Panduan: 5 Generasi Baharu Penjaja Makanan Yang Mencipta Semula Sajian Tempatan

Panduan: 5 Generasi Baharu Penjaja Makanan Yang Mencipta Semula Sajian Tempatan

Generasi penjaja makanan muda mengekalkan warisan kulinari Singapura dan keluarga mereka dengan sentuhan moden dalam harga yang berpatutan.

1. Gubak Kia 

Kway Teow Daging Rusuk PendekFoto: Gubak Kia

Hanya mengambil alih Empress Place Beef Kway Teow tidak cukup buat John Paul Lim, yang dikenali sebagai Gubak Kia (beef boy). Walaupun tanpa latihan kulinari formal, John banyak menghabiskan waktu ketika kecilnya membantu di kedai bapanya di Siglap. Tanpa disedari oleh bapanya, David Lim yang ia telah membantu dia memulakan kerjaya kulinarinya di Camp Kilo Charcoal Club dan Wolf Burgers. Hari ini, penjaja makanan muda itu menggabungkan latihan dengan resipi barat bapanya untuk menghasilkan menu semangkuk kway teow ($7.90) di Empress Place Beef Kway Teow dan juga sentuhan moden pada Beef Short Rib Kway Teow ($12.90/300g atau $14.90/400g) serta New-Rou Mian ($9.90), versi kering berinspirasikan mazesoba yang cukup sesuai bersama sos cili nenas unik yang banyak. Hidangan sampingannya juga tidak kurang hebat. Terdapat juga Gubak Bao ($5.90/dua ketul) yang menampilkan kombinasi daging brisket, jeruk sayuran dan acar.

Facebook: @gubakkia

Alamat: 27B, Timbre+, 73 Ayer Rajah Crescent, Singapore 139957. 

Telefon: +65 8782 0936

Isnin hingga Jumaat | 11AM-10PM

Sabtu | 5PM-10PM

2. A Noodle Story

Sajian mi yang terkenal. Foto: A Noodle Story

Mi wantan yang biasa menerima suntikan baharu, ihsan daripada penjaja makanan generasi baharu Gwern Khoo dan Ben Tham. Pernah bekerja di Iggy’s, Waku Ghin dan St. Pierre, sajian “ramen stail Singapura” mereka tidak mengecewakan. Mi kia al dente digaulkan dalam minyak cili manis dan, chashu berlemak, udang ubi kentang, telur rebus dan bintang utamanya, wonton stail Hong Kong (dari $8-$11) - seperti sajian mazesoba Jepun versi Singapura. Jika barisan panjang masih belum dapat meyakinkan anda lagi, Singapore Michelin Bib Gourmand telah memberikan penghargaan kepada mereka untuk empat tahun berturut-turut sejak 2016. Tip: pastikan anda datang awal kerana mereka hanya menyajikan 200 mangkuk sehari.

Facebook: @ANoodleStor

Alamat: #01-39, Amoy Street Food Centre, 7 Maxwell Road, Singapore 069111. 

Telefon: +65 9027 6289

Isnin hingga Jumaat | 11:15AM - 2:30PM | 5:30PM - 7:30PM

Sabtu | 10:30AM - 1:30PM

3. Jin Ji Teochew Braised Duck & Kway Chap

Ramen itik dan Kway chap Foto: Jin Ji

Melvin Chew dari Teochew Braised Duck & Kway Chap bukan hanya meneruskan resipi legasi milik bapanya untuk itik rebus stail Teochew dan kway chap, tetapi dia turut membawakan sajian ini ke abad 21. Di atas kway chap, dia telah memberikan pembaharuan kepada menu di sini. Sos rebusan telah diberikan lebih berperisa dengan bahan-bahan tambahan, seperti cognac, manakala nasi itik rebus klasik digantikan dengan Braised Duck Bento ($6) yang menarik untuk Instagram bersama telur lava stail ramen Jepun serta 3 bebola nasi keladi. Hidangan Duck Ramen ($5) pula, yang paling inovatif dengan hirisan lembut itik rebus stail Teochew yang dilapiskan di atas mi ramen import yang digaulkan dengan cili buatan sendiri, udang kering dan sos rebusan. Jangan lupa untuk mencuba sos cili buatan sendiri mereka yang luar biasa.

Facebook: @jinjiteochewbraisedduck

Alamat: #02-156, 335 Smith Street, Singapore 050335 

Telefon: +65 9018 9052

Isnin hingga Khamis | Sabtu hingga Ahad | 10AM - 7PM

4. Tang Kay Kee Fish Head Bee Hoon

Mui fan campuran. Foto: Tang Kay Kee Fish Head Bee Hoon

Penjaja makanan generasi keempat, Debbie dan Karmen Tang menghembuskan nafas baharu pada kedai si char di Hong Lim Food Centre. Menjawab kepada permintaan makan tengah hari yang cepat di daerah pusat perdagangan, adik beradik itu memperkenalkan sajian moden pada masakan wok klasik oleh moyangnya pada hari minggu. Antara tarikan utama adalah Cai Po Fried Rice ($5.50), yang mempunyai perisa tambahan daripada jeruk lobak yang manis dan savori, serta Mixed Mui Fan ($5) yang penuh dengan rasa umami, hidangan tempatan yang berasal dari Kantonis. Ia menampilkan nasi kukus di dalam sos bak sutera bersama hirisan ikan dan daging babi, serta dihias atas dengan cendawan enoki goreng yang rangup. Jangan lupa untuk mencuba hidangan sampingan Prawn Paste Chicken ($10).

Instagram: @tangkaykee

Alamat: #01-70, 531A Upper Cross Street, Hong Lim Food Centre, Singapore 051531 

Telefon: +65 8157 2641

Isnin hingga Jumaat | 11AM - 2.30PM (makan tengah hari)

Selasa hingga Ahad | 4PM - 10PM (makan malam)

5. Coffee Break

Roti teh hijau dengan bija hitam. Foto: Coffee Break

Jack Sai bersama adik perempuan kembarnya, Faye dan Anna, adalah generasi ketiga penjaja makanan yang mengubah cara rakyat Singapura menikmati “espreso yang disediakan dengan penapis kain” tradisional. Trio ini telah mengambil alih perniagaan kopi milik datuknya yang diasaskan pada 1925 di San Hai Hng Eating House yang kini telah perbaharuai pada 2009 dan telah menarik ramai peminat dengan menggabungkan kopi tempatan bersama perisa terkini yang boleh didapati di kafe moden. Gabungan unik biji kopi Robusta dan Arabica oleh Faye boleh dinikmati melalui Butter Pecan Latte ($4.80), Sea Salt Mint Vanilla Milk ($4.80) atau Pumpkin Spice Mocha ($4.80), dan banyak lagi.

Laman web: www.hellocoffeebreak.com 

Alamat: #02-78, Amoy Street Food Centre, 7 Maxwell Road, Singapore 069111.

Isnin hingga Sabtu 7.30AM - 2.30PM

#01-28, 2 Science Park Drive Ascent, Singapore Science Park 1, Singapore 118222.

Isnin hingga Sabtu | 8AM - 4PM

Kategori:
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki