Ramen Segera Terbaik Jepun, Seperti yang Disenaraikan oleh Pakar Ramen

Ramen Segera Terbaik Jepun, Seperti yang Disenaraikan oleh Pakar Ramen

Mungkin senarai yang paling diidamkan - Frank Striegl dari 5 AM Ramen memberikan pendapatnya tentang 12 jenis ramen segera (mee segera Jepun) dalam brot shoyu, shio, tonkotsu dan miso.

Diundi sebagai ciptaan Jepun terbaik pada abad ke-20 dalam pengundian di seluruh Jepun, tidak dinafikan impak mee segera berterusan dilihat di serata dunia sejak ia dikenalkan pada tahun 1958 hingga hari ini. Sama seperti ramen betul, mee ramen segera di Jepun datang dalam pelbagai rupa, dan ini adalah 12 pilihan terbaik saya.

Pertama sekali, saya telah pilih tiga ramen segera premium dari setiap jenis ramen “Big 4”:

  • Shoyu
  • Shio
  • Tonkotsu
  • Miso

Kemudian, saya telah pilih yang tersedia di Jepun - jadi pastikan anda pergi mencari ramen ini bila melawat Jepun! Dari ramen sos soya dengan lemak babi bahagian belakang Kyoto hingga ke ramen miso dengan mentega Sapporo, ramen segera ini adalah antara yang terbaik.

Jadi mari kita mulakan!

Ramen Shoyu

Ramen shoyu secara teknikal adalah ramen yang pertama, dihidang di kedai ramen Tokyo, Rairaiken pada 1910. Berasaskan kicap soya, ia biasanya mempunyai perisa masam. Tetapi dari klasik hingga ke moden, terdapat pelbagai jenis ramen shoyu di seluruh negara.

1. Shoyu - Gaya Hachioji - Banyak Bawang

Jenama: Nissin

Hochioji adalah bandar jauh di Tokyo Barat (lebih 40 lm dari pusat bandar). Ramen shoyu mereka mempamerkan dua perkara jelas - jumlah lemak babi yang banyak, dan bawang mentah dipotong dadu.

Ramen segera ini mewakili gaya Hochioji dengan adil. Dua keping rumpai laut, dua keping hirisan nipis chashu, dan rebung menma adalah topping pilihan. Tetapi apa yang paling menonjol adalah bawang rangup yang terapung dalam brot. Ramen segera yang berlemak dengan kemanisan yang lazat!

2. Shoyu - Gaya Kyoto - Lemak Belakang Babi 

Jenama: New Touch

Lemak belakang babi (“seabura” dalam bahasa Jepun”) adalah bintang utama dalam ramen shoyu dari Kyoto.

Walaupun ramen sebenar di Kyoto adalah lebih berlemak, ramen segera ini memastikan terdapat bilangan seabura mencukupi.

Seabura memaniskan lagi brot dan menghasilkan konsistensi yang sedikit pekat. Tumpuan utama yang ketara dalam ramen ini adalah jumlah banyak kujo negi (daun bawang) Kyoto. Kujo negi adalah antara negi terbaik di negara Jepun!

  • Berkaitan: Tiga Jenis Kicap Soya Yang Anda Mesti Tahu

3. Shoyu - Ramen Shoyu Gaya Wakayama

Jenama: Nissin

Ramen shoyu wakayama ini adalah paling padat di antara tiga jenis ramen. Brot dalam ramen jenis ini dikenali dengan masa masakannya yang lama (rebusan tulang babi, atau tonkotsu). Ini menghasilkan brot yang pekat dan berperisa.

Ia lebih pekat dengan perisa yang lebih kuat. Tetapi kepadatannya amat berbaloi. Sama seperti dalam ramen Wakayama sebenar, naruto hiasan (kek ikan) menghiasi bahagian atas ramen segera ini. Akhir sekali, mee bersaiz sederhana tebal memberikan kepuasan gigitan.


    Berkaitan: 5 Kedai Ramen Halal yang Sedap di Tokyo

Shio

Shio bermaksud garam dan jika pergi ke asal-usul ramen, ramen shio lebih hampir dengan mee sup Cina yang paling awal tiba di perairan Jepun. Dari segi perisa, perencah shio adalah ringan dan terang. Ini membenarkan semua bahan-bahan dalam mana-mana brot ramen shio untuk menyerlah.

4. Shio - Gaya Hakodate - Perisa dari Laut

Jenama: New Touch

Bandar yang paling terkenal dengan ramen shio adalah Hakodate, Hokkaido. Dengan lokasi di tepi laut, penduduk Hakodate gemarkan makanan laut. Dengan ramen segera ini, mereka menggabungkan perisa ikan, di samping rasa padat lemak bahagian belakang babi (kurang berbanding ramen Kyoto).

Secara keseluruhannya, ia adalah ramen yang sedap dengan lapisan perisa unik. Topping yang paling menarik perhatian adalah “fu” - atau gluten gandum. Penggunaan topping ini sangat menarik - anda akan kerap melihatnya di Hakodate!

5. Shio - Shio Kaya Berkrim dari Santouka

Jenama: Nissin

Ramen segera ini mempunyai perisa yang bertentangan. Perencah shio ini memberikan rasa broth tonkotsu / tulang babi yang kaya. Lebih-lebih lagi, ramen segera ini adalah produk daripada rangkaian ramen terkenal di Hokkaido, iaitu Santouka.

Walaupun brotnya lebih kaya dengan perisa, masih terdapat kelembutan pada lidah. Kek ikan narutomaki adalah tambahan menarik, tetapi topping yang paling mengujakan adalah buah plum ungu ume. Rupanya sama seperti ramen di Santouka.

  • Berkaitan: Kedai Ramen Tokyo ketika Pandemik

6. Shio - Shio Keemasan dari Sugimoto

Jenama: Maruchan

Melengkapkan senarai ramen shio kami adalah semangkuk ramen dari restoran Sugimoto yang disanjungi. Sugimoto telah memenangi beberapa anugerah untuk ramen shoyu dan ramen shio dengan topping ayam dan makanan laut. Brot shio ini mempunyai perisa keemasan dan walaupun masin, ianya tidak keterlaluan. Satu-satunya kekurangan adalah mee yang digoreng seketika. Ianya tidak teruk tetapi mee sebegini tidak lagi mempunyai kualiti tinggi berbanding mee ramen lain dalam senarai ini (popular di antara ramen segera yang berbentuk cawan).

    Berkaitan: 10 Resipi Mee Paling Sedap Dihirup Sampai Berbunyi

Ramen Tonkotsu

Ramen tonkotsu mula muncul pada lewat 1930an di Kyushu. Mungkin jenis ramen paling popular di luar Jepun, ia terkenal dengan bro tulang babi yang keruh seperti bersusu. Tulang babi direbus dengan api tinggi untuk jangka masa yang lama - kadangkala sehingga 72 jam!

7. Tonkotsu - Ramen Tonkotsu Minyak Bawang Putih dari Ippudo

Jenama: Nissin

Dengan kedai ramen dari London hingga ke Singapura, Ippudo boleh dikatakan sebagai jenama ramen paling terkenal di dunia. Seperti yang dijangkakan daripada jenama sebegini, ramen segera mereka sangat berkualiti.

Sama seperti ramen Santouka (tanpa perencah shio), ramen tulang babi mereka adalah tonkotsu yang lebih ringan. Tetapi ia masih padat dengan perisa. Tambahan lagi, ia dilengkapi dengan pes miso pedas dan minyak bawang putih bakar (maayu). Dua perencah istimewa ini menambahkan lagi perisa lazat brot ramen!

  • Berkaitan: 10 Resipi Bawang Putih Hebat

8.  Tonkotsu - Gaya Yokohama - Shoyu Tonkotsu

Jenama: Nissin

Pada tahun 1974, satu kedai ramen bernama Yoshimuraya mencipta “le-kei”, atau ramen gaya rumah. Ia tiada kena mengena dengan rumah atau sesuatu yang anda masak di rumah. Ia adalah ramen tonkotsu yang dicampur dengan shoyu (kicap soya). Ini adalah ramen jenis yang sangat berat, dengan selonggok tulang babi menghasilkan rasa kaya dan harmoni dengan rasa masin dari shoyu.

Ramen segera dari Nissin sebenarnya adalah gabungan rasmi bersama Yoshimuraya. Sama seperti di kedai ramen mereka, kuahnya tetap sama pekat. Tiga keping rumpai laut dan bayam dijadikan iringan serasi dengan ramen gaya ini.

9. Tonkotsu - Ramen Tulang Babi Tanpa Babi

Jenama: Acecook

Untuk berikan kelainan, ini adalah ramen tulang babi… tanpa menggunakan tulang babi! Sebaliknya, brot ini diperbuat dengan tulang ayam dan tulang lembu. Walaupun tidak dijual secara spesifik sebagai ramen segera halal, ini adalah ramen yang paling hampir sebagai hidangan yang halal. Tambahan lagi, topping daging cincang yang diberi adalah berasal dari kacang soya. Hala tuju yang mereka ambil dengan produk ini sangat menarik - ia bagaikan gabungan ramen halal / vegan tanpa mengisytiharkan apa-apa! Akhir sekali, ingat bahawa ini adalah ramen jenis premium - bermakna jenis mee diguna adalah baik, tetapi supnya sangat lazat!


    Ulasan: 5 Tempat Makan Terbaik di Hokkaido

Miso

Ramen miso (kacang soya ditapai) bermula pada tahun 1950an dan jenis yang paling popular datang dari Sapporo, Hokkaido. Kebiasaannya menampilkan lapisan lemak babi dan kadangkala ditambah dengan topping jagung dan mentega, ramen ini adalah makanan sempurna untuk mengatasi kesejukan musim sejuk di Sapporo.

10. Miso - Gaya Sapporo dengan Taugeh

Jenama: New Touch

Ramen miso berjenama bandar Sapporo ini mempunyai perisa nostalgia. Rasanya seperti sesuatu yang anda boleh dapati di kedai ramen miso yang tidak pernah menukarkan resipinya selama bertahun-tahun. Ini adalah perkara yang bagus. Menepati ciri-ciri rasa masin dan savuri.

Bahan yang paling mengagumkan adalah moyashi segar (taugeh) yang disertakan - ini bukan sejenis sayur kering yang tipikal. Ia dibungkus dalam paket asing untuk mengekalkan kesegaran dan kerangupan dalam mangku. Mee tebal membantu untuk menyerap kuah brot yang pekat.

  • Berkaitan: Sekitar Jepun bersama Debbie Wong

11. Miso - Ramen Miso dengan Mentega dan Jagung

Jenama: New Touch

Mentega dan jagung adalah bintang utama dalam ramen miso segera ini, juga dibawakan kepada anda oleh New Touch. Walaupun jagung ada dalam ramen sebelum ini, tetapi tiada mentega! Mentega, sama seperti lemak babi, mengekalkan suhu brot di bawah. Sebab lain kenapa mentega popular di Sapporo adalah kerana kawasan itu terkenal dengan penghasilan produk tenusu.

Mentega dalam ramen segera ini menambahkan rasa berkrim ekstra dalam keseluruhan perisa. Ia juga mempunyai cebisan-cebisan kentang di dalam brot. Satu-satunya kekurangan ramen ini adalah mee yang tidak begitu enak (digoreng sejekap).

12. Miso - Ramen Miso Sumire

Jenama: Nissin

Mengakhiri senarai ini secara dramatik (sebagai ramen segera nombor 12) adalah Sumire. Ia mungkin adalah restoran ramen miso yang paling terkenal di Sapporo. Sama seperti di restoran yang sebenar, ramen miso sajian mereka dibuat dengan lemak babi dan dicampur dengan daging babi cincang berperencah. Sekaligus menghasilkan brot dipenuhi daging yang mengenyangkan!


    Berkaitan: Senarai Restoran Wajib Dikunjungi Pasca Sekatan Pergerakan: Hidangan Pertama oleh Bintang Makanan Asia

Tetapi, masih terdapat ciri-ciri rapuh dalam ramen miso mereka. Ia juga ketara dalam ramen versi segera. Sederhana pekat, tarikan mee kenyal dalam brot menawan seperti magnet miso. Sama seperti ramen Nissin lain dalam senarai ini, ia hanya tersedia di 7-Eleven, sebagai sebahagian daripada pilihan produk premium mereka.

Frank adalah warga Filipina Amerika yang lahir di Tokyo dan dibesarkan dengan ramen. Beliau telah menikmati lebih daripada 300 mangkuk ramen dalam setahun, dan mengendalikan program jelajah ramen yang boleh anda lihat di blog beliau, 5 AM Ramen. Bila beliau tidak menjamu makanan Asia, beliau gemar membaca, bersenam, dan melancong. Beliau juga merupakan peminat tegar Lord of the Rings. Berhubung dengan Frank secara online di @5amramen.

Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki