Panduan Lewat Malam: Padang, Indonesia

Panduan Lewat Malam: Padang, Indonesia

Antara lokasi terunggul saat membicarakan tentang hidangan lazat Indonesia termasuklah Nasi Padang, kemeriahan kota Padang semestinya tidak akan membiarkan anda lapar mahupun bosan. Pilihan yang tidak terhitung untuk diterokai juga ajnas pilihan menu untuk dinikmati, percutian ke Padang pastinya membekas dalam memori.

Terletak di antara Lautan India dan bukit-bukau Minangkabau, Padang merupakan ibu negeri kepada wilayah Sumatera Barat, Indonesia. Bertindak sebagai pintu gerbang kepada daerah yang sarat tarikan pelancongan popular seperti Tanah Tinggi Kerinchi, pusat luncur air menarik Pulau Mentawai dan keindahan persekitaran bukit bukau Bukit Tinggi. Berfungsi sebagai penghubung kepada lokasi yang dipenuhi keindahan semulajadi alamnya, Padang menawarkan seleksi terbaik untuk.kemudahan penginapan juga lanskap kulinari yang mengujakan.

Kota yang sarat restoran bercita rasa asli juga pilihan menu jalanan yang dijual di atas angkut menghidangkan seleksi unik juadah Padang, juga bar minuman yang bergaya dengan pilihan menu santai klasik. Anda semestinya dimanjakan dengan pilihan apabila meneliti pilihan makanan enak yang tersedia di kota ini untuk dinikmati saat dinihari. Hanya untuk anda, kami menggabungkan senarai lengkap Panduan Lewat Malam untuk memastikan untuk sempat menikmati juadah di lokasi wajib.pergi juga aktiviti wajib jalani di kota yang berwarna-warni ini.

Makan

RM Lamun Ombak

Jl. Khatib Sulaiman, Padang 25124, Indonesia

Isnin hingga Ahad | 7.30AM hingga 10PM

Apabila berada di Padang, sangat merugikan jika anda keciciran untuk menikmati hidangan nasi Padang! Nasi yang putih gebu dihidang bersama pelbagai lauk pauk savuri yang sudah siap dimasak antaranya daging, sayuran juga sambal, Nasi Padang adalah salah satu menu ikonik Indonesia yang

berasal dari sini.

Merupakan rangkaian restoran yang bertapak kukuh di Padang sendiri, ada yang berpendapat bahawa RM Lamun Ombak menghidangkan “rasa Nasi Padang asli”. Biarpun ia merupakan dakwaan yang kuat, dengan hadirnya cawangan di seluruh pelusuk kota Padang, kualiti dan seleksi yang

pilihan menu autentik yang pelbagai tidak pernah menghampakan.

Hampir kesemua individu menghadapai masalah yang sama saat menikmati nasi Padang yakni kesukaran memilih menu; terlalu banyak pilihan semestinya. Pilihan yang tidak akan pernah salah tentunya Rendang Daging (daging lembu yang dimasak bersama santan dan rempah ratus), kami mencadangkan untuk anda mencuba lauk ‘signature’ RM Lamun Ombak – Ikan Balado (ikan yang dimasak bersama gabungan rempah pedas).

Sambal Balado biasanya disediakan melalui teknik goreng kilas menggunakan minyak kelapa bersama cili api merah, bawang putih, bawang merah, tomato berserta jus limau sebelum disatukan bersama bahan utama. Di RM Lamun Ombak, Ikan Balado merupakan juadah istimewa kerana dihidangkan bersama resipi sos Balado rahsia.

Jika anda boleh menikmati tahap kepedasan yang tinggi, hidangan ini sememangnya perlu anda cuba. Tetapi untuk yang mahukan rasa pedas yang lebih ringan, anda pastinya tidak akan kecewa dengan pilihan lain yang terdapat di dalam menu.

 

Sate Pondok Danguang Danguang Asli

Jalan Tepi Pasang, Kampung Pondok, Padang Barat, Kp. Pd., Padang Bar., Kota Padang, Sumatera Barat 25134, Indonesia

Isnin hingga Khamis | 5PM hingga 10PM

Jumaat hingga Ahad | 5PM hingga 12AM

Pengalaman menikmati juadah Padang tidak lengkap andai anda terlepas menjamu selera sate padang. Semestinya sate Padang merupakan hidangan dalam gayanya yang tersendiri. Jika dibandingkan dengan hidangan sate lain yang selalunya dihidang bersama kuah kacang, sate padang

pula hadir bersama kuah kuning unik yang diperbuat dari kunyit dan hanya boleh ditemui di Padang. Selain dari kunyit, kuah kuning pekat ini merupakan gabungan tepung beras, stok daging dan organ dalaman lembu, bersama pelbagai rempah yang wangi untuk menyerlahkan lagi rasanya.

Pastikan anda mencuba hidangan daging yang ditusuk pencucuk di Sate Pondok Danguang Danguang Asli. Gabungan rasa dari daging yang telah diperap juga sos pencicah mencipta snek sempurna untuk

hidangan lewat malam anda.

Bat & Arrow Beer Garden

Jl. Batang Arau, Kp. Pd., Padang Bar., Kota Padang, Sumatera Barat, Indonesia

Isnin hingga Ahad| 2PM hingga 3AM

Buat kalian yang mencari lokasi untuk bersantai juga melepak bersama teman di Padang, anda tidak perlu mencari lagi. Terletak di dalam tinggalan hotel lama yang terbiar kesan gempa bumi suatu ketika

dahulu, Bat & Arrow Beer Garden mungkin kelihatan ngeri pada pandangan pertama ditambah pula fizikal kasar yang bersama wajah luaran yang seakan terbiar. Tetapi, saat kaki melangkah masuk ke

ruang dalaman, anda akan dapati ia memiliki keunikan, atmosfera eklektik yang begitu

menenangkan juga seakan menjemput anda masuk.

Lokasi menikmati minuman yang bergaya edgy ini menjadi tarikan untuk pengunjung lokal dan pelancong bersama pilihan hidangan makan juga bir sejuk berserta muzik. Anda perlu mencuba piza buatan sendiri yang menggabungkan rasa Indonesia. Semestinya pelengkap terbaik untuk sesi santai bersama teman di malam hari.

Aktiviti

Christine Hakim Idea Park

Jalan Adinegoro No. 11 A, Padang Sarai, Koto Tangah, Padang Sarai, Koto Tangah, Padang Sarai, Koto Tangah, Kota Padang, Sumatera Barat 25713, Indonesia

Isnin hingga Ahad | 8AM hingga 10PM

Terdapat begitu banyak lokasi untuk meluncur di Padang namun lokasi terhangat buat para peluncur semestinya Pantai Padang. Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti meluncur, anda boleh mencuba di air cetek terlebih dahulu, manakala bagi mereka yang sudah mahir, semestinya ombak besar menjadi pilihan mereka. Semestinya ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk menyimbangkan tubuh di atas papan luncur namun jangan biarkan ia mematahkan semangat anda. Teruskan berlatih dan semestinya anda akan lali dengannya.

Jika mengejar ombak bukanlah sesuatu yang anda gemari, nikmati sahaja pemandangan matahari terbit yang memukau pandangan.

Sebagai antara lokasi terunggul buat juadah asli Indonesia termasuklah Nasi Padang, kota warna warni Padang ini tidak akan membiarkan anda bosan dan kelaparan. Dengan pilihan yang tidak terhitung untuk diterokai juga pilihan juadah untuk dinikmati, percutian ke Padang akan membekas di dalam jiwa kembara anda.

Kategori:
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki