakan sos

    • Campurkan stok, air, tepung jagung dan kicap soya.

    • Gaul sebati dan ketepikan.

    Sediakan sos


  2. Rebus mee

     

    • Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan mee dan masak selama 3 minit sehingga al dente.

    • Tapis dan lalukan di bawah air paip.

    • Tambah minyak bijan untuk mengelakkan mee melekat.

     

    Rebus mee


  3. Gaulkan mee dengan bahan-bahan

    • Panaskan minyak dalam kuali dengan api tinggi.

    • Masukkan halia, cendawan, bawang putih, dan gaul selama beberapa saat.

    • Masukkan udang dan kacau selama kurang dari 1 minit.

    • Masukkan daun chye sim dan gaul selama 1 minit.

    • Bila udang mula bertukar warna merah jambu, masukkan wain Shaoxing.

    • Tuangkan sos dan biarkan mendidih; proses ini mengambil masa 1-2 minit.

    • Cepat-cepat masukkan mee yang dimasak dan perisakan dengan minyak bijan dan kicap soya pekat.

    • Gaul sebati selama 1 minit dan pastikan mee disalut rapi dengan sos.

    • Tambah lada hitam secukup rasa.

    Gaulkan mee dengan bahan-bahan


Hias dan Sajikan!

Pindahkan ke dalam mangkuk hidangan, hiaskan dengan hirisan cili dan hidang serta-merta.

Hias dan Sajikan!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 4 orang
    • 1 ¼ cawan stok sayur

    • 3 sudu besar tepung jagung

    • 4 sudu besar kicap soya cair

    • ¾ cawan air

    • 350 g mee telur gumpal nipis

      (boleh diganti dengan ramen, udon ataupun bee hoon)

    • 1 sudu besar minyak bijan

    • 2 sudu besar minyak

    • 1 sudu besar halia diparut

    • 4 biji cendawan shiitake

      (dibasuh dan dihiris)

    • 2 ulas bawang putih

      (dicincang)

    • 450 g udang

      (dikupas kulit dan dicuci kotoran)

    • 200 g chye sim

      (daun & batang dipotong menjadi ketulan 2 inci) boleh diganti dengan tauge atau xiao bai cai

    • 1 sudu besar wain Shaoxing

    • 2 sudu besar minyak bijan

    • 1 sudu besar kicap soya pekat

    • ¼ sudu kecil lada hitam

    • 1 biji cili merah

      (dihiris nipis, untuk hiasan)

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki