Bahan-bahan:

  • Hidangan untuk 3-4 orang
  • 1 ekor ikan kuning (boleh digantikan dengan ikan siakap)

  • 400 g beras jasmine

  • 6 g lengkuas (dihiris)

  • 6 g halia (dihiris)

  • 10 biji cili kering (direndam dalam air panas sehingga lembut)

  • 7 biji bawang merah (dihiris)

  • 4 ulas bawang putih

  • 4 biji buah keras

  • 3 batang serai (1 diketuk & 2 dihiris)

  • 40 g bunga kantan (diracik helai)

  • 4 helai daun limau purut

  • 2 sudu besar bunga telang (direndam selama 5 minit di dalam 4 sudu besar air panas)

  • 15 helai daun laksa (dipotong)

  • 1 sudu besar udang kering (direndam dalam air panas selama 5 minit dan ditapis)

  • 1 sudu besar kelapa parut (dibakar)

  • 40 g belacan

  • 40 g tauge (dicelur)

  • 1 biji telur asin (boleh diganti dengan telur goreng, telur mata kerbau)

  • 12 keping keropok udang

  • 3 sudu besar gula putih

  • 1 sudu besar garam

  • 800 ml air

  • minyak sayuran

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Nasi Kerabu

{{totalReview}}
Nasi Kerabu (walaupun sungguh enak) tidak sepopular sepupunya Nasi Lemak, ia adalah hidangan hebat di mana bintangnya adalah … nasi! Dihidang dengan warna biru yang menyala dari air bunga telang dan diiringi dengan herba Asia Tenggara, nasinya diiringi dengan salad bunga kantan, telur asin, kepingan ikan dan keropok udang! Fakta menarik - tahukah anda Nasi Kerabu datang dengan pelbagai warna? Jika biru bukan warna kesukaan dan anda boleh cuba warna kuning (dari kunyit atau cekur) atau kelabu (dari daun mengkudu).
  • Sukar
  • 40 min
  • 30 min
  • 15 min
  • 6 langkah-langkah
  • 23 Bahan-bahan
  • Sukar
  • 6 langkah-langkah
  • 23 Bahan-bahan
  • 40 min
  • 30 min
  • 15 min

Cara Penyediaan

  1. Masak nasi dan buat salad bunga kantan

    • Di dalam periuk nasi, tuangkan beras jasmine, daun limau purut, hirisan lengkuas, hirisan halia, 1 batang serai yang diketuk 800 ml air dan 2 sudu besar air bunga telang.
    • Jika anda tiada bunga telang atau tidak mahu menggunakan pewarna biru, anda boleh abaikannya.
    • Biar ia masak seperti tata cara masakkan periuk nasi electric.
    • Hiris halus 3 bawang merah, bunga kantan dan daun laksa. Letakkan ke dalam mangkuk kecil and tapis. Biarkan semantara

    |Nasi boleh dimasak dengan beras putih biasa atau beras dimasak bersama kunyit. Tidak semestinya menggunakan cili kering untuk sambal



  2. Sediakan dan goreng rempah (pes pedas)

    • Di dalam pengisar, kisar cili kering, 4 biji bawang merah, bawang putih, buah keras, 2 batang serai, belacan, 3 sudu besar gula putih dan 1 sudu besar garam sehingga halus.
    • Jika campuran terlalu kering, anda boleh menggunakan minyak sayuran untuk membantu mencapai kehalusan yang dimahukan. Dalam kuali, goreng pes yang dikisar selama 10 minit sehingga keperangan dan wangi. Biarkan sebentar.
    Sediakan dan goreng rempah (pes pedas)


  3. Rebus dan carik isi ikan

    • Di dalam periuk didih air panas, rebus ikan kuning selama 5 minit. Alihkan ikan dari periuk dan biarkan air terus  mendidih.
    • Di atas permukaan bersih, gunakan 2 garpu dan asingkan isi ikan dari tulang. Biarkan sebentar. 
    • Gantikan kepingan ikan dengan kepak ayam goreng.
    Rebus dan carik isi ikan


  4. Rebus telur asin dan goreng celur keropok udang

    • Di dalam air mendidih yang sama, rebus telur asin selama 12 minit. Alihkan dari periuk dan biarkan sementara.
    • Di dalam periuk berlainan, panaskan minyak sayuran secukupnya untuk goreng celur. Setelah minyak panas, goreng celur keporok udang selama 10 ke 15 minit atau sehingga ia timbul dan kembang
    • Alihkan dari kuali dan tapis di atas pinggan yang dilapik tuala kertas. Ketepikan.


  5. Goreng kering dan tumbuk udang kering dan kelapa parut kering

    • Dalam kuali berasingan dengan api sederhana, goreng kering udang kering selama 2 ke 4 minit sehingga keperangan. Dalam kuali berasingan goreng kering kelapa parut kering selama 2 ke 4 minit sehingga ke keperangan.
    • Dengan lesung batu, tumbuk udang kering dan kelapa parut kering sehingga separa lumat. Ketepikan.


  6. Campurkan nasi dengan air bunga telang

    • Kiraikan nasi dan campurkan air bunga telang
    Campurkan nasi dengan air bunga telang


Saji dan Hidang!

Senduk kuah kari ke dalam mangkuk hidangan dan masukkan ikan perlahan-lahan di atas kuah kari. Mampatkan nasi biru ke dalam mangkuk nasi dan ditelangkupkan di atas pinggan hidangan untuk membentuk bulat. Letakkan kepingan ikan, keropok ikan, tauge celur, separuh telur asin dan salad bunga kantan sekitar nasi. Taburkan 1 sudu besar pes rempah di atas nasi. Hidang ketika panas.

Saji dan Hidang!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 3-4 orang
    • 1 ekor ikan kuning (boleh digantikan dengan ikan siakap)

    • 400 g beras jasmine

    • 6 g lengkuas (dihiris)

    • 6 g halia (dihiris)

    • 10 biji cili kering (direndam dalam air panas sehingga lembut)

    • 7 biji bawang merah (dihiris)

    • 4 ulas bawang putih

    • 4 biji buah keras

    • 3 batang serai (1 diketuk & 2 dihiris)

    • 40 g bunga kantan (diracik helai)

    • 4 helai daun limau purut

    • 2 sudu besar bunga telang (direndam selama 5 minit di dalam 4 sudu besar air panas)

    • 15 helai daun laksa (dipotong)

    • 1 sudu besar udang kering (direndam dalam air panas selama 5 minit dan ditapis)

    • 1 sudu besar kelapa parut (dibakar)

    • 40 g belacan

    • 40 g tauge (dicelur)

    • 1 biji telur asin (boleh diganti dengan telur goreng, telur mata kerbau)

    • 12 keping keropok udang

    • 3 sudu besar gula putih

    • 1 sudu besar garam

    • 800 ml air

    • minyak sayuran

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki