Bahan-bahan

  • Hidangan untuk 6 orang
  • 900 g isi tembikai susu ranum dipotong kiub - dibahagikan kepada 600 g dan 300 g (bebola)

  • 200 g sugar

  • 360 ml air

  • 1 helai daun pandan(diikat simpul)

  • 100 g sagu kering

  • 180 g limau bali(membran dikupas dan isi dipisahkan)

  • 120 ml susu sejat

  • 12 bebola tembikai wangi

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Sagu Tembikai Susu dengan Limau Bali

{{totalReview}}
Tiada apa yang memuaskan ketika hari panas selain daripada semangkuk Sagu Tembikai Susu, anda pasti sukakannya! Bebola tembikai wangi sejuk, sagu dan limau balik yang memenuhi segenap isipadu campuran tembikai susu dan susu sejat, manis dan menyegarkan. Anda tidak gemar tembikai susu? Tak mengapa, boleh ditukarkan dengan durian, nangka atau mangga!
  • Mudah
  • 20 min
  • 10 min
  • 15 min
  • 3 langkah-langkah
  • 8 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 3 langkah-langkah
  • 8 Bahan-bahan
  • 20 min
  • 10 min
  • 15 min

Cara Penyediaan

  1. Buatkan sirap

    • Gabungkan gula, daun pandan dan air dalam periuk dan panaskan sehingga mendidih, kemudian kacau sampai gula larut. Ketepikan dan biar sejuk.


  2. Rebus sagu

    • Rebus sagu dalam air yang banyak dan kacau supaya sagu tidak melekat. Tutup api selepas 10 minit dan biarkan sagu kembang dan masak sepenuhnya dalam air panas selama 5 minit.

    • Tapis dan bilas sagu dengan air sejuk.

    • Tuang sirap ke atas sagu dan ketepikan.

    Rebus sagu


  3. Buat campuran tembikai susu

    • Guna pengisar atau pemproses makanan untuk kisar 600 g kiub tembikai susu bersama susu sejat sehingga halus.

    • Campur puri tembikai susu dengan sagu dan sirap, kemudian masukkan bebola tembikai wangi dan isi limau bali.

    • Gaul sebati.

    Buat campuran tembikai susu


Saji dan Hidang!

Sejukkan campuran dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 1 jam. Hidangkan dalam mangkuk dan hiaskan dengan baki isi limau bali dan bebola tembikai wangi.

Saji dan Hidang!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 6 orang
    • 900 g isi tembikai susu ranum dipotong kiub - dibahagikan kepada 600 g dan 300 g (bebola)

    • 200 g sugar

    • 360 ml air

    • 1 helai daun pandan(diikat simpul)

    • 100 g sagu kering

    • 180 g limau bali(membran dikupas dan isi dipisahkan)

    • 120 ml susu sejat

    • 12 bebola tembikai wangi

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki