Panduan: Menikmati Sajian Penjaja Jalanan di Sekitar Manila.

Panduan: Menikmati Sajian Penjaja Jalanan di Sekitar Manila.

Tidak mudah untuk menjadi pengguna kenderaan dan pejalan kaki di Manila disebabkan oleh keadaan trafik di sana. Tetapi terdapat satu perkara positif di sebalik kesesakan itu. Ia hadir dalam bentuk penjaja makanan jalanan yang memberikan kenikmatan dan adakalanya, sebagai destinasi buat pengembara urban.

Tidak mudah untuk menjadi pengguna kenderaan dan pejalan kaki di Manila disebabkan oleh keadaan trafik di sana. Tetapi terdapat satu perkara positif di sebalik kesesakan itu. Ia hadir dalam bentuk penjaja makanan jalanan yang memberikan kenikmatan dan adakalanya, sebagai destinasi buat pengembara urban.

Taho, jeli kacang soya yang lembut dihasilkan dengan sirap dan biji sagu.

Pagi selalunya diserikan dengan kesesakan waktu puncak, dah itulah sebab penjaja taho akan bermula awal. Sejak 5 pagi lagi, penjaja jalanan ini akan berjalan sekitar Manila membawa dua bakul aluminium, yang diseimbangkan menggunakan sebatang kayu, di atas bahu mereka. Mereka selalunya akan berjalan di sekitar kawasan perumahan, dan akan melaungkan ‘taho!” dengan cara tersendiri sebagai tanda kehadiran mereka. Setiap pesanan akan didatangkan dalam cawan plastik dengan lapisan tauhu lembut, dan dihias atas bersama bebola ubi kayu serta disaluti dengan sirap gula gelap yang dipanggil arnibal. Meminta sirap lebih itu sudah menjadi perkara wajib, dan membawa gelas anda sendiri juga dialu-alukan.

Air kelapa segar bersama kepingan kelapa berjus, sebagai penghilang dahaga terbaik di Manila yang mempunyai cuaca lembap.

Sebelum tibanya waktu makan tengah hari, penjaja taho akan berehat dan penjaja lain pula akan memulakan penjualan mereka. Penjaja buha-buahan akan mula mengayuh bahan perniagaan mereka, dan jumlah cukup banyak. Terdapat penjaja buah kelapa yang menjual air kelapa bersama kepingan isi kelapa, atau sebiji kelapa terus. Bergantung kepada musim, anda juga akan menjumpai penjaja tembikai dan nenas di atas jalanan, kedua-duanya menjual potongan buahan tersebut. Ia akan dipotong lapan kecuali nenas yang perlu dipotong secara melingkar. Penjaja mangga, pula boleh dijumpai sepanjang tahun secara konsisten, dengan dua variasi iaitu mangga India dan carabao. Kedua-dua jenis selalunya dimakan muda, dengan kerangupan dan ketajaman yang diseimbangkan dengan bagoong, pes udang masin tempatan yang diletakkan bersama potongan mangga

Buahan bermusim dijadikan perisa ais krim yang popular di Filipina.

Pada awal tengah hari akan menyaksikan ketibaan sorbetero, penjaja ais krim ‘kotor’ - nama yang digunakan kerana menjual di jalanan. Penjaja ini akan menyusuri jalanan merentas kota, menyorong troli berwarna-warni, yang mempunyai tiga bekas aluminium yang mengisi perisa harian, dari coklat ke keju, hingga buahan bermusim seperti avokado dan mangga. Bahan rahsia yang digunakan dalam ais krim tersebut adalah tepung ubi kayu. Ia membantu mengekalkan bentuk dan memberikan tekstur yang penuh, sempurna dinikmati dalam cawan, kon wafer, atau ‘sandwic ais krim’ dengan meletakkan ais krim di antara ban pandesal.

Bebola ikan goreng yang dinikmati sebagai snek petang.

Lewat tengah hari akan menyaksikan waktu puncak seterusnya buat pengguna kenderaan. Dan masa ini akan muncul pula penjaja bebola ikan, sama ada menyorong troli atau mengayuh basikal, dan ada juga yang menggunakan motosikal untuk membawa dapur kecil bersama. Terdapat wok yang berisi minyak yang digunakan sebagai kuali buat pelanggan untuk memasak bebola ikan, sotong dan ayam, juga kikiam (ngo hiang). Ada yang turut menjual sosej, dumpling, dan juga tokneneng yang merupakan telur rebus goreng yang disaluti dengan bater serbuk adas. Dengan menggunakan lidi, pelanggan boleh mengambil apa yang mereka mahu bersama seleksi sos seperti sos manis, sos pedas dan sos masam, yang direndam secara individu, atau dicampurkan bersama mengikut citarasa.

Balut, atau telur itik yang menjadi snek utama di Filipina.

Apabila petang kian menyusul akan muncul pula penjaja baharu, iaitu yang menjual balut. Peniaga jalanan ini akan membawa balut, telur itik yang berusia dua hingga tiga minggu, dan disimpan suam dalam bakul rotan, yang turut menampilkan snek lain dari keropok ikan hingga chicharon (keropok kulit babi). Cara yang betul untuk menikmati balut adalah dengan memecahkan bahagian rata telur, dan menghirup ‘sup’ yang dahulu - seperti xiaolongbao yang besar - dan kemudian memakan balut secara keseluruhan. Penjaja balut ini, seperti penjaja taho, turut mempunyai set perjalanan yang tersendiri. Mereka akan menjaja sehingga lewat malam, untuk menjual kepada yang lapar juga yang telah mabuk nanti.

Keesokan harinya, jalanan di Manila akan mengulangi kitaran kehidupan ini bersama pengguna kenderaan dan pejalan kaki, dan penjaja makanan jalanan ini akan membantu mereka dengan menyediakan hidangan yang manis, masin, masa, dan juga pedas.

Kategori:
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki