Bahan-bahan

  • 40 biji bebola
  • 700 g daging babi cincang berlemak

  • ½ cawan bawang merah(dicincang halus)

  • 3 sudu besar bawang putih (dicincang)

  • 4 sudu kecil gula

  • 3 sudu besar sos ikan

  • 1 ¼ sudu teh serbuk lada hitam

  • 5 sudu besar beras pulut bijirin pendek

  • 2 sudu kecil sos cili bawang putih

  • minyak

  • lidi buluh

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Nem Nuong (Bebola Daging Babi Vietnam)

{{totalReview}}
Lupakan daging rusuk sticky atau sosej berkeju kerana kami ada menu BBQ terbaru - Nem Nuong, atau Bebola Daging Babi BBQ Vietnam! Hidangan yang sangat terkenal di Asia Tenggara, Nem Nuong boleh ditemui di bahagian makanan beku di kebanyakan pasar raya Asia, tetapi kami syorkan untuk anda buat sendiri di rumah - sangat ringkas, mudah dan seronok disediakan oleh seluruh isi keluarga! Nikmatinya sebagai snek, atau sebagai hidangan lengkap bila dibalut dengan kulit popia beras, dihidang dengan mee ataupun dijadikan sandwic.
  • Sederhana
  • 45 min
  • 30 min
  • 15 min
  • 3 langkah-langkah
  • 10 Bahan-bahan
  • Sederhana
  • 3 langkah-langkah
  • 10 Bahan-bahan
  • 45 min
  • 30 min
  • 15 min

Bebola Daging Babi Vietnam yang Enak & Berjus

Nem bermaksud “daging babi cincang”, manakala Nuong bermaksud “dipanggang”. Secara ringkasnya, hidangan dari Vietnam ini dibuat dengan daging babi, dicucuk dengan lidi, dan dipanggang. Sebelum dipanggang, daging biasanya diperap dengan campuran yang terdiri daripada bawang putih, sos ikan dan gula. Meniru kemudahan dan keenakan makanan jejari seperti sosej koktel dan bebola ikan, bebola daging babi Vietnam ini pasti memikat semua orang baik yang muda dan yang tua. Dengan saiz mudah dikunyah, hidangan ini boleh dinikmati pada bila-bila masa. Daging babi yang dikisar sangat empuk digigit, manakala kandungan gulanya memberikan rasa karamel yang enak.

Untuk mengekalkan bebola daging sentiasa berjus dan empuk, kandungan lemak dalam daging yang tinggi digunakan. Dengan campuran daging yang terdiri daripada 20 peratus daging berlemak, Nem Nuong tidak pernah gagal memberikan kelazatan. Bagi mereka yang mahukan versi lebih berkhasiat, jangan bimbang! Daging yang kurang lemak boleh digunakan. Bila daging kurang lemak diguna dalam resipi ini, disyorkan untuk mengguna daging dari potongan bahagian berbeza bagi mengelakkan bebola menjadi kering. Contohnya boleh campurkan sedikit beberapa keping daging bakon yang memberikan kandungan lemak tidak terlalu tinggi.

Apa yang sangat  istimewa tentang kaedah memasak bebola daging babi ini? Jawapannya adalah bebola daging babi ini dipanggang, sekaligus menyerlahkan keistimewaannya. Berbanding kaedah memasak lain seperti menggoreng, memanggang adalah kaedah yang lebih berkhasiat kerana melalui memanggang, minyak kurang digunakan. Tetapi bagaimana kandungan lemak yang ada di dalam daging babi? Lemak-lemak semula jadi tersebut kebanyakannya akan cair bila dipanggang. Tambahan lagi, api tinggi yang digunakan menyingkatkan lagi masa memasak. Masa yang singkat juga bermakna perasa yang dihasilkan oleh bahan perapan akan kekal terperangkap di dalam lapisan bebola sambil nutrien di dalam bahan-bahan segar juga terpelihara. Hasilnya, anda dapat menikmati kebaikan semua bahan-bahan yang digunakan.

Oleh itu, daripada memilih untuk makan pembuka selera siap dibuat, dipenuhi pengawet yang memenuhi rak dan peti sejuk di pasar raya, apa kata anda cuba resipi Nem Nuong yang mudah diikut ini. Cukup untuk menghasilkan 40 biji bebola daging yang kenyal dan empuk untuk seisi keluarga!

Soalan Sering Ditanya tentang Nem Nuong

1. Adakah memanggang satu-satunya kaedah memasak?

Semestinya tidak! Walaupun secara tradisionalnya dipanggang, anda boleh gunakan kaedah goreng celur atau goreng kering untuk mendapatkan warna karamel perang keemasan pada setiap bebola. Kaedah membakar juga boleh memberi warna perang keemasan menawan yang sama. Kelebihan memanggang adalah kesan sedikit hangus pada Nem Nuang dengan rasa salai yang ketara.

2. Apa yang boleh dihidangkan dengan bebola daging?

Bebola daging boleh dimakan begitu saja atau dihidangkan dengan sumber karbohidrat. Pertama sekali, anda boleh hidangkan dengan kulit popia beras. Balut bebola daging dengan sayur-sayuran dan vermiseli sambil dicicah dengan sos kacang. Anda boleh aturkan bahan-bahan dan ajak bersama ahli keluarga dan rakan-rakan untuk cipta sendiri popia bebola.

Alternatif kedua adalah menghidang bebola daging dalam mangkuk yang diisi dengan sayur-sayuran dan beeh hoon. Dengan mudahnya dapat menghasilkan hidangan yang seimbang dan berkhasiat untuk semua.

3. Bebola daging hancur ketika dipanggang. Apa yang boleh saya lakukan?

Cuba untuk kukus daging beberapa minit sebelum dipanggang. Ini membolehkan bebola daging mengekalkan bentuknya.

Tip & Petua untuk Menyediakan Nem Nuong

1. Perap daging semalaman: Bila daging diperap semalaman, setiap bahan perapan akan meresap masuk ke dalam segenap inci daging, membuatkan setiap gigitan dipenuhi rasa yang lazat. Kunci yang menyatukan keseluruhan hidangan ini.

2. Saiz dan bentuk berlainan: Menggulung daging menjadi bebola adalah mudah. Tetapi, jika anda mahu menjadi kreatif, gulungkan menjadi bentuk sosej atau apa saja rupa yang anda inginkan.

3. Buat sos pencicah: Ada dua  sos popular yang boleh dibuat untuk mencicah bebola daging. Sos Nuoc Cham adalah sos tradisional bila bebola daging dibalut dalam kulit popia beras. Sos ini dibuat dengan menumbuk beberapa ulas bawang putih, cili dan gula. Perahkan sedikit jus limau, cuka, sos ikan dan air, maka terhasillah satu sos pencicah yang ringkas dan mudah disediakan.

Resipi: Cara-cara Membuat Bebola Babi yang Menyelerakan

Cara Penyediaan

  1. Perap daging

    • Gabungkan daging babi, bawang merah, bawang putih, gula, sos ikan, lada hitam dan sos cili dalam satu mangkuk. Gaul sebati, tutup mangkuk dengan filem lekap dan dingingkan dalam peti sejuk semalaman atau paling kurang 1 jam. Pindahkan ke peti sejuk beku selama 30 minit atau sehingga campuran menjadi separa beku.


  2. Kisar beras pulut

    • Letak beras dalam kuali kecil dan panaskan dengan api sederhana rendah, kacau tanpa henti sehingga beras dibakar, berwarna keperangan dan berbau wangi. Pindahkan ke dalam pinggan dan biarkan sejuk. Kemudian masukkan beras dalam pengisar biji kopi dan kisar menjadi serbuk halus. Ambil 3 sudu besar serbuk beras dan ketepikan. Simpan baki serbuk untuk kegunaan lain and buangkan.
    Kisar beras pulut


  3. Proses daging dan sediakan bebola daging

    • Pindahkan campuran daging separa beku ke dalam pemproses makanan dan proses sehingga menjadi pes yang lembut tetapi sedikit pejal. Tambah serbuk beras bakar dan proses beberapa kali untuk menggabungkan kedua-dua bahan. Jangan proses terlalu berlebihan kerana campuran akan menjadi melekit.

    • Pindahkan campuran daging ke dalam mangkuk kecil. Lap tangan dengan sedikit minyak dan bahagikan campuran daging kepada 1 ½ sudu besar yang digulung menjadi bebola. Sapukan tangan minyak lagi jika perlu. Cucukkan bebola daging dengan lidi buluh seberapa banyak yang boleh.

    Proses daging dan sediakan bebola daging


  4. Panggang bebola daging

    • Panaskan pemanggang dengan api sederhana rendah.

    • Sapukan sedikit minyak pada pemanggang dan panggang bebola daging. Pusingkan sekali-sekala sehingga masak sepenuhnya, dalam masa 20-30 minit.



Saji dan Hidang!

Hidangkan panas-panas atau pada suhu bilik.

Saji dan Hidang!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • 40 biji bebola
    • 700 g daging babi cincang berlemak

    • ½ cawan bawang merah(dicincang halus)

    • 3 sudu besar bawang putih (dicincang)

    • 4 sudu kecil gula

    • 3 sudu besar sos ikan

    • 1 ¼ sudu teh serbuk lada hitam

    • 5 sudu besar beras pulut bijirin pendek

    • 2 sudu kecil sos cili bawang putih

    • minyak

    • lidi buluh

    Pemakanan

    Saiz Hidangan: grams

    Hidangan Untuk Setiap Resipi: 5

    Chicken is tasty
    Snort turmeric
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki