Panduan Lewat Malam: Phuket

Panduan Lewat Malam: Phuket

Dikenali sebagai Mutiara Laut Andaman, Phuket sentiasa menawarkan aktiviti baharu untuk dilakukan, tempat makan baharu dan juga lokasi baharu untuk dilawati.

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli

Phuket, Mutiara Laut Andaman, adalah destinasi yang terkenal dengan sinaran mentari, pesisir pantai dan laut. Sebagai pulau terbesar di Thailand, ia mempunyai jaluran jalan pantai serta pesisiran pantai yang cukup indah. Selain pantai dan laut yang menjadi pilihan ketika waktu siang, pulau ini juga terkenal dengan pelbagai hiburan pada malam hari. 

Phuket terkenal dengan rangkaian hiburan dewasa, tetapi terdapat juga aktiviti-aktiviti lain buat anda yang tidak minat untuk melawati bar dodgy dan ping-pong balls. Ini adalah Panduan Lewat Malam yang boleh anda dilakukan pada waktu malam di Phuket!

Makan

Restoran Piset

231/3 Yaowaraj Road, North Market, 83000 Amphoe Muang Phuket, Phuket

Isnin hingga Ahad | 11am - 9pm

Piset cukup terkenal di media sosial dengan hidangan dan minuman yang enak dan cantik untuk diabadikan di Instagram, sempurna untuk makan makan bersama rakan-rakan dan keluarga. Piset bermaksud ‘istimewa’ dalam bahasa Thai dan restoran ini sudah tentu kena dengan namanya serta seleksi hidangan terkenal mereka.

Hidangan Mama Seafood Tom Yum Noodle with Cheese sangat lazat! Ia mempunyai brot yang pedas dan masam, dan kemudian anda akan merasai keju berkrim yang melekit. Kombinasi yang sempurna.

Hidangan terkenal lain termasuklah Korean Binsu dengan perasa seperti Milo atau Tembikai, juga Super Giant Thai Iced Milk Tea. Dan apabila Gabenor Phuket dan isteri pernah mencuba sendiri Giant Thai Iced Milk Tea, sudah tentu kami merasakan ianya memang terbaik!

Go Benz

Di persimpangan Phatiphat Road dan Ranong Road, bertentangan Jo Ong Shrine

Isnin hingga Ahad | 7pm to 3.30am, kecuali hari Buddhist Days

Dianggap sebagai antara lokasi paling terkenal oleh penduduk Phuket, Go Benz sudah dibuka hampir 20 tahun. Restoran ini dibuka pada 7pm dan sudah mempunyai barisan panjang pengujung. Hanya menyajikan menu dengan 6 -7 hidangan sahaja, Go Benz terkenal dengan hidangan yang mempunyai daging babi.

Hidangan popular termasuklah Kao Lao Lued Moo (Pig’s Blood and Intestines Soup), and Khao Tom Haeng (Dry Rice Porridge) dalam brot daging babi yang peuh citarasa. Dengan pelbagai bahan perasa Thai seperti cuka cili, gula dan cili kering panggang di atas setiap meja, anda boleh memadu padankan untuk menghasilkan hidangan mengikut selera anda sendiri. Ia mempunyai tekstur yang memuaskan dan perasa yang cukup kuat.

Restoran Pa Mai Kanom Jeen

jalan Satun di Phuket Town

Isnin hingga Ahad | 5.30am to 11am

Selepas selesai berparti, sarapan pagi Thai yang sempurna di Phuket buat anda sudah tentu Kanom Jeen, mi beras sejuk dengan sos pilihan anda sendiri. Selalunya, sos kari yang dugunakan. Penduduk tempatan akan singgah di restoran ini untuk sarapan sebelum pergi kerja. Di Pa Mai, sebuah bisnes keluarga yang sudah berusia 55 tahun, ianya layan diri, anda ambil semangkuk mi di kaunter dan pilihan seleksi kari (Kari Daging, Kari Ikan, Kari Ayam, Kari Ketam, Kari Udang, Kari Hijau, Kari Bahagian Dalam Ikan, dan lain-lain lagi). Anda boleh memilih satu atau mencampurkan beberapa kari sekali, ianya bergantung kepada selera anda sendiri! Anda juga mencampurkan hidangan sampingan yang ditawarkan, seperti kek ikan, ikan dan ayam goreng. Nikmati hidangan anda bersama satu pinggan sayuran hijau dan herba tempatan, jeruk, telur dan bahan perasa yang berada di atas meja. Ia adalah hidangan kari terbaik untuk sarapan pagi

Beli-Belah

Pasar Malam Minggu Phuket

Terletak di sepanjang Chao Fa West Road di luar Phuket Town, berdekatan dengan Central Festival Shopping Mall

Sabtu hingga Ahad | 4pm to 10pm

Pasar yang terbesar di Phuket dan hanya buka ketika hujung minggu sahaja. Pasar ini dibahagikan kepada dua bahagian, bahagian pertama menampilkan kedai yang menjual macam-macam, dari pakaian kepada kasut juga cenderamata buatan tangan, dan bahagian kedua pula merupakan pasar makanan.

Hampir semuanya adalah makanan jalanan Thai; jagung bakar, sosej pedas, ayam panggang, kek ikan goreng, buahan tropikal dan juga kalajengking goreng Thailand! Tidak pasti sama ada penduduk Thai betul-betul makan atau hanya sebagai gimik buat para pelancong.  

Segarkan diri anda dengan bir sejuk atau kelapa segar, yang mudah dijumpai di pasar ini. Nikmati suasana yang meriah dengan alunan muzik jalanan dan pelancong lokal dan antarabangsa. Tawar-menawar untuk mendapatkan diskaun dengan penjual adalah dibenarkan dan membantu anda untuk berjimat nanti.

Aktiviti

Bangla Game Space

29/1 Bangla, Patong, 83150 Kathu, Phuket

Isnin hingga Ahad | 2pm - 4am setiap hari

Zon hiburan terbesar di Patong, Game Space menawarkan rangkaian aktiviti yang pelbagai dari mesin arked kepada permainan suka juga lasert tag dan permainan realiti virtual! Ini adalah tempat hiburan yang sempurna buat keluarga dan rakan-rakan kerana aktiviti di sini sesuai untuk semua lapisan umur. 

Arena laser tag di Bangla adalah yang terbesar di Thailand. Dengan lebih 100 sut, setiap perlawanan, dalam medan pertempuran yang gelap, lorong dengan lampu neon, ianya ekstrem dan cukup mencabar.

Kategori:
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan

    Lebih banyak inspirasi untuk anda

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki