Resipi Makanan Malaysia

Jika anda tanya apa perkara yang terkenal di Malaysia, sudah pasti ianya budaya kulinara yang pelbagai dan meriah. Malaysia adalah syurga makanan dengan beratus restoran, kedai kopi dan pusat penjaja untuk pengunjung  yang lapar untuk memenuhi selera makan mereka.

Masakan Malaysia menggabungkan aspek budaya masakan dari India, China, Indonesia, Timur Tengah dan banyak lagi negara di seluruh dunia. 

Anda penggemar hidangan dan pencuci mulut Malaysia? Asian Food Network memberikan resipi yang mudah dan ringkas dibuat, sambil mengekalkan keaslian. Resipi kami disumbang oleh penggemar makanan di Malaysia, termasuk di seluruh Asia, dan digunakan oleh komuniti pencinta makanan kami. Arahan langkah demi langkah, gambar dan video memudahkan resipi diikuti tidak kira di mana anda berada. Maklumat diet utama dinyatakan, jadi anda boleh jimatkan masa penyediaan dan lebih banyak masa dikongsikan menikmati masakan Malaysia yang autentik, mudah dan ringkas disediakan bersama insan tersayang. Anda dah makan?

 

5 Bahan-bahan Popular yang Digunakan dalam Masakan Malaysia

Satu perkara yang terkenal dalam masakan Malaysia adalah rasa yang kuat dan kaya dengan rempah ratus. Jika anda gemarkan masakan Malaysia, pastikan stok pantri penuh dengan bahan-bahan berikut sebelum mencuba resipi-resipi ini.

1. Kelapa

Bahan serba boleh ini boleh ditemui di dalam banyak hidangan Malaysia, dari pencuci mulut hingga ke hidangan utama. Santan kelapa diguna untuk memberikan lebih perisa pada sesuatu hidangan dan juga untuk memekatkan kuah. Anda boleh rasa santan kelapa dalam hidangan seperti Rendang Udang dan Kari Ayam Kapitan. Hidangan lain seperti Nasi Lemak dan Kuih Bahulu juga menggunakan minyak kelapa untuk tujuan gris dan untuk memberikan sedikit perisa kelapa tanpa menjadi terlalu kuat.

2. Cili

Sangat diperlukan di dapur orang Malaysia, anda boleh rasa cili dalam 80% resipi Malaysia seperti Ayam Masak Merah dan Laksa Johor. Cili boleh dicincang dan ditambah ke dalam perencah atau dikisar menjadi pes (atau sambal) untuk menambah perisa dalam hidangan.

Jika anda bukan seorang penggemar makanan pedas, anda masih boleh nikmati cili jenis besar atau cili hijau untuk dapatkan rasa manis dan pedas sedang-sedang dan elakkan cili mata burung.

3. Nasi

Makanan ruji yang paling penting di Malaysia, nasi boleh dinikmati untuk sepanjang hari (termasuk sarapan pagi).

Beras Jasmine putih yang dikukus boleh dihidang dengan sayur-sayuran, daging dan kuah. Nasi yang disimpan semalaman juga boleh digoreng bersama bahan-bahan lain untuk buat nasi goreng.

4. Kicap Manis

Kicap soya manis bagaikan sirap ini dibuat dengan memekatkan kicap soya pekat menggunakan daun bay, lengkuas, bawang putih dan gula untuk mendapatkan rasa manis dan masin yang seimbang. Kicap manis juga boleh digunakan sebagai sos pencicah atau perapan, dan memberikan warna perang hitam dalam hidangan.

5. Serai

Serai yang juga disebut “lemongrass” dalam Bahasa Inggeris, boleh ditemui dalam banyak hidangan di seluruh Asia. Ia boleh ditambah atau dikeluarkan daripada masakan sebelum dihidang untuk memberikan rasa sitrus segar, tetapi tidak terlalu berasid.

2 Resipi Hidangan Malaysia untuk Dicuba

Masakan Malaysia mungkin nampak mencabar bila dilihat jumlah bahan-bahan diguna dan proses penyediaan yang terlibat. Kami pilih 2 resipi untuk chef di rumah yang mahu meneroka masakan Malaysia.

1. Karipap Malaysia

Ringkas, tetapi sangat memuaskan. Karipap adalah senek yang popular di Asia Tenggara. Karipap Malaysia enak dinikmati bersama segelas kopi ais. Terbaik untuk sarapan pagi!

Hidangan ini sangat mudah untuk disediakan oleh sesiapa yang baru belajar memasak. Anda boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam peti sejuk beku untuk dimakan pada bila-bila masa.

2. Mee Wantan

Satu lagi hidangan popular Asia Tenggara, mee wantan Malaysia sangat terkenal dengan char siu yang manis dan berperisa dan juga mee kenyal. Anda boleh nikmatinya di restoran mewah dan juga di kedai kopi!

Ada beberapa komponen penting dalam hidangan ini: char siu daging babi, wantan, cendawan hitam dan mee. Hidangan ini sesuai untuk chef di rumah yang mahukan cabaran!

Pesta Makanan Malaysia di Rumah Anda

Selain daripada melancong ke Malaysia, apa kata anda cuba masak sendiri di dapur untuk menikmati budaya dan warisan negara Malaysia.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

Baca Polisi Kuki