Panduan: 5 Lokasi Hotpot dan Stimbot bersempena Tahun Baharu Cina

Panduan: 5 Lokasi Hotpot dan Stimbot bersempena Tahun Baharu Cina

Tiada yang dapat membuatkan jamuan perjumpaan lebih meriah dengan berpeluh-peluh kerana satu periuk mendidih bersama bahan-bahan yang menyelerakan.

Apabila berbicara mengenai Tahun Baharu Cina, adalah kemungkinan saya akan mula bercakap tentang hotpot. Berkumpul bersama keluarga, rakan-rakan dan juga jiran tetangga sambil mengelilingi brot yang mendidih, dengan bahan-bahan yang pelbagai. Ia mempunyai kepingan ikan kerapu kegemaran bapa saya, ibu bapa saya pula sukakan babat daging dan juga bebola telur ikan kod yang menjadi kegemaran ramai. Hotpot (atau ada yang memanggilnya stimbot) adalah sajian yang satu meja yang cukup meriah, dan sesuai untuk jamuan perjumpaan. Ini adalah 3 lokasi hotpot atau stimbot bersempena Tahun Baharu Cina yang boleh anda cuba:

1. Golden Mile Thien Kee Steamboat Restaurant

Nasi ayam dan stimbot, Golden Mile Thien Kee Steamboat. Foto: Jessica Chan

Stimbot, nasi ayam Hainan dan zi char semuanya di atas meja makan yang sama? Katakan ya pada Golden Mile Thien Kee Steamboat Restaurant. Restoran retro ini kekal menjadi kegemaran golongan muda dan tua sejak pertama dibuka pada 1952 (asalnya di Bugis Street), terima kasih kepada seleksi menu yang pelbagai dengan sentuhan citarasa Hainan. Walaupun tarikan utamanya sudah tentu stimbot ( harga berbeza-beza) yang hadir bersama brot ayam dengan variasi bahan-bahan mentah, tetapi mustahil untuk tidak mencuba sepinggan ayam Hainan ($19/setengah ekor) bersama keharuman nasi ayamnya. Dan pastikan anda datang ketika lapar (atau bersama sekumpulan besar). Anda pasti mahu melengkapkan hidangan dengan menu zi char, seperti Hainanese Pork Chop dan Pork Satay yang popular. Tip: Ruang restoran tidak mempunyai sistem pengudaraan yang baik, oleh itu pakai pakaian yang nipis).

Alamat: #B1-20, Golden Mile Tower, 6001 Beach Road. Singapore 199588.

Tel: 6293 5910

Dibuka setiap hari, dari 11.00am hingga 10.00pm

2. Tong Xin Ru Yi Traditional Hotpot

Sup ayam hotpot keemasan. Foto: Tong Xin Ru Yi

Berbeza dengan lokasi hotpot yang lain, Tong Xin Ru Yi terkenal dengan seleksi sup buatan sendiri mereka. Pilihan yang popular termasuklah Stewed Marinated Beef dengan Spicy Soup ($48), yang menampilkan trio rebusan daging lembu, tendon dan backstrap dalam sup rempah Sichuan yang pedas, dan Golden Frog Soup ($68) yang sempurna untuk sambutan Tahun Baharu Cina. Labu keemasan direbuskan dalam brot ayam pekat, dalam memberikan warna yang seakan emas yang mengalir. Di dalam terdapat pelbagai jenis cendawan dan sayuran, tetapi anda pasti mahu mencuba Black-bone Chicken Slice ($20/hidangan), iaitu ayam hitam yang dikenali dengan kemanisannya, dan sayuran rangup Gracilaria ($6). Sementara menunggu hotpot anda untuk mendidih, anda boleh menikmati dengan Fried Mint Leaf ($8) sebagai hidangan pembukaan. 

Alamat: 6 Lorong Telok, Singapore 049019.

Tel: +65 6536 8058

Isnin hingga Jumaat, 11.00am-10.30pm

Sabtu hingga Ahad, 12.00pm-10.30pm

3. Little Sheep Hot Pot Singapore

Kiub daging lembu premium. Foto: Little Sheep Hot Pot

Little Sheep Hot Pot di China (dikenali sebagai xiao fei yang) mempunyai pengikut mereka yang tersendiri, dan mempunyai sajian yang perlu anda cuba di sana. Sajian House Original White Soup ($9/kecil;$20/besar) menampilkan kombinasi beri goji, bunga lawang dan amomum tsao-ko yang seakan halia dan lengkuas bersama hirisan daging kambing popular (dari $9/hidangan hingga $38 untuk paparan tiga tingkat yang mewah). Ia dihiris halus dengan menampilkan kemerahan hingga kesegaran dan kualiti, ia boleh dinikmati bersama bahan hotpot kegemaran lain seperti daging babi Kurobuta dan makanan laut. Tetapi jika anda mahukan pengalaman yang lebih lengkap, anda perlu mencuba Mongolian Style Roasted Lamb Shank ($26) dan Signature Lamb Kebab ($8/skewer) yang menjadi kegemaran ramai, yang disediakan dengan jintan putih dan cili. Hint: Peminat makanan yang berani boleh mencuba Lamb Hearts ($6) yang dipanggang pedas mereka. 

Alamat: #01-05, One Fullerton, 1 Fullerton Road, Singapore 049213.

Telefon: +65 6222 9959

Dibuka setiap hari, 11.00am-11.00pm

4. Seasons Coconut Chicken Steamboat

Satu sajian bahan-bahan hotpot. Foto: Seasons Coconut Chicken Steamboat

Satu lagi senarai dengan citarasa keistimewaan Hainan, Seasons Coconut Chicken Steamboat, seperti namanya, menggunakan brot yang berasaskan jus kelapa segar. Buah kelapa terbaik  disatukan dengan ayam Wenchang yang bebas untuk menghasilkan sup penuh umami, dalam memberikan kelainan kepada sajian sambutan Tahun Baharu Cina. Seleksi bahan mentah yang terpilih, dari udang cincang ($18) kepada bebola daging babi buatan tangan ($21) antara yang ditawarkan, tetapi sangat merugikan jika anda tidak mencuba juga Signature Lap Mei Rice ($5) iaitu nasi periuk belanga bersama daging yang dililinkan. Pilihan pencuci mulut turut meneruskan tema kelapa dan boleh dilihat pada Coconut Jelly ($8).

Alamat: #01-01, 44 Prinsep Street, Singapore 188673.

Tel:+65 6463 6568

Dibuka setiap hari, 11.00am-11.00pm

5. Tian Wai Tian Fish Head Steamboat

Stimbot Tian Wai Tian dan sepinggan popiah udang. Foto: Jessica Chan

Tian Wai Tian Fish Head Steamboat terus kekal sehingga kini kerana sebab yang baik. Stimbot stail teochew ini bermula sekitar 1980-an di Serangoon dan hari telah meluaskan perniagaan mereka dengan pembukaan beberapa cawangan di seluruh pulau. Antara bukti keenakannya, cawangan asal di Serangoon terus menyaksikan barisan panjang ketika waktu makan malam walaupun terkenal dengan servis yang teruk. Terdapat dua pilihan untuk brot - ikan kerapu merah atau pomfret yang hadir dalam saiz kecil, sederhana atau besar (dari $22 hingga $45) dan disajikan dalam periuk arang klasik. Walaupun stimbot ini dipenuhi dengan keladi dan selada, anda pasti mahu mencuba hidangan zi char yang istimewa. Tambahkan dengan Cereal Prawns ($20) dan Hae Zhou (popiah udang) ($10) atau, hidangan Cuttlefish Kang Kong ($9 to $15) buat yang sukakan pedas. Anda digalakkan untuk menempah tempat duduk terlebih dahulu. 

Alamat: 1382 Serangoon Road, Singapore 328254

Telefon: +65 9172 2833

Dibuka setiap hari, 5.00pm-10:30pm

Untuk saranan dan resipi yang menyelerakan bersempena dengan Tahun Baharu Cina, lihat halaman Tahun Baharu Cina 2020 kami.

Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki