Sihat Resipi

resipi

Sup ABC

Semudah ABC dan sarat dengan vitamin, Sup ABC ini berasaskan tulang rusuk babi/isi ayam, lobak, kentang dan tomato. Anda hanya perlukan periuk sup besar, air yang banyak dan lebih kurang sejam untuk masak reneh bahan-bahan sup ini! Satu fakta menarik - ia dikenali sebagai sup lebihan kerana apa saja saki-baki sayuran di dapur boleh dicampak ke dalam sup tanpa merosakkan rasanya.
resipi

Sup Bayam Cina

Mencari hidangan yang cepat dan berkhasiat? Sup Bayam Cina adalah hidangan penyelamat! Ia menggabungkan bahan-bahan yang paling mudah - bayam Cina, ikan bilis kering, bawang putih dan telur, dan sup ini mengambil masa 30 minit sahaja untuk dimasak dari awal hingga siap. Untuk tambahan kemanisan, tambahkan buah goji! Hidangkan panas bersama sepinggan nasi untuk hidangan yang lengkap.
resipi

Telur Kukus Selembut Sutera

Disajikan di dalam mangkuk untuk dikongsi atau dalam belanga untuk setiap orang, Telur Kukus Selembut Sutera adalah hidangan yang popular untuk dimakan di rumah, atau restoran Cina di sekitar Asia. Ia menampilkan resipi yang sangat mudah, hanya campurkan air bersama telur pukul, perasa dan kukus - tetapi untuk mendapatkan tekstur yang lembut dan betul memerlukan perhatian, seperti mendapatkan nisbah telur dan air yang tepat!
Recipe

Ayam Stim Labu

Siapa kata susah nak sediakan hidangan berkhasiat? Resipi Ayam Stim Labu kami bukan saja berkhasiat, malah mudah dimasak! Hanya perlu ayam terlebih dahulu mengikut citarasa anda. Kemudian tambah kiub labu dan stim selama 20 minit. Hanya dalam tempoh 45 minit, hidangan ini siap disediakan! Hidangan Ayam Stim Labu ini sangat sihat dan ringkas untuk dimasak di rumah pada bila-bila masa.
Recipe

Kerabu Mangga Thai Manis & Pedas (Som Tum Mamuang)

Kerabu yang mudah dan cepat disediakan, juga dikenali dengan nama Som Tum Mamuang mempunyai rasa manis dan pedas yang seimbang.
resipi

Nasi Beriani Vegetarian

Mahu masak hidangan Malaysia tulen? Cubalah resipi Nasi Beriani Vegetarian kami! Resipi ini sesuai untuk semua musim perayaan kerana warnanya yang meriah - beras basmati berwarna kuning dari air saffron, merah tomato, putih santan kelapa, dan akhir sekali, warna hijau dari bahan-bahan hiasan segar. Anda boleh gantikan nangka di dalam resipi ini dengan kentang, lobak, brokoli, atau apa saja sayur-sayuran yang ada di dalam peti sejuk, semua terpulang kepada anda! Bagi mereka yang tidak berapa gemarkan rempah ratus, ingat untuk tambahkan gula supaya rasa pedas dapat diseimbangkan.
Recipe

Sup Ayam Ginseng

Padat dengan nutrien berkhasiat, Sup Ayam Ginseng ala Korea (Samgyetang) dikatakan sebagai makanan musim panas paling sesuai untuk menangani rasa bahang. Ayam yang diisi penuh dengan beras pulut lembut dan direneh bersama bawang putih, halia, herba masakan Asia bermutu tinggi, ginseng, yang dikenali dapat meningkatkan tenaga dan sistem imun. Paling sedap bila dihidangkan dengan nasi putih, potongan bawang putih, garam dan lada hitam!
Recipe

Champorado

Nikmati bubur pulut Filipina yang kaya dengan perisa pahit manis coklat gelap - sesuai dihidang untuk waktu snek minum petang.
Recipe

Pastil Ayam

Anda suka akan makanan dan origami? Apa kata anda cuba membuat Pastil Ayam, nasi kukus dan carikan ayam yang dibungkuskan dengan daun pisang yang wangi. Terkenal sebagai sarapan pagi di Filipina, ia juga sesuai dijadikan snek tengah hari. Dan ini adalah rahsia yang tidak dikongsikan oleh cef - tambahkan ikatan daun pandan ketika memasak nasi untuk lebih wangi!
resipi

Ayam Stim Herba

Hidangan yang digemari golongan tua dan muda, Ayam Stim Herba sangat berkhasiat dan berperisa. Herba perubatan Cina yang digunakan - yu zhu dan dang gui - diketahui dapat meningkatkan tenaga, merawat sakit perut dan mengawal tekanan darah. Jika anda tidak biasa dengan rawatan homeopati Cina, hidangan ini akan meyakinkan anda - hidangan ini dibuat sepenuhnya dengan proses penstiman, salah satu cara memasak yang sihat tanpa menggunakan apa-apa sumber lemak!
Recipe

Daging Panggang Bijan Keto bersama Kubis Bunga Lenyet

Dengan kemanisan kentang yang berkrim, anda akan dimaafkan jika merasakan kubis bunga lenyek itu adalah kentang lenyek biasa. Tetapi ia bukan sahaja bintang dalam hidangan yang turut menampilkan stik daging yang juga merupakan diet keto. Selain beralaskan sayuran, ia dibaluti dengan hirisan daging stik yang lembut dalam jus dengan kemasaman tomato serta aroma bawang.
Recipe

Kerepek Kale Telur Asin

Telur asin Asia yang sensasi kini disatukan bersama kale, pasti tidak mengecewakan. Makanan unggul ini dibakar dengan keenakan mentega, daun kari, kepedasan cili dan keunggulan telur asin berisi umami berkrim. Mahukan sedikit kemanisan? Kami menggunakan gavia, pengganti gula dan mempunyai persamaan yang unik. Tetapi pengganti gula yang lain turut boleh digunakan. Tapi jaga-jaga, ianya pasti membuat anda ketagihan dan sudah tentu mesra keto.
Recipe

Kami Memperkenalkan Paf Kari Prata Home-Made Yang Lebih Berkhasiat

Berikan kelainan pada Paf Kari anda dengan menggunakan kulit Prata! Bukan sahaja mudah untuk disediakan sejak prata sejuk beku mudah untuk didapati di mana-mana kedai, ia juga sesuai dijadikan snek petang untuk semua di rumah, pejabat atau dibawa ke mana sahaja. Resipi ini juga lebih berkhasiat kerana paf kari ini dibakar dan bukannya digoreng. Hanya sediakan kentang, paha ayam, bawang, serta prata sejuk beku dan boleh mula membuat Paf Kari Prata anda.
Recipe

Tauhu Bijan Madu

Sempurna sebagai sajian utama atau snek, Tauhu Bijan Madu adalah hidangan vegetarian yang rangup dan savori. Letusan perasa daripada sos - bagaikan sebuah simfoni dengan madu, minyak bijan, kicap soya, bawang merah dan cili - yang sesuai dipadankan bersama tauhu yang lembut. Pastikan anda menggunakan tauhu yang pejal supaya ia tidak hancur ketika dimasak, dan disatukan dengan sos yang pekat!

Lebih banyak inspirasi untuk anda

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

Baca Polisi Kuki