Sahur Bahagian 2

Sahur Bahagian 2

Adakah terfikir tentang sahur membuat anda resah? Nikmati pelbagai idea hidangan sahur yang akan membuatkan puasa anda lebih bermakna.

Sekarang untuk idea sahur yang lebih- bahagian pertama sila lihat di bawah. Ketika Ramadan, lebih 1.5 bilion orang makan sahur. Atau sarapan sebelum subuh. Dan apabila anda bangun awal pagi, anda akan lebih menghargai sarapan yang kurang susah - ini bermakna penyediaan secepat 10 minit, atau dibuat lebih awal. Resipi sepanjang minggu ini akan memberi tenaga sepanjang hari hingga senja. Selamat Berpuasa!

Sekarang untuk idea sahur yang lebih- bahagian pertama sila lihat di sini

1.Sandwic Mentega Kacang Bakon Ayam Belanda

Mentega Kacang! Bakon Ayam Belanda! Mayonis! Sandwic yang sangat disukai ini memberi rasa yang manis-masin yang akan membuka mata anda ketika sahur. Bahagian terbaik? Sediakan lebih awal dan masukan dalam peti ais untuk mendapat sandwic sejuk. Gunakan roti mil penuh untuk kekenyangan lebih lama - memastikan tenaga anda cukup hingga senja.

2. Salad Soba Kacang Pedas

Semua salad mi, tuang mentega kacang untuk rasa yang menakjubkan. Kerana anda boleh menghasilkan walaupun anda malas dan terus memakannya. Dan bila anda bangun awal, anda mahukannya. Malam sebelumnya, campurkan cili padi, sayuran kesukaan anda, mentega kacang (percayalah), dan mi soba bersama. Penyediaan yang sedikit, rasa yang besar.

3.Telur Bakar Avokado

Hari baharu, permulaan baharu. Mulakan dengan telur yang kaya tenaga, pecahkan dalam avokada setengah. Hanya memerlukan beberapa minit untuk memasak, masukkan ke dalam ketuhar atau ketuhar gelombang mikro. Ambil isinya, atau ambil dan kunyah. Ia cukup untuk anda sehingga berbuka puasa.

4.Sup Kunyit Halia Lobak Merah

Sup yang mudah dan senang. Kisar untuk beberapa minit, lobak merah, ubi kentang dan stok sayur (buat sendiri atau beli segera) dan masukkan dalam peti ais untuk esok pagi. Panaskan semua untuk beberapa minit dan dalam masa yang sama segarkan diri anda - apabila badan anda segar, hanya duduk dan makan.

5. Skon Berkeju Mudah

Bakar skon berkeju adalah cepat, dan mudah dari apa yang anda fikirkan. Guna mesin pemproses makanan untuk lebih cepat, dan anda juga boleh menggunakan tangan juga. Anda mahukan campuran ringan dan kental. Dan jangan lupa daun thyme atau rosemary dalam savori berkeju. Buat awal dan panaskan sebelum sahur. Makan begitu sahaja atau jika anda suka tambah keju berkrim di atasnya.

6. Smoothie Avokado Gula Melaka

Sarapan smoothie tidak memerlukan banyak, kisar avokado, susu dan walnut untuk mendapatkan minuman pertama yang berkrim dam halus. Sedikit gula melaka cair panas menambahkan kemanisan semulajadi dalam avokado sejuk. Anda boleh mengantikannya dengan pisang, beri atau mangga, dan sejukkan dalam peti sejuk malam sebelumnya supaya lebih mudah anda memulakan hari anda.

7. Roti Bakar Tuna Hummus

Pagi yang mudah semuanya terkandung dalam roti bakar tiga suapan ini. Anda hanya perlukan tuna dalam tin, dan serbuk perasa (jika mahu) buah zaitun hiris, dil, jus lemon dan lada hitam. Sejukkan malam sebelum dan dalam beberapa minit di pagi hari, letakkan hummus (beli atau buat sendiri) di atas roti bakar dan anda sedia untuk memulakan hari anda.

8.Sup Pesto Pasta Ayam

Melepasi setengah bulan Ramadan dengan semangkuk sup pasta ayam. Carik ayam, pasta penne, sayuran dan satu sudu pesto.  Pes herba pekat itu akan sebati bersama sup ayam - anda akan menyukainya. Buat awal dan panaskan semula ketika sahur. Sambil anda membiarkan ia sejuk, lakukan apa yang anda perlu.

Untuk idea Sahur yang lebih lihat bahagian 1.

Kategori:
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki