Panduan: Wajib-Makan,Wajib-Lihat, Wajib-Buat di Kuching, Malaysia

Panduan: Wajib-Makan,Wajib-Lihat, Wajib-Buat di Kuching, Malaysia

Menghirup semangkuk laksa Sarawak yang panas cukup menyelerakan di bandaraya Kuching.

Kuching yang merupakan ibu negeri Sarawak adalah sebuah bandaraya yang sejahtera. Anda boleh menyusuri sungai purba menggunakan bot panjang, membeli-belah di Satok, melawati pasar minggu terbesar dan menghirup semangkuk laksa Sarawak yang panas, seperti gelaran yang diberikan oleh chef selebriti, Anthony Bourdain sebagai “Breakfast for Gods”.

Jadi, dari mana patut kami bermula?

Wajib-Makan

Menghirup sup vermiseli yang pedas masam di dalam semangkuk Laksa Sarawak

Laksa, adalah sup mi dengan sambal berasaskan santan berbeza-beza di sekitar Asia Tenggara. Di Sarawak, negeri yang terletak di barat laut kepulauan Borneo, Malaysia, laksa adalah makanan kebangsaan, semangkuk mi beras dalam sup santan pedas masam kemerahan yang cukup menyelerakan. Dan anda tahu siapa yang meminatinya juga? Chef selebriti Anthony Bourdain. Dia turut menggelarkannya “Breakfast of Champions”.

Boleh didapati di medan selera dan juga gerai jalanan di seluruh kepulauan.

Menikmati Kek Lapis yang manis penuh mentega, atau kek berlapis kecoklatan di kampung Melayu yang bersejarah

Foto: Sarawak Tourism

Dihubungkan melalui bot ke pusat bandar Kuching, Kampung Boyan yang merupakan kampung Melayu adalah tempat yang perlu dilawati untuk melihat seni bina warisan baharu dan lama. Tetapi yang tidak boleh dilepaskan adalah makanan. Pastikan mencuba lebih dari sepotong kek lapis, atau kek berlapis kecoklatan.

Pencinta makanan berkata Kek Lapis, atau Kueh Lapis adalah snek yang perlu di makan di Indonesia, tetapi ia juga dimakan di Singapura dan Malaysia sebagai pencuci mulut. Ia selalunya mempunyai 18 lapisan, dihasilkan daripada mentega, gula dan tepung, dan penuh keenakan.

Untuk pengalaman tempatan yang sebenar, naiki Penambang, atau teksi sungai untuk ke kampung itu, Apabila sudah sampai, berjalan di sekeliling dan berhenti untuk mencuba makanan laut dan snek tradisional Melayu. Anda mungkin perlu ke sana ketika makan malam. Makan dengan perlahan sambil menikmati matahari terbenam, dan pada waktu malam, menyaksikan latar langit indah bandaraya Kuching.

Minum wain beras tempatan, atau Tuak, yang berasa manis hingga pahit

Kaum Bidayuh di Sarawak terkenal dengan keramahan dan tuak atau wain beras mereka. Foto TEH ENG KOON/AFP via Getty Images

Mereka bilang setiap tuak mempunyai rasa yang berbeza

Seperti wain yang bukan hanya jus anggur, Tuak juga bukan hanya jus daripada beras. Ianya manis jika ditambahkan gula, tetapi kering tanpanya.

Bahan utamanya adalah ragi, campuran enzim dan yis berbentuk bebola, yang memberikan kelainan pada Tuak. Adakalanya madu akan ditambahkan untuk memberikan rasa seperti wain madu. Jika anda suka yang pahit, Tuak anda mungkin mengandungi halia dan lengkuas.

Cara terbaik untuk meminumnya? Sejuk, ia akan menjadi lebih manis dan kurang pahit. Jika anda sukakan yang kering pula, minumnya dalam suhu bilik. 

Dikatakan untuk merasakan Tuak yang terbaik adalah di rumah panjang milik kaum Iban, di mana yang yang sudah ditapai selama 20 tahun! Ia adalah minuman pilihan. Dahulunya, beras pulut yang digunakan di dalam Tuak akan dimasak di dalam buluh terlebih dahulu, yang akan memberikan haruman yang lembut.

Wajib-Lihat

Pasti terpegun melihat seni bina tokong di Chinatown yang sesuai untuk foto Instagram

Tokong Hong San Si dikatakan sudah dibina sejak 1840, iaitu 200 tahun dahulu. Pada 2004 pula, tokong Cina Hokkien ini telah dibaik pulih dengan atap naga yang berwarna-warna. 

Jika anda melawat pada bulan April, sertai beramai-ramai untuk meraikan dewa tokong iaitu Kong Teck Choon Ong. Alami perayaan yang penuh gilang gemilang dengan pertunjukan kereta berhias, persembahan tarian naga dan pelbagai aktiviti yang menarik untuk dirakamkan.

Membeli-belah dalam kesibukan pasar hujung minggu terbesar

Foto: Malaysia. Travel

Pertama sekali, waktu terbaik untuk melawatinya pada malam Sabtu atau awal pagi Ahad

Medan Niaga Satok, atau Satok Weekend Market adalah pasar yang terbesar yang paling sibuk di Kuching, hanya 3km dari pusat bandaraya. Ia paling meriah pada hujung minggu, yang menyaksikan peniaga tempatan menjual buah-buahan, sayuran dan segala jenis herba dan rempah.

Anda tahu anda berada di tempat yang betul apabila anda boleh menghidu halia, ketumbar yang segar serta pisang, mangga dan epal yang manis. Jika anda berani, anda juga boleh mencuba durian yang merupakan buah berduri dengan bau yang kuat, yang semua suka atau tidak. Selalunya, anda boleh membeli barangan dapur dengan harga RM1 atau RM2 di pasar basah juga kering.

Jika anda mahu duduk, pasar itu juga mempunyai plaza, kafeteria, dan medan selera untuk anda mencuba hidangan Melayu tempatan.

Hanya 15 minit menggunakan teksi dari Waterfront Kuching, atau variasi bas. Lebih lanjut di sini. Mercu tanda adalah bahagian hadapan masjid tertua di Kuching, apabila anda melihatnya, teruskan berjalan sehingga anda boleh menghidu herba dan rempah ratus.

Wajib-Buat

Bersiar menyusuri cahaya bandaraya di sepanjang dermaga (waterfront) yang berangin

 

Sebuah bandar itu tidak sempurna tanpa latar langit bukan? Lokasi terbaik untuk melihatnya terletak di tarikan utama bandaraya, Waterfront Promenade. Lawatinya ketika lewat petang untuk menikmati pemandangan matahari terbenam dengan tiupan angin.

Bagus juga untuk pergi ketika waktu siang. Ianya kerana kawasan itu akan dipenuhi dengan kemeriahan orang ramai. Gerai makan juga dibuka, dan anda pasti tidak akan terlepas melihat barisan kedai yang menjual barangan kraf dan kesenian, kadang kala pada yang sangat murah. Anda juga akan melihat barangan tekstil dan kraftangan yang mencuri perhatian, dihasilkan terus dari tanah tinggi Kalimantan, Borneo. 

Kawasan pejalan kaki beratap juga luas, yang akan memberikan anda ruang untuk berjalan, membeli-belah makan dan juga tidak melakukan apa-apa.

Menyusuri keseronokan menaiki bot panjang di sungai purba

 

Anda pasti tidak akan melepaskan peluang ini. Bot panjang adalah simbol bandaraya Kuching, dan juga Sarawak. Menaikinya di sepanjang sungai purba, dan anda mungkin dapat melihat haiwan liar di hutan di sekeliling.

Selalunya, bot panjang ini akan membawa anda melawat perkampungan Iban, kaum tribal yang anda lawati dengan hanya melalui sungai.

Waktu terbaik untuk anda lawati adalah bulan Mei dan Ogos ketika musim hujan paling rendah. Jika tidak, Borneo adalah kepulauan yang sentiasa hujan kerana monsun. Jika sungai itu terlalu deras, anda mungkin akan mendapat pengembaraan yang luar biasa.

Memakai pakaian tradisional dan bermesra bersama kaum Iban, Borneo

Penari memakai kostum pahlawan tradisional Iban. Foto: MOHD RASFAN/AFP via Getty Images

Memakai pakaian yang berwarna prima terang dan fabrik buatan tangan Iban, dan bersedia untuk menari dan bermesra.

Di perhimpunan rumah panjang, tarian yang paling popular adalah Ngajat Ngelalu Pengabang, atau Tarian Selamat Datang, dan Ngajat Bujang Berani, atau Tarian Pahlawan. Jangan takut dengan pakaian tradisional Iban itu kerana anda juga dapat mencubanya nanti. 

Satu lagi upacara yang selalu dipersembahkan adalah Miring, atau Upacara Penyembahan, yang diketuai oleh orang-orang tua.

Orang Iban, yang merupakan kaum etnik terbesar di Sarawak, juga dikenali sebagai pemburu kepala di Borneo, dan mereka akan menunjukkan tengkorak tersebut. Tempat tinggal mereka dipanggil rumah panjang, dan menyaksikan beberapa rumah disatukan dengan ruai awam atau ruang tamu dengan ukiran dan kebudayaan etnik lain.

Panduan ini adalah berdasarkan salah satu daripada tujuh bandar antarabangsa yang diterokai oleh siri kembara blind-date TLC, Melancong Demi Cinta, yang membuat tayangan pertama pada 14 Februari 2020. Ia menyaksikan 5 individu dari Asia Tenggara yang mencari cinta, bertemu penduduk tempatan dan menikmati sajian di setiap bandar.

  • Tonton episod baharu setiap Jumaat, 9.25 PM di TLC.
  • Ikuti temubual bersama mereka dan adegan di belakang tabir di sini.
Kategori:
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki