Panduan Lewat Malam: Bintulu #1

Panduan Lewat Malam: Bintulu #1

Citarasa penuh selera di Bintulu, di sini adalah lokasi hangat yang anda perlu lawati di Bintulu, dan kami mempersembahkan bahagian kedua Panduan Lewat Malam jika anda mahukan lagi.

Bintulu, Borneo adalah destinasi yang kurang dikenali buat kebanyakan pelancong. Pastikan anda menjadi antara yang terawal untuk terokai sajian yang melazatkan serta pemandangan nan indah yang ditawarkan oleh kota ini dari pagi hingga matahari terbenam.

Gambaran Keseluruhan

Berlokasi di kepulauan Borneo di daerah tengah negeri Sarawak, Malaysia, Bintulu terletak di antara Kuching dan Kota Kinabalu, dan menjadi destinasi untuk mengembara keindahan taman negara Borneo. Bintulu mungkin bukan destinasi pertama yang terlintas untuk merancang percutian anda, tetapi dengan sistem gua purba, jejak hutan dan pantai yang berdekatan, kota pesisiran pantai ini semakin menjadi tarikan sebagai destinasi pelancongan yang hangat. 

Lihat Panduan Lewat Malam kami untuk menikmati sajian yang menyelerakan dan juga lokasi pelancongan terhangat!

Makan

Rahmat Coffee House

Kampung Assyakirin, 97000 Bintulu, Sarawak, Malaysia

Isnin hingga Ahad | 5.30pm hingga 11pm

Rahmat Coffee House adalah lokasi terbaik untuk menikmati sajian klasik Malaysia. Kedai makan yang mudah ini menawarkan seleksi makanan yang menyelerakan dan satu hidangan yang menjadi bintang utama di sini - Nasi Kerabu.

Ianya biru! Nasinya adalah biru! Bersedia untuk merasakan herba tempatan, nasi itu mendapatkan warna daripada kelopak butterfly pea flower, atau bunga telang yang kenali oleh orang Melayu. Enak dimakan bersama hidangan sampingan, kami sertakan nasi biru kami bersama ayam goreng, kubis, kelapa parut bakar, telur asin dan tiga sos.

Sempurnakan hidangan penuh warna dengan segelas Teh Tarik Pandan tetapi jangan terkejut dengan warna hijaunya. Daun pandan itu menyuntik kesegaran pada teh susu yang pasti membuat anda mahukannya lagi.

Restoran Seribu Bintang

Kampung Baru 97000 Bintulu Sarawak, Malaysia

Isnin hingga Ahad | 5PM hingga 1AM

Makan seperti penduduk tempatan dan kunjungi Restoran Seribu Bintang. Popular dikalangan penduduk lokal, restoran ini menampilkan suasana yang selesa untuk makan malam bersama rakan-rakan dan keluarga. Anda boleh memilih untuk menikmati hidangan anda di ruang utama di dalam atau salah satu pondok kayu yang berada di sekitar kawasan.

Mereka menyajikan variasi sajian Asia - Melayu, Indonesia, Cina dan India - jadi yang akan mempunyai pilihan yang banyak dan pelbagai! Jika anda perlukan bantuan untuk memesan makanan anda, bertanya kepada pekerja mereka mengenai sajian istimewa dan mereka pasti akan membantu anda nanti. 

Salah satu kegemaran kami adalah Ikan Bakar mereka. Ikan segar yang dimasak sempurna dengan daun pisang, ianya tidak kering dan segala perisa natural dirasai sepenuhnya. Hidangan ini tidak lengkap tanpa limau dan sambal (sos cili tempatan), yang akan memberikan ikan itu dengan letusan perisa tambahan. Kami tidak mampu untuk memuji sambal itu secukupnya! Resipi rahsia keluarga berusia 10 tahun, sambal itu menampilkan keseimbangan citarasa yang sempurna, pedas tetapi tidak keterlaluan sehingga mengaburi kemanisan semulajadi ikan.

Selain sajian ikan, anda pasti akan menggemari hidangan tradisional lain yang dimasak bersama sambal signature mereka, jadi jangan lepaskan peluang untuk mencubanya nanti.

Assyakirin Kitchen

No. 112/Lot 3398, Ground Floor, Parkcity Commerce Square, Jalan Tun Ahmad Zaidi, 97000 Bintulu

Isnin hingga Ahad | 7AM hingga 9PM

Anda tidak boleh meninggalkan Bintulu tanpa mencuba sajian klasik Sarawak iaitu Mi Kolo. Mi yang kenyal digaulkan bersama pilihan daging yang banyak, dan selalunya disajikan bersama sup dan kicap soya sebagai penambah rasa. Sajian istimewa Sarawak ini cukup popular di kalangan penduduk tempatan dan boleh dinikmati sepanjang hari, sebagai sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam dah juga hidangan lewat malam.

Di Assyakirin Kitchen, kami menikmati Mi Kolo bersama ayam cincang dan kepingan daging. Mi ini menampilkan tekstur yang kenyal signature dan sup pula hadir dengan perisa daging yang lazat, kami betul-betul menyukainya. Keseluruhan hidangan ini dihiaskan bersama taburan daun bawang dan bawang goreng yang menambahkan kerangupan yang memuaskan. Ianya cukup menyelerakan serta sangat mengenyangkan, dan kami tahu mengapa penduduk tempatan sangat bangga untuk memanggilnya sajian mereka.

Aktiviti

Pantai Tanjung Batu

Jalan Tanjung Batu, 97000 Bintulu, Sarawak, Malaysia

Hanya 10 minit perjalanan dari pusat bandar, terletak Tanjung Batu Beach, lokasi hangat di kalangan penduduk lokal. Pantai itu menampilkan pesisiran pantai berpasir dan formasi batu nan indah, selain sangat bersih dan pesat membangun. Lokasi yang sempurna untuk berkelah bersama rakan-rakan dan seisi keluarga. Sama ada anda berjalan-jalan sambil menikmati pemandangan matahari terbenam pada lewat petang, atau berjoging di pagi hari untuk membakar kalori anda, percutian anda pasti tidak sempurna tanpa melewati pesisiran pantai. 

Banyak lagi yang anda boleh lakukan ketika di Bintulu! Pilih jalan yang kurang diterokai dan pasti diberikan ganjaran pengalaman yang unik untuk percutian seterusnya.

Jangan kemana-mana kerana kami akan mempersembahkan banyak lagi hidangan yang enak dan juga aktiviti-aktiviti yang penuh keseronokan di Bintulu!

Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki