Panduan Lewat Malam: Bandung, Indonesia

Panduan Lewat Malam: Bandung, Indonesia

Makanan yang menyelerakan, tempat-tempat yang menarik untuk dilawati, kami membariskan senarai apa yang anda boleh lakukan di Bandung, lengkap bersama lawatan ke resort spa.

Tahukah anda terdapat sebuah kota Paris yang terletak di luar Perancis? Dan ramai berkata ia terletak di Indonesia, bandaraya ketiga terbesar iaitu Bandung. Ia kerana bandar ini berlatarkan puncak gunung berapi, dan metropolisnya mengikut seni bina seperti Paris. Tetapi anda akan lagi terkejut dengan budaya makanan dan fesyen di sini. Dan seperti Paris, ia akan lebih meriah menjelang waktu malam. Makan Nasi Bakar yang pedas di restoran lewat malam. Beli barangan fesyen tempatan yang telah menghangatkan pentas fesyen antarabangsa. Dan banyak lagi yang anda boleh lakukan ketika lewat malam. Baca untuk mengetahui apa yang boleh makan, beli dan buat di Bandung, pada waktu malam.

Makan 

Dusun Bambu

Kertawangi, Cisarua, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 40551, Indonesia

Isnin hingga Ahad | 8AM to 9PM

Pemandangan yang paling indah di kepulauan ini? Ramai berkata ia terletak di Dusun Bambu Family Leisure Park. Ia adalah lokasi yang sempurna untuk lawatan satu hari atau jika anda mempunyai banyak masa, sebagai percutian hujung minggu yang perlahan. Dikelilingi oleh banjaran gunung Burangrang yang indah, anda akan mendapati pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga. Selepas membuat pembayaran yang sederhana, anda akan terus dikelilingi dengan alam semulajadi dan kemudian, anda akan hanya berfikir mengenai kecantikan keseluruhan kawasan ini. Tip utama: Bawa pakaian sejuk anda bersama. Anda tidak akan menyesalinya nanti!

Lutung Kasarung adalah pengalaman kulinari yang unik di Dusun Bambu. Pengunjung akan makan di dalam sangkar burung yang dikelilingi oleh dedaunan dan pemandangan nan indah. 

Nasi Bakar di Lutung Kasarung adalah sajian yang memperlihatkan nasinya sebagai bintang utama. Disediakan menggunakan resipi tradisional Indonesia, nasi berempah ini di balut di dalam daun pisang dan dipanggang untuk menghasilkan rasa barbeku dan daun pisang. Dihidangkan bersama ayam goreng, sambal dan beberapa hidangan sampingan lain, anda pasti berasa seperti berada di syurga. 

Satu hidangan di sini termasuk harga untuk makanan dan minuman, dan merangkumi juga “sewa” sangkar burung tersebut. Tetapi ianya sangat berbaloi dengan pengalaman, terutamanya ketika matahari terbenam!

Kedai Mamah Eha

Jalan Diponegoro No.3, Citarum, Bandung Wetan, Citarum, Bandung Wetan, Kota Bandung, Jawa Barat 40115, Indonesia

Isnin hingga Ahad | 10AM – 4AM

Kedai Mamah Eha menyajikan pelbagai hidangan, minuman dan pencuci mulut Indonesia. Ia sangat popular di kalangan pengunjung muda dan menampilkan dinding ‘wall of fame’ dengan foto-foto selebriti yang pernah makan di sini. Anda akan berpuas hati dengan harganya yang murah dan juga pilihan makanan yang menyelerakan.

Cuba hidangan sotong yang penuh perasa bersama dakwat sotong dan nasi yang pedas dan enak! Mereka juga popular kerana sambal mereka.

Pilihan pencuci mulut juga banyak, dan anda pasti mahukan semuanya. Brownies mereka unik dengan kemanisan dan savori, seperti Cheddar Choco Raisin atau Choco Lemon Cheese. Peminat teh hijau perlu cuba Green Tea Brownie dengan Walnuts bersama teh hijau dan sos coklat putih.

Kartika Sari

Jalan Haji Akbar No.4, Pasir Kaliki, Cicendo, Pasir Kaliki, Cicendo, Kota Bandung, Jawa Barat 40171, Indonesia

Isnin hingga Ahad | 7AM – 8PM

Kartika Sari adalah lokasi yang wajib anda singgah di Bandung. Mereka mempunyai pilihan snek, biskut dan kuih  tradisional yang menakjubkan, sempurna sebagai cenderahati buat keluarga di rumah. Jika anda mempunyai anak-anak, terdapat kawasan permainan kanak-kanak untuk mereka bermain sementara anda membuat pilihan pembelian nanti. 

Terdapat variasi perisa Kuih Lapis di sini dan kami sarankan anda untuk membeli kek prun. Pisang Bollen yang terkenal juga adalah pastri dengan pisang dan keju yang akan mengubah hidup anda nanti!

Beli-Belah

Flashy

Jl. Dipatiukur No.1, Lebak Gede, Coblong, Bandung City, West Java 40132, Indonesia

Isnin hingga Ahad | 9AM – 9PM

Kedai pakaian wanita, Flashy, terkenal dengan desain yang mudah, unik dan juga berfseyen selain produk yang berkualiti tinggi. Mereka bermula dengan menjual beg tangan dan terus berkembang dengan menjual pakaian dan juga aksesori. 

Produk yang dijual di Flashy sangat versatil dan boleh digayakan untuk semua acara termasuklah bisnes dan parti. Anda pasti akan menjumpai sesuatu yang anda suka tanpa perlu mengoyakkan poket anda nanti.

Activiti

Gracia Spa Resorts

Jalan Blok Dawuan, Desa Cikondang, Ciater, Nagrak, Ciater, Kabupaten Subang, Jawa Barat 41281, Indonesia

Isnin hingga Ahad | 24 jam

Gracia Spa Resort adalah oasis yang menenangkan, hanya satu jam dari Bandung. Dikelilingi oleh ladang teh yang indah, 1,100m di atas paras laut, resort ini adalah lokasi sempurna untuk merehatkan diri.

Anda boleh menyegarkan keletihan badan anda dengan berenang atau rendam di Natural Hot Spring Water Pools, yang mengandungi kalsium, magnesium dan mineral lain. Jika anda memilih untuk mendapatkan urutan badan dan kaki, pakar terapi mereka menggunakan teknik moden dan produk natural untuk merehatkan dan meremajakan diri anda. 

Jika anda tergoda dengan pemandangan nan indah dan kesegaran udara pergunungan, terdapat villa jika anda mahu bermalam di sini. 

Nikmati pemandangan indah Bandung pada siang hari sambil membeli-belah, penuhi selera anda dengan sajian yang menyelerakan yang ditawarkan oleh bandaraya ini dan juga merehatkan diri anda dengan spa pada waktu malam. Bandung mempunyai segala yang terbaik untuk anda, dan anda tahu anda layak mendapatkannya!

Kategori:
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki