Bahan-Bahan

  • Hidangan untuk 3 orang
  • 600 g daging Wagyu (200 g seorang)

  • Garam

  • Lada hitam

  • Termometer daging

  • ½ sudu kecil minyak suhu tinggi pilihan anda (minyak avokado atau minyak sapi)

  • Minyak zaitun suhu tinggi (untuk direnjiskan)

  • 1 biji bawang besar (saiz sederhana)

  • 1 batang saderi (20 cm)

  • 3 daun bawang

  • 2 biji cili hijau Asia

  • 1 biji tomato

  • Segenggam daun ketumbar

  • 1 biji kubis bunga

  • 1 sudu besar minyak zaitun

  • Garam

  • Lada hitam

  • 40 g mentega

  • ¼ cawan krim

  • 60 g krim keju

  • ⅛ - ¼ sudu kecil buah pala tumbuk

  • 1 - 2 sudu besar kucai (tidak wajib)

  • Jus daging bakar (daripada stik)

  • 250 g stok daging

  • ¼ cawan krim

  • 1 sudu kecil swerve

  • ½ sudu kecil garam

  • 1 sudu besar minyak bijan

  • 12 sudu kecil lada hitam

  • ¼ sudu kecil xanthan gum (tidak wajib)

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Janti Brasali

Daging Panggang Bijan Keto bersama Kubis Bunga Lenyet

{{totalReview}}
Dengan kemanisan kentang yang berkrim, anda akan dimaafkan jika merasakan kubis bunga lenyek itu adalah kentang lenyek biasa. Tetapi ia bukan sahaja bintang dalam hidangan yang turut menampilkan stik daging yang juga merupakan diet keto. Selain beralaskan sayuran, ia dibaluti dengan hirisan daging stik yang lembut dalam jus dengan kemasaman tomato serta aroma bawang.
  • Sederhana
  • 45 min
  • 85 min
  • 15 min
  • 3 langkah-langkah
  • 24 Bahan-bahan
  • Sederhana
  • 3 langkah-langkah
  • 24 Bahan-bahan
  • 45 min
  • 85 min
  • 15 min

Cara Penyediaan

  1. Sediakan stik

    • Biarkan stik dalam suhu bilik selama 1 jam sebelum memasak
    • Selepas 1 jam, letakkan minyak pada stik dengan ½ sudu kecil minyak, dan perasakan dengan garam dan lada hitam. Biarkan selama 15 minit lagi.
    • Panaskan ketuhar sehingga 175ºC
    • Sementara menunggu stik, potong bawang, saderi, daun bawang, cili hijau, tomato serta ketumbar dan letak di atas dulang pembakar.
    • Tuangkan sedikit minyak zaitun ke atas sayuran.
    • Dalam kuali yang panas, panaskan minyak sapi untuk membakar stik (selama 1 minit setiap bahagian) untuk mendapatkan warna.
    • Letakkan stik di atas sayuran di dalam dulang pembakar.
    • Tutup dulang dengan kertas kerajang aluminium, bakar selama 40  minit.
    • Selepas 40 minit, guna termometer daging untuk memeriksa suhu bahagian dalam.
    • Buka kertas kerajang, dan bakar untuk 20 minit lagi mengikut tahap masakan anda mahu.
    • Perlu ingat yang stik anda akan terus masak selepas diangkat daripada ketuhar. 
    • Biarkan stik anda selama 10 minit sebelum mula memotong untuk dihidangkan.
    • Biarkan sayuran di tepi untuk menbuat jus nanti (sos)
    Sediakan stik


  2. Sediakan Kubis Bunga Lenyek

    • Panaskan ketuhar dengan suhu 190ºC.
    • Potong kubis bunga menjadi ketulan floret.
    • Letak di aras dulang pembakar, kemudian tuangkan sedikit minyak zaitun, garam dan lada hitam.
    • Bakar selama 20 minit (jangan terlalu coklat)
    • Alihkan ke mangkuk adunan sederhana.
    • Tambah mentega, krim, krim keju dan buah pala. Lenyekkan menggunakan alat pengisar tangan. 
    • Tambah kucai dan kacau menggunakan spatula (tidak wajib).
    Sediakan Kubis Bunga Lenyek


  3. Sediakan sos stik

    • Selepas stik sudah masak, masukkan sayuran di dalam kuali. 
    • Tambah 250 ml brot daging, kemudian masukkan semula ke dalam ketuhar untuk 5 minit (sehingga ia mendidih).
    • Gunakan alat pelenyek tangan, lenyekkan sayuran sepenuhnya.
    • Tapiskan jus daripada sayuran itu ke dalam kuali.
    • Dengan api perlahan, kacau bersama krim, Swerve, garam, lada hitam dan minyak bijan.
    • Tambah xanthan gum jika anda mahu sos menjadi lebih pekat (tidak wajib).
    • Teruskan mengacau ketika merenah, sehingga sos memekat mengikut citarasa anda.


Saji dan Hidang!

Cedok atau paipkan kubis bunga lenyet ke atas pinggan sajian. Letakkan stik di sebelah kubis bunga lenyet dan hiriskan mengikut saiz yang munasabah dan tuangkan sos keseluruhan stik.

Saji dan Hidang!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 3 orang
    • 600 g daging Wagyu (200 g seorang)

    • Garam

    • Lada hitam

    • Termometer daging

    • ½ sudu kecil minyak suhu tinggi pilihan anda (minyak avokado atau minyak sapi)

    • Minyak zaitun suhu tinggi (untuk direnjiskan)

    • 1 biji bawang besar (saiz sederhana)

    • 1 batang saderi (20 cm)

    • 3 daun bawang

    • 2 biji cili hijau Asia

    • 1 biji tomato

    • Segenggam daun ketumbar

    • 1 biji kubis bunga

    • 1 sudu besar minyak zaitun

    • Garam

    • Lada hitam

    • 40 g mentega

    • ¼ cawan krim

    • 60 g krim keju

    • ⅛ - ¼ sudu kecil buah pala tumbuk

    • 1 - 2 sudu besar kucai (tidak wajib)

    • Jus daging bakar (daripada stik)

    • 250 g stok daging

    • ¼ cawan krim

    • 1 sudu kecil swerve

    • ½ sudu kecil garam

    • 1 sudu besar minyak bijan

    • 12 sudu kecil lada hitam

    • ¼ sudu kecil xanthan gum (tidak wajib)

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki