Popular di Asia: Makan Malam dan Teater, Dinikmati Bersama?

Popular di Asia: Makan Malam dan Teater, Dinikmati Bersama?

By Tristan Chan

Temu janji makan normal semakin kurang seronok. Menurut satu kajian utama, 71% millennial di Asia gemarkan acara yang memberi fokus kepada makanan dan pengalaman.

Jadi, anda pernah dengar tentang teater makan malam? Diinspirasikan daripada teater makan malam yang semakin mendapat sambutan di London, warga Singapura Stuart Wee dan Emily Png memutuskan untuk menggabung teater dan makanan di dalam satu menu. Syarikat pengurusan acara mereka, And So Forth, setakat ini telah berjaya menganjurkan 40 acara pengalaman dalam tempoh 6 tahun.

Dalam mana-mana acara mereka, anda dan pasangan perlu jangkakan produksi teater yang menggabungkan hidangan pelbagai peringkat, set terperinci, cerita menawan dan barisan pelakon yang boleh ditegur sapa.

Beberapa ahli pelakon dalam produksi tempatan If We Dream Too Long oleh And So Forth. Foto: And So Forth

Fokus produksi ini kebanyakkan berkisar pada makanan. Ini termasuklah unsur teknikal dan cerita yang disampaikan. “Tidak kira jenis pengalaman apa sekalipun yang kami tawarkan, makanan kami perlu diberikan perhatian menyeluruh, dengan perisa yang cukup menarik untuk membangkitkan selera kami dan saiz hidangan yang cukup besar agar tetamu kami tidak pulang kelaparan,” kata Wee.

Beliau menambah lagi, cerita dongeng dan ballet popular mendapat sambutan memberangsangkan daripada orang Singapura. “Dari segi bilangan pengunjung paling tinggi yang menghadiri persembahan kami, adalah Dinner in Wonderland, mengambil inspirasi dari Alice in Wonderland! Kami juga berjaya dengan penganjuran Marie and The Nutcracker, seringkali pengunjung menonton ballet tetapi tidak begitu tahu perihal jalan cerita.”

Tetapi di dalam cerita seperti ini, terdapat cabaran untuk mengilhamkan makanan Asia yang serasi. “Contohnya, untuk Marie and The Nutcracker, kami cipta menu yang hampir sama dengan cerita sebanyak mungkin, terutamanya masakan Jerman tetapi menggabungkan halwa bakon yang lebih kurang sama dengan bak kaw (bbq daging babi) -- produk daging kering Cina yang masin. Kentang jejari trufel juga digemari orang Singapura, jadi kami campurkan trufel dalam sosej dan kentang untuk pengalaman ini.”

Satu hidangan dalam produksi tempatan If We Dream Too Long oleh And So Forth. Foto: And So Forth

Satu produksi tempatan terawal oleh And So Forth, If We Dream Too Long, adalah satu hasil sastera ikonik Singapura yang diilhamkan semula, novel tahun 1972 oleh Goh Poh Seng dengan tajuk yang sama. Untuk pengalaman nostalgik ini, mereka menghadapi cabaran untuk menghidangkan makanan yang tersedia di tempat lain tetapi dengan harga yang jauh lebih murah. Jadi, mereka berikan perhatian untuk memberi konteks kepada makan yang dihidang, melalui perhiasan dalaman dan reka bentuk ruang makan.

“Untuk If We Dream Too Long, kami hidangkan makanan seperti mee siam, nasi kari ayam dan menggunakan bahan-bahan premium. Terdapat babak di rumah protagonis, rumah tipikal Singapura pada waktu itu dan anda dapat bertemu dengan ibu bapa beliau. Dalam budaya orang Asia, semua orang tahu masakan ibu adalah yang terbaik, jadi ibu kepada protagonis “menyediakan makanan” untuk para pengunjung,” Wee mengimbas kembali memori.

Tetapi beliau memerhatikan yang pengunjung Singapura secara tipikalnya tidak terlalu ghairah terhadap cerita ataupun masakan Asia. beliau berharap perkara ini akan berubah apabila semakin banyak pengalaman teater interaktif Asia membuat kemunculan.

Ini termasuklah Sleep No More yang berpangkalan di Shanghai -- penceritaan semula dengan pelbagai deria untuk tragedi Shakespeare di Scotland melalui lensa filem hitam. Atau, projek Secret Theatre bila dipentaskan di Hong Kong, mensimulasikan pelarian mencemaskan melalui perasaan seperti berada di rumah berhantu atau di dalam pengejaran bot laju.

Buah keluak, kacang berkrim yang menjadi identiti masakan Peranakan. Foto: Getty

Namun, Wee gembira dengan apa yang masih boleh ditawarkan dalam masakan Asia. “kami diilhamkan oleh perkara yang mengatakan ‘Singapura Moden’ seperti burger daging perut babi garing dan burgerbuah keluak (kacang tradisional dalam masakan Peranakan) oleh Hambaobao. Old Chang Kee London sekarang menjual pai Barat tetapi dengan inti Asia yang seakan karipap. Saya teruja melihat orang Eropah menghargai makanan Singapura -- jadi ia sesuatu yang kami harap dapat lakukan dengan lebih lagi bila kami mengadaptasi dan mereka semula cerita dari Barat.”

Kategori:
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki