Bahan-bahan

  • Hidangan untuk 4-6 orang
  • 500 g betis daging lembu

  • 500 g tendon daging lembu

  • 250 g kacang panjang(dihiris memanjang 2 inci)

  • 150 g kubis bulat(dipotong kasar)

  • 1 biji bawang besar(dipotong dadu)

  • 1 biji kentang(dikupas dan dipotong dadu)

  • 4 sudu besar sos ikan

  • 1 sudu besar biji lada hitam

  • 3 L air

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Nilagang Baka (Sup Daging Filipina)

{{totalReview}}
Disaluti biji lada hitam dan dimasak perlahan dengan bawang besar berperisa manis semula jadi, adunan tendon dan betis daging lembu ini sarat dengan perisa dan isi daging empuk untuk setiap gigitan. Makan untuk rasa selesa, seperti yang dilakukan orang Filipina.
  • Mudah
  • 5 min
  • 40 min
  • 10 min
  • 2 langkah-langkah
  • 9 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 2 langkah-langkah
  • 9 Bahan-bahan
  • 5 min
  • 40 min
  • 10 min

Daging Nilagang

 

Nilagang Beef

Nilagang Baka adalah hidangan popular Filipina. Nilaga bermaksud direbus, dan hidangan sup Filipina ini mengandungi daging bets dan tendon lembu empuk, membuatkan ia satu makanan paling menyelesakan. Daging yang dimasak sehingga empuk, hidangan ini dimasak bersama kentang dan sayur-sayuran - satu hidangan berkhasiat, berperisa dan memuaskan.

 

Nilagang Baka adalah hidangan yang mudah dimasak hanya dengan satu periuk dan dua langkah. Tetapi, seperti kebanyakan stew dan sup, proses masakannya memerlukan kesabaran kerana hidangan ini mengambil masa selama satu jam untuk dimasak. Walaupun lama, langkah ini sangat penting kerana bukan sahaja ia membuatkan daging menjadi empuk, tetapi mengeluarkan juga semua perisa daripada bahan-bahan. Semua perisa bergabung menghasil sup yang enak untuk dihirup.

 

Sesuai dinikmati pada hari hujan, orang Filipina biasanya menikmati hidangan ini sepanjang masa kerana sup ini agak menyegarkan. Daging betis dan tendon lembu yang kaya dengan kolagen digunakan dalam resipi daging Nilagang ini, kerana potongan liat akan menjadi lebih empuk dan lazat dengan tempoh masakan yang lama. Disaluti biji lada hitam dan dimasak perlahan dengan bawang besar berperisa manis semula jadi, adunan tendon dan betis daging lembu ini sarat dengan perisa dan isi daging empuk semakin empuk dengan setiap gigitan. Enak dinikmati bersama nasi kukus, cuba sediakan hidangan ini dan makan untuk rasa selesa, seperti yang dilakukan orang Filipina.

Soalan Sering Ditanya tentang Cara-cara Memasak Nilagang Baka

1. Bolehkah daging lain digunakan selain daging lembu?

Daging babi boleh dijadikan pengganti sesuai. Dengan menggunakan daging babi, anda akan masak Nilagang Baboy, satu lagi hidangan popular Filipina. Memandangkan ini adalah hidangan sup, dan bahan-bahan yang digunakan untuk brot adalah ringkas dan versatil, ayam juga boleh digunakan. Pastikan anda rasa brot dan tambah perencah secukup rasa.

2. Bolehkah sayur lain digunakan selain kubis?

Anda boleh tambahkan sayur-sayuran lain dan juga buah-buahan. Menambah bok choy atau pechay boleh meningkatkan nutrien dalam hidangan, manakala batang saderi akan memberikan dimensi lain kepada perisa. Jika ditambah pada minit terakhir, ia akan kekal rangup dan memberikan tekstur kepada sup. Anda juga boleh menambah kemanisan dalam Nilagang dengan memasukkan pisang Saba ke dalam sup.

3. Bolehkah Nilagang Baka disimpan dalam peti sejuk semalaman?

Untuk dimakan pada keesokan hari, simpan sup dalam bekas kedap udara dan panaskan semula dalam periuk. Didihkan sup dan tambah air jika sup menjadi pekat dalam peti sejuk.

Tip & Petua untuk Menyediakan Nilagang Baka

1.   Dapatkan kebaikan sepenuhnya daripada bahan-bahan: Untuk menggabungkan sepenuhnya semua profil perisa bahan-bahan yang terlibat, cuma tumiskan dahulu beberapa bahan sebelum ditambah ke dalam brot. Dalam periuk masakan, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang kuning. Tambahkan biji lada hitam dan masak selama 20 saat sebelum potongan daging lembu dimasukkan. Masak daging selama 3 hingga 5 minit, kemudian masukkan ke dalam brot untuk disambung masak.

2.   Hidang sup jernih: Sebelum memasak mengikut cara penyediaan, celur daging dalam air mendidih selama 2 hingga 3 minit. Kaedah ini akan mengeluarkan semua darah dan protein tergumpal. Buang air rebusan dan dan semua bendasing yang boleh mengeruhkan stok. Bilas daging dan teruskan memasak Nilagang Baka seperti yang diarahkan.

Cara Penyediaan

  1. Rebus tendon dan betis daging lembu

    • Rebus 3 L air dalam periuk dengan api sederhana. Bila air mendidih, masukkan tendon dan betis daging lembu dengan 1 sudu besar biji lada hitam. Biarkan ia masak selama 45 minit sehingga empuk.
    Rebus tendon dan betis daging lembu


  2. Masak bawang besar, kubis, kentang, kacang panjang dan tambahkan perasa

    • Bila daging sudah empuk, tambahkan bawang besar dan biar ia masak selama 10 minit.

    • Masukkan kubis, kentang dan masak lagi selama 10 minit sebelum kacang panjang dimasukkan. Biar kacang panjang masak selama 2-3 minit sehingga tahap cukup masak yang anda mahukan.

    • Tambah perasa dengan 4 sudu besar sos ikan dan gaul sebati.

    Masak bawang besar, kubis, kentang, kacang panjang dan tambahkan perasa


Saji dan Hidang!

Pindahkan ketulan daging dan sayur-sayuran ke dalam mangkuk hidangan. Ceduk sup dan hidang panas-panas.

Saji dan Hidang!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 4-6 orang
    • 500 g betis daging lembu

    • 500 g tendon daging lembu

    • 250 g kacang panjang(dihiris memanjang 2 inci)

    • 150 g kubis bulat(dipotong kasar)

    • 1 biji bawang besar(dipotong dadu)

    • 1 biji kentang(dikupas dan dipotong dadu)

    • 4 sudu besar sos ikan

    • 1 sudu besar biji lada hitam

    • 3 L air

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki