Bahan-Bahan

  • Hidangan untuk 2 orang
  • 2 ketul peha ayam (dibuang kulit dan dipotong)

  • 4 cendawan shiitake kering (rendam dalam air panas sehingga lembut, dikerinhkan dan dipotong)

  • 1 biji bawang merah (dihiris)

  • 2 ulas bawang putih (dipotong)

  • 1 cm halia (dipotong)

  • ¼ cawan udang kering (rendam dalam air panas sehingga lembut, ditapis)

  • 2 cawan beras (rendam dalam air semalam 30 minit, ditapis)

  • 1 sudu besar minyak minyak

  • 2 sudu besar sos kicap cair

  • 2 sudu besar sos kicap pekat

  • 2 ½ cawan air

  • 1 daun bawang (dihiris)

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Nasi Ayam Claypot

{{totalReview}}
Keharuman nasi yang dimasak menggunakan periuk belanga bersama cendawan dan ayam empuk berjus. Hidangan ini pasti memberikan rasa asap yang digemari ramai!
  • Sederhana
  • 35 min
  • 30 min
  • 20 min
  • 3 langkah-langkah
  • 13 Bahan-bahan
  • Sederhana
  • 3 langkah-langkah
  • 13 Bahan-bahan
  • 35 min
  • 30 min
  • 20 min

Nasi Ayam Claypot

Tradisi Masakan Zaman Dahulu dengan Campuran Citarasa yang Harmoni

Di negeri-negeri selatan India seperti Kerala, Andra Pradesh dan Tamil Nadu, tradisi memasak menggunakan periuk belanga, yang dikenali sebagai chatti, selalu digunakan untuk menghasilkan hidangan seperti kari ayam dan masala matar paneer. Periuk ini juga dikenali sebagai sha guo di China dan digunakan untuk hot pot dan stimbot. Di Korea pula, belanga ini dipanggil dengan nama ddukbaegi dan digunakan untuk menyajikan sup di variasi restoran Korea. Dikenali sebagai palayok di Filipina, periuk belanga ini digunakan untuk memasak pelbagai jenis protein dan sayuran. 

Apa yang membuat periuk belanga ini mengagumkan adalah ia dapat mengekalkan kelembapan di dalam hidangan walaupun terdedah kepada suhu tinggi ketika masak. Dinding pada belanga itu mampu menyerap cecair untuk mengelakkan daripada terbakar atau juga menjadi kering sepenuhnya. Ia akan mengelilingi hidangan dengan stim untuk memberikan letusan rasa asap dan savori. 

Periuk belanga boleh digunakan di atas dapur, ketuhar dan juga dapur arang. 

Memasak menggunakan periuk belanga selalunya hanya memerlukan sedikit atau tiada langsung minyak! Oleh itu, hidangan yang dimasak menggunakan belanga mempunyai kandungan lemak yang rendah berbanding cara masakan lain.

Sajian periuk belanga yang terkenal sudah tentu Nasi Ayam Claypot. Selalunya dihidangkan sebagai makan malam di Asia Tenggara (terutamanya Malaysia dan Singapura), hidangan ini dilengkapi dengan nasi wangi yang dimasak sempurna di dalam periuk belanga bersama cendawan dan ayam empuk berjus. Sajian ini memberikan rasa asap yang tersendiri yang digemari ramai!

Secara tradisionalnya, Nasi Ayam Claypot dimasak di atas dapur arang. Tetapi, ia juga boleh dilakukan menggunakan mesin gelombang mikro juga. Ia menggunakan sepenuhnya teknik masakan perlahan sehingga 30 minit, bergantung kepada bahan-bahan yang digunakan. 

Sajian ini mampu dijadikan hidangan yang lengkap untuk satu keluarga. Ia juga boleh dihidangkan ketika parti makan malam bersama hidangan sampingan lain.

Soalan-Soalan Yang Sering Diajukan Mengenai Nasi Ayam Claypot

Bolehkah saya masak menggunakan periuk nasi?

Sudah tentu, anda boleh masak menggunakan periuk nasi jika anda tidak mempunyai belanga. 

Walau bagaimanapun, memasak menggunakan kaserol atau periuk biasa tidak akan memberikan rasa asap atau kelembapan seperti periuk belanga. Periuk  belanga cukup unik kerana ia dihasilkan daripada tembikar yang disadur atau tidak. 

Adakah saya perlu memasak nasi terlebih dahulu? 

Tidak, anda tidak perlu masak terlebih dahulu. Nasi akan dimasak bersama ayam dan bahan-bahan lain di dalam periuk belanga. 

Tetapi, anda perlu merendam beras selama 30 minit dan tapis sebelum memasukkan ke dalam belanga. 

Apakah perbezaan nasi yang dimasak menggunakan peruk nasi dan periuk belanga?

Dari segi rasa, nasi periuk belanga mempunyai kesan rasa asap. Nasi biasa juga akan lebih gebu daripada nasi belanga.

Bolehkah saya menggunakan beras perang?

Beras perang pastinya lebih berkhasiat daripada beras biasa, tetapi ia tidak dapat menyerap rasa daripada daging dan sos sebaik seperti nasi biasa. 

Tetapi jika anda mahukan lebih karbohidrat yang lebih kompleks di dalam diet anda, beras perang adalah alternatif yang bagus. Hanya tambahkan lebih perasa untuk rasa yang lebih kuat. 

Adakah Nasi Ayam Claypot mudah untuk disediakan?

Hidangan ini sesuai buat yang baru mahu mencuba. Ia tidak memerlukan banyak teknik kulinari yang kompleks. Anda hanya perlu berhati-hati dalam mengawal api untuk memastikan bahan-bahan tidak hangit. 

Bagaimana saya boleh memastikan hidangan sudah dimasak?

Ada beberapa cara untuk memeriksa hidangan anda:

  • Cecair akan meresap sepenuhnya bila selesai memasak

  • Isi ayam sepatutnya berwarna putih bila dipotong

  • Cendawan shiitake sepatutnya menjadi lembut

Tip Untuk Memasak Nasi Ayam Claypot Yang Sempurna

  1. Biarkan bahan-bahan mereneh lebih lama sedikit: untuk nasi yang lebih rangup dan char (terbakar). 
  2. Masak dengan api sederhana hingga rendah: untuk mengelakkan bahan-bahan daripada hangit. Masak dengan suhu rendah juga dapat mengelakkan nasi daripada melekat pada bahagian bawah.
  3. Perap ayam untuk sekurang-kurangnya 10 minit (atau lebih): lebih lama ayam diperap, lebih berperisa bila dimasak nanti.
  4. Rancang awal: malangnya, hidangan ini memerlukan masa masakan minimum selama 15-30 minit. Oleh itu, pastikan anda melakukan persiapan awal jika anda mahu menghidangnya. 
  5. Kurangkan sos kicap pekat: jika anda jenis yang mengawal pengambilan gula, anda boleh mengurangkan kuantiti sos kicap pekat. Ataupun, anda boleh tidak menggunakannya langsung dan ubah perisa secukup rasa. 
  6. Basuh udang kering dan rendam: ia dapat membantu membuang kotoran dan melembutkan.
  7. Gunakan dada ayam: jika anda mengamalkan diet rendah lemak, anda boleh menggunakan dada ayam kerana ia mempunyai kandungan protein lebih tinggi dan kurang lemak. 
  8. Rendam periuk belanga di dalam air selama 15 minit hingga 2 jam: ia akan memberikan air kepada bahagian dalam belanga, membolehkan makanan untuk mengeluarkan stim dan mengelakkan daripada kering.

Cara Penyediaan

  1. Perap ayam

    • Dalam mangkuk, gaulkan ayam bersama bawang putih, 2 sudu besar sos kicap cair dan 1 sudu besar sos tiram sehingga sekata.
    • Biarkan ia memerap sekurang-kurangnya 10 minit.


  2. Tambah bawang merah, udang kering, cendawan, air dan minyak bijan

    • Dalam periuk belanga dengan api sederhana-tinggi, letak bawang merah, udang kering, potongan cendawan shiitake, 2 ½ cawan air dan biarkan mendidih.

    Jika anda tidak mempunyai periuk belanga, anda juga boleh menggunakan resipi ini dengan periuk nasi.

    Tambah bawang merah, udang kering, cendawan, air dan minyak bijan


  3. Tambah beras dan ayam ke dalam belanga

    • Bila sudah mendidih, tambahkan beras dan biarkan masak, ditutup, selama 8 minit
    • Selepas 8 minit, letakkan ayam yang telah diperap
    • Tutup dan biarkan ia mereneh dengan api sederhana-rendah selama 10 hingga 15 minit, sehingga ayam itu masak sepenuhnya


Saji dan Hidang!

Alihkan periuk daripada dapur. Taburkan 2 sudu besar sos kicap soya pekat dan 1 sudu besar minyak bijan. Hiaskan bersama daun bawang dan hidang ketika panas.

Saji dan Hidang!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 2 orang
    • 2 ketul peha ayam (dibuang kulit dan dipotong)

    • 4 cendawan shiitake kering (rendam dalam air panas sehingga lembut, dikerinhkan dan dipotong)

    • 1 biji bawang merah (dihiris)

    • 2 ulas bawang putih (dipotong)

    • 1 cm halia (dipotong)

    • ¼ cawan udang kering (rendam dalam air panas sehingga lembut, ditapis)

    • 2 cawan beras (rendam dalam air semalam 30 minit, ditapis)

    • 1 sudu besar minyak minyak

    • 2 sudu besar sos kicap cair

    • 2 sudu besar sos kicap pekat

    • 2 ½ cawan air

    • 1 daun bawang (dihiris)

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki