Bahan-bahan:

  • Hidangan untuk 2 orang
  • 1 kg udang besar (dibuang kaki, dibuang urat menggunakan gunting)

  • 500 ml santan kelapa

  • 1 batang 2.5 cm kulit kayu manis (boleh digantikan dengan ½ sudu kecil serbuk kulit kayu manis)

  • 3 biji bunga lawang

  • 5 biji bunga cengkih

  • 5 helai daun limau purut

  • 55 g kelapa parut panggang ditumbuk

  • 1 helai daun kunyit

  • 2 biji limau kasturi 

    (dibelah dua)

  • 4 sudu besar pes cili 

    (boleh digantikan dengan 1 biji cili merah atau 1 biji cili padi, dikisar)

  • 2 biji buah keras 

    (boleh digantikan dengan kacang macadamia)

  • 10 biji bawang merah

  • 2 ulas bawang putih

  • 1 batang serai 

    (dihiris halus)

  • 1 ketul kunyit 1 cm

  • 1 ketul lengkuas 1 cm 

    (dikupas)

  • 1 ketul halia 1 cm

    (dikupas)

  • ¼ cawan minyak sayuran

  • 500 ml air

  • garam 

    (secukup rasa)

  • gula kabung 

    (secukup rasa)

Rendang Udang
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Rendang Udang

{{totalReview}}
Buat peminat makanan laut di luar sana, ini adalah resipi rendang kami, tetapi menggunakan udang yang berjus.
  • Mudah
  • 45 min
  • 60 min
  • 15 min
  • 6 langkah-langkah
  • 21 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 6 langkah-langkah
  • 21 Bahan-bahan
  • 45 min
  • 60 min
  • 15 min

Cara Membuat

  1. Kisar pes rempah

    • Dalam mesin pengisar, masukkan buah keras, bawang merah, bawang putih, serai, kunyit, lengkuas, halia, 5 helai daun limau purut dan kisar sehingga halus.
    • Jika campuran menjadi terlalu kering, anda boleh menambahkan minyak sayuran untuk membantu mendapatkan kehalusan yang konsisten.


  2. Tumis pes rempah

    • Dalam kuali dengan api sederhana-tinggi, tumis pes rempah bersama pes cili selama 5 hingga 7 minit sehingga naik bau.
    • Perlahankan api untuk memastikan pes tidak hangus.


  3. Tambah rempah serta santan ke dalam pes rempah dan reneh

    • Tambah kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih ke dalam kuali dan tumis selama 2 minit, sehingga wangi. 
    • Apabila sudah wangi, tambah 500 ml santan kelapa dan 500 ml air.
    • Apabila kuah mula mendidih, terus mereneh dengan api perlahan untuk mengelakkan santan menjadi berketul.
    Tambah rempah serta santan ke dalam pes rempah dan reneh


  4. Tambah daun kunyit dan periskan secukup rasa

    • Tambah daun kunyit, dan tambah garam dan gula kabung secukup rasa.
    • Reneh sehingga kuah menjadi pekat.


  5. Goreng udang

    • Dalam periuk dengan suhu tinggi, panaskan minyak sayuran untuk menggoreng.
    • Apabila minyak sudah panas, masukkan udang secara perlahan-lahan ke dalam periuk dan biarkan ia masak selama 4 hingga 6 minit, sehingga udang betul-betul masak dan bertukar merah.


  6. Masak udang

    • Tambah udang goreng ke dalam kuali dan teruskan mereneh sehingga pecah minyak dan kuah menjadi sedikit kering.
    • Alihkan daripada api dan tambah jus 1 biji limau kasturi dan kelapa parut kering. Gaul sebati.

    | Jangan terlebih masak udang, kerana ia akan memberikan rasa pahit daripada ammonia yang terdapat di bahagian kepala udang.

    Masak udang


Saji dan Hidang!

Letakkan udang di atas pinggan atau mangkuk sajian dan hidangkan ketika panas bersama limau kasturi di sisi.

Saji dan Hidang!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 2 orang
    • 1 kg udang besar (dibuang kaki, dibuang urat menggunakan gunting)

    • 500 ml santan kelapa

    • 1 batang 2.5 cm kulit kayu manis (boleh digantikan dengan ½ sudu kecil serbuk kulit kayu manis)

    • 3 biji bunga lawang

    • 5 biji bunga cengkih

    • 5 helai daun limau purut

    • 55 g kelapa parut panggang ditumbuk

    • 1 helai daun kunyit

    • 2 biji limau kasturi 

      (dibelah dua)

    • 4 sudu besar pes cili 

      (boleh digantikan dengan 1 biji cili merah atau 1 biji cili padi, dikisar)

    • 2 biji buah keras 

      (boleh digantikan dengan kacang macadamia)

    • 10 biji bawang merah

    • 2 ulas bawang putih

    • 1 batang serai 

      (dihiris halus)

    • 1 ketul kunyit 1 cm

    • 1 ketul lengkuas 1 cm 

      (dikupas)

    • 1 ketul halia 1 cm

      (dikupas)

    • ¼ cawan minyak sayuran

    • 500 ml air

    • garam 

      (secukup rasa)

    • gula kabung 

      (secukup rasa)

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki