Panduan Lewat Malam: Medan

Panduan Lewat Malam: Medan

Dengan kepelbagaian budaya, Medan menawarkan pemandangan yang indah dan keenakan sajian yang pasti akan memuaskan selera anda dari pagi sehingga ke malam.

Dengan kepelbagaian budaya, Medan menawarkan pemandangan yang indah dan keenakan sajian yang pasti akan memuaskan selera anda dari pagi sehingga ke malam.

Gambaran Keseluruhan

Bandar yang tersebar di kepulauan Sumatera, Medan dikenali oleh pelancong sebagai pintu utama ke destinasi yang menarik di Sumatera Utara. Walau bagaimanapun, jika anda mengorek lebih dalam dan mengambil masa untuk terokai bandar ini, ia sebenarnya lebih daripada tempat persinggahan buat pelancong yang ingin ke Tasik Toba yang popular. Berjalan di sekitar Medan, anda dapat melihat bandar ini membangun di hadapan mata anda, dengan bangunan kolonial stail Dutch yang berdiri seiring dengan penjaja makanan jalanan tradisional Indonesia dan juga kafe moden, bar dan pusat beli belah. Pertembungan budaya ini telah menyaksikan kehangatan budaya makanan, yang menjadi meriah pada waktu malam. Puaskan citarasa anda di syurga makanan ini sepanjang hari dengan Panduan Lewat Malam ini!

Makan

BPK Tesalonika

Jamin Ginting No.103, Simpang Selayang, Medan Tuntungan, Kota Medan, Sumatera Utara 20135, Indonesia

Isnin hingga Sabtu | 8am to 10pm

Ahad| 8am to 9pm

Di BPK Tesalonika, mereka menyajikan salah satu hidangan yang paling popular di Sumatera Utara iaitu Babi Panggang Karo. Selalunya dijumpai di Karotribe, sajian tradisional Batak ini telah menjadi kegemaran di Medan. Daging babi yang lembut dan berjus ini dipanggang sempurna dengan rempah ratus Karo yang beraroma.

Hidangan yang disajikan di BPK ini terutamanya sangat menyelerakan kerana menggunakan potongan daging yang terbaik. Peminat daging babi pasti akan berpuas hati ke sini nanti! Sosnya pula layak diperkatakan kerana menggunakan darah babi dan sos cili. Diperasakan dengan herba dan dimasak di atas arang sehingga bertukar menjadi kecoklatan, sos unik ini akan memberikan kejutan dengan sentuhan kepedasannya. 

Anda tidak boleh menafikan ia cukup sesuai bersama dagingnya yang pasti membuat anda mahukannya lagi. Apabila tiba masa untuk memesan, anda boleh memilih untuk membeli daging babi mengikut berat, atau dengan hidangan penuh yang merangkumi nasi, sup dan daun ubi kayu lenyet dan  halia bakar. Apa-apapun, setiap duit yang anda belanja tidak akan rugi kerana anda akan mendapat hidangan yang lengkap pada harga yang berbaloi.

Si Bolang Durian

Jalan Iskandar Muda No. 75 C-D, Medan Baru, Babura, Medan Baru, Kota Medan, Sumatera Utara 20153, Indonesia

Isnin hingga Ahad

Dibuka 24 jam

Anda tahu sesuatu tempat itu sangat legit apabila ia dibuka 24 jam sehari, 7 hari seminggu! Si Bolang Durian telah menjadi tarikan di Medan dengan kafe yang berkonsepkan luar, lengkap dengan hiasan bertemakan durian di segenap ruang - dari replika pokok durian yang comel, hingga trak pikap yang dipenuhi durian, juga motosikal dengan bentuk durian.

Selain menikmati durian, anda boleh melihat ramai pengunjung yang bergelak tawa sambil mengambil gambar dengan hiasan ikoniknya. Tetapi sudah tentu, walaupun dekorasinya cukup menghiburkan, apa yang membuat pengunjung datang kembali adalah servis yang bagus, durian yang berkualiti dan juga variasi produk durian yang ditawarkan.  Selain mencuba pelbagai jenis durian yang ada, kami sarankan anda mencuba pankek durian - balutan seperti krep nipis berisi krim perisa durian yang lembut dan gebu. Sajian lewat malam yang sempurna! Jika anda mahukan sesuatu untuk menyejukkan diri anda, mungkin anda boleh mencuba ais krim durian. 

Tiada tempat yang lebih sempurna untuk menikmati Raja Buah-Buahan! Si Balong Durian adalah bersih, selesa dan menawarkan servis yang bagus. Jika anda sukakan durian, lokasi ini perlu anda kunjungi untuk pengalaman yang akan diingati.

Kodon Kodon Café

Jalan Raya Merek Km 9, Sidikalang, Kodon-Kodon, Merek, Kabupaten Karo, Sumatera Utara 22173, Indonesia

Isnin hingga Ahad 9.30am to 8.00pm

Berlokasi di Taman Simalem Resort di tepi hutan rimba, Kafe Kodon Kodon menyajikan hidangan tempatan yang autentik. Walaupun tidak menawarkan seleksi yang banyak, anda pasti akan menikmati hidangan yang menyelerakan dengan pemandangan nan indah.

Lokasi yang sempurna untuk menikmati sarapan pagi Indonesia selepas malam yang panjang, terdapat satu hidangan yang perlu anda cuba iaitu Soto Ayam Medan. Hirisan ayam yang enak dimasak bersama brot santan, semangkuk hidangan ini sempurna sebagai makanan selesa. Jika anda tidak terasa untuk makan ayam, mereka juga menyajikan Soto bersama daging lembu dan udang. 

Sup kekuningan ini sudah pasti menjadi tarikan utama untuk hidangan ini, cukup berperisa dan beraroma. Anda pasti akan menghabiskannya. Ia juga dihidangkan bersama pankek ubi kentang dan sos cili, anda pasti memulakan hari anda dengan langkahan yang betu

Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki